Archives for the month of: August, 2011

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr Zamri dan juga rakan-rakan sekalian. Jurnal kedua ini adalah mengenai kuliah ketiga yang disampai oleh Dr Zambri pada 3 ogos 2010. Kami telah menonton sebuah video yang bertajuk”You Came To Me” yang dinyanyikan oleh Sami Yusof pada permulaan kuliah.Selepas menonton video tersebut,saya dapat menghayati nilai-nilai murni yang disampaikan oleh video ini. Dalam journal,saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang idea dan ilmu pengetahuan yang telah saya pelajari dalam kuliah tersebut. Tajuk pertama ialah sambungan daripada kuliah kedua iaitu struktur dan ekspresi emosi.Tajuk yang kedua menyentuh topic kebahagiaan.Selepas tajuk pertama,kita telah diberikan kuiz.Kuiz ini telah memberi dorongan kepada kita untuk membuat ulang kaji terhadap tajuk-tajuk yang telah dipelajari dalam kuliah. Selepas sesi kuiz tersebut, pensyarah meneruskan tajuk kuliah yang kedua.

Teori “Izard Innate Facial Expression” ini mengatakan ekspresi muka kita adalah kebolehan semula jadi. Contoh yang paling baik untuk membuktikan teori ini adalah melalui ekpresi yang ditunjukkan oleh bayi. Bayi-bayi ini tidak mampu menunjukkan emosi dan perasaan mereka melalui pertuturan, tetapi mereka meunjukkanya melalui gerak-geri yang selaras ataupun selari dengan emosi mereka tanpa perlu diajar oleh ibu bapa mereka. Ini telah membuktikan konsep teori ini.Conthohnya,bayi akan menangis semasa lapar atau dahaga dan semasa didukung oleh orang yang tidak dikenali. Apabila ibu bapa sedang bergurau dan bermain dengan mereka, bayi tersebut akan senyum. Namun begitu, teori ini mendapat kritikan kerana senyuman seorang bayi i tidak semestinya menunjukkan emosi yang gembira, senyunman bayi mungkin disebabkan bayi masih tidak mampu menunjukkan ekspresi muka yang lain.

Selepas itu, Dr Zamri mengajar kami tentang teori pembelajaran dan pengalaman. Teori ini mempunyai dua pandang iaitu dari pandangan biologi dan dari pandangan pengalaman.Teori ini adalah teori “Learning and Experience Theories”. Terdapat dua komponen dalam teori ini iaitu ‘biological view of experiece’ dan ‘learning theory view of experince’. Dari segi biologikal bermaksud pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Kosnsep biological berbeza dengan learning yang menyatakan bahawa semua emosi adalah dipelajari. Dalam aspek biological, aktivator adalah situasi yang akan menyebabkan seseorang menujukkan emosinya. Emosi dapat dirasakan melalui aktivator yang berbeza bagi individu yang berbeza. Contohnya, perasaan yang takut disebabkan activator yang berbeza bagi setiap orang. Manakala bagi teori ‘learning theory view of experience’ pula iaitu melalui pengalaman dari pandangan pembelajaran, kaedah ini sangat berbeza dengan kaedah yang pertama di mana melalui kaedah ini, semua emosi dipelajari melalui kaedah pembelajaran. Contohnya kanak-kanak telah diajar untuk takut pada barang-barang yang bahaya atau binatang yang ganas oleh ibu bapa mereka sejak mereka kecil lagi. Dalam contoh yang lain pula, kita diajar untuk menjadi lebih berani apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar kerana ia boleh meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang.

Tajuk kedua yang telah dikuliahkan adalah lebih berkisar tentang emosi positif yang dispesifikkan kepada perasaan gembira, bahagia dan kasih sayang. Apakah maksud bahagia? Terpulang kepada pendapat masing-masing untuk mendefinisikan bahagia dalam konteks mereka sendiri. Namun secara personal, bahagia pada saya adalah suatu perasaan yang sangat memuaskan.Sebagai conthohnya,saya berasa bahagia semasa mendapat keputusan yang memuaskan.Bagi sesetengah orang, mereka akan berasa bahagia apabila dapat menjamu selera dengan makanan yang sedap dan lazat.Apakah maksud gembira? Menurut Aristotle, gembira itu adalah satu kejayaan, Plato pula berpendapat bahawa sumber kebahagiaan ialah kemuliaan hidup. Manakala Epicurean pula berpendapat kebahagiaan ialah meningkatkan kesenangan dan menghilangkan kesengsaraan dan akhir sekali menurut Mills pula, gembira itu ialah tingkah laku yang seharusnya ada dalam diri semua orang.Dalam dewan kuliah, Dr Zamri telah memberi satu contoh yang amat bagus. Beliau tanya kami, jika kita dikurniakan wang yang banyak, tetapi kita tidak ada ahli keluarga, kesihatan atau kawan, adakah kita akan berasa gembira?Bagi saya, saya berasa wang bukan unsur terutama yang dapat menjadikan kita gembira dan bahagia. Jika saya kehilangan kawan dan keluarga saya, walaupun saya mempunyai jutaan duit, saya masih tidak akan berasa gembira kerana kehidupan tersebut tidak bermakna.Kekayaan tidak sanggup membeli kebahagian. Sebagai contohnya, ibu bapa zaman ini sentiasa bekerja sampai larut malam sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Dalam keadaan ini, walaupun mereka mendapat banyak wang, tetapi hubungan antara ahli keluarga telah dijurangkan.Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang begitu akan melakukan sesuatu yang negatif untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.Ibu bapa yang sibuk bekerja akan berasa kecewa terhadap anak-anak mereka.Pendek kata,keluarga mereka tidak akan bahagia walaupun kaya.

Menurut Kozma, terdapat 2 komponen, iaitu pengaruh jangka pendek dan pengaruh jangka panjang. Pengaruh jangka pendek adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang terdekat dalam kehidupan seseorang. Pengaruh jangka panjang pula hasil pembelajaran emosi yang berterusan dan stabil, contohnya daripada masa kecil hingga besar. Model ‘addictive’ merupakan satu model yang mengabungkan kedua-dua elemen tersebut. Menurut Dr. Zambri,perkhawinan boleh menyebabkan seseorang berasa gembira dan bahagia tetapi terdapat juga sesetengah individu berasa sedih dan tidak bahagia. Bagaimanakah hal ini berlaku? Hal ini disebabkan apabila seseorang itu dicintai dan dikasihi oleh pasangannya,dia mempunyai tempat untuk bergantung dan mengkongsi perasaannya.Manakala sesebuah perkhawinan tanpa perasaan cinta seperti perkhawinan paksaan daripada ibu bapa disebabkan urus niaga akan menyebabkan pasangan tersebut terseksa dalam perkhawinan mereka. Keadaan ini sentiasa berlaku pada zaman dahulu. Dari faktor penghayatan agama pula, Gallup dan Keith Ward menunjukkan orang yang beragama akan lebih bahagia daripada orang yang tidak beragama. Mereka yang beragama akan berasa lebih gembira, lebih mempunyai harga diri, dan stress yang lebih kurang daripada orang yang tidak beragama.

Selain itu,kebahagiaan juga dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain,iaitu kesihatan,persahabatan,kerja dan rekreasi.Sebagai contohnya,seorang penyakit kronik tidak akan berasa bahagia walaupun mempunyai harta yang banyak dan mampu mendapat rawatan yang terbaik.Pada masa itu,mereka hanya ada satu harapan,iaitu sembuh dari penyakit tersebut.Di samping itu,persahabatan memainkan peranan yang amat penting untuk menentukan kebahagiaan seseorang itu terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga di sisinya.Individu yang bekerja atau melanjutkan pelajaran di tempat lain yang jauh dari rumahnya amat memerlukan kawan untuk memeriakan kehidupan mereka.Kerja juga mempengaruhi kebahagiaan kita.Kerja yang baik membawakan gaji yang lumayan.Dengan itu,seseorang akan mempunyai kehidupan yang menyenangkan.Tambahan pula,rekreasi juga merupakan salah satu factor.Kalau seseorang itu mempunyai pekerjaan yang baik seperti doktor,tetapi dia tidak akan berasa bahagia sekiranya dia tidak mempunyai rekreasi.

Sebagai konklusi, saya berpendapat bahawa kebahagiaan tersebut sebenarnya sangat mudah dicapai sekiranya kami dapat berfikiran secara optimistik dan sentiasa berpuas hati. Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal kedua saya tentang apa yang saya pelajari selepas menghadiri kuliah yang diadakan pada 3 Ogos yang lepas. Sebagai pengenalan kuliah hari tersebut, doktor telah menerangkan tentang Izzard’s innate facial expression. Melalui teorinya,Carroll Ellis Izard percaya bahawa emosi adalah selari dengan evolusi otak. Peningkatan kerumitan otak semasa pembesaran bayi dapat dikaitkan dengan peningkatan jumlah emosi dan kerumitan untuk mengekspresi emosi tersebut. Beliau turut mengatakan mekanisme saraf bagi ekspresi wajah untuk mengekspresi emosi itu adalah semula jadi dan pengaruh pempelajaran adalah sedikit. Beliau telah melaksanakan kajian yang berkaitan dengan teori ini dan salah satu daripadaynya dikenali sebagai ‘born to smile’. Walau bagaimanapun Izard menerima kritikan bahawa expresi yang ditunjukkan oleh bayi bukanlah gambaran perasaan mereka yang sebenar tetapi hanya salah satu cara berinteraksi mereka dan juga pengaruh daripada persekitaran. Pada pendapat saya, emosi sememangnya bersifat semula jadi, sebagai contoh bayi akan menanggis sekiranya dia diusik sedangkan bayi tidak pernah diajar untuk menanggis. Di samping itu, teori ini menimbulkan konsep baru iaitu, jika expresi wajah bersifat semula jadi, ia sepatutnya sama dalam semua budaya dan bangsa. Konsep ini telah dibuktikan oleh Paul Ekman (1994) melalui kajian yang menggunakan computerized analysis of facial photo (Pilowsky and Katisikitis, 1994) di Borneo dan New Guinea. Selain itu, Scherer and Wallbott (1994) telah meneliti kajian-kajian tersebut dengan melibatkan 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil dan faktor yang membezakannya ialah bagaimana emosi tersebut dialami dan dikawal. Sebelum Dr Zamri memulakan topik baru, beliau memberi kuiz tentang cross-cultural study kepada kami. Dalam kuiz tersebut, kami diminta untuk mengenalpasti emosi yang ditunjukkan dalam gambar. Kumpulan kami berjaya menjawab semua soalan dengan betul.

Seterusnya, Doktor menerangkan topik baru iaitu Emosi Positif yang melibatkan gembira, bahagia dan kasih. Tajuk ini amat menarik bagi saya. Gembira adalah emosi diiringi dengan perasaan suka, kepuasan, dan kesenangan. Gembira mempunyai beberapa maksud berdasarkan beberapa orang ahli falsafah. Menurut Aristotle, gembira merupakan ‘happiness is successful pursuit of pleasure’. Plato pula berpendapat bahawa ‘source of happiness is virtuous life. Epicurean percaya bahawa ‘happiness is by maximizing pleasure and minimizing pain. Seterusnya, Mills berasa ‘happiness is the appropriateness of all behavior’. Saya berasa gembira mengandungi perasaan suka, kesenangan, dan senyuman. Terdapat kajian tentang kegembiraan yang telah dijalankan dan keputusan menunjukkan kegembiraan adalah berbeza antara satu Negara dengan yang lain. Menurut kajian tersebut, North America, Australia dan Europe adalah Negara mempunyai penduduk yang paling gembira. Manakala penduduk di Asia merupakan masyarakat yang kurang gembira. Saya berasa hal ini disebabkan oleh budaya dan amalan yang berbeza antara negara Asia dan barat.

Selepas itu, doktor menerangkan tentang faktor-faktor kegembiraan. Sebenarnya, faktor kegembiraan dibahagikan kepada 2 komponen iaitu long term dan short term. Short term merupakan faktor dalam jangka masa pendek manakala long term merupakan faktor dalam jangka masa panjang dan biasanya stabil sejak kita kecil lagi. Kegembiraan dan kebahagian merupakan gabungan kedua-dua komponen ini. Salah satu contoh long term affective states adalah zaman kanak-kanak seseorang. Sekiranya seseorang kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa sejak kecil lagi, ini akan menyebabkan seseorang itu kehilangan kegembiraan. Untuk short term affective states pula, ia berdasarkan perkara yang berlaku baru-baru ini dalam kehidupan seseorang. Misalnya, jika seorang pelajar gagal dalam peperiksaan, perkara ini akan menjejaskan kegembiraannya. Walau bagaimanapun, impak perkara ini hanya akan berkekalan dalam jangka masa yang pendek. Argyle (1987) telah menunjukkan statistik mengenai “positive life events’. Statistik tersebut menunjukkan sebanyak 78% orang mengalami kegembiraan disebabkan jatuh cinta. 75.5% telah menunjukkan kegembiraan setelah mereka lulus dalam peperiksaan. Mendapat pekerjaan baru merupakan sesuatu yang mengembirakan bagi 56.1% daripada orang yang terlibat dalam kajian tersebut.

Saya turut memperoleh pengetahuan tentang kasih sayang selepas kuliah tersebut. Pada mulanya, saya berasa kasih sayang hanya melibatkan perasaan sayang. Sebenarnya, kasih sayang bukan setakat perasaan sayang sahaja tetapi ia merupakan rasa sayang yang diiringi bersama akrab, kepercayaan dan mengambil berat. Terdapat tiga factor berkaitan kasih sayang iaitu commitment, intimacydan passion. Perkara yang membawa kepada terjalin hubungan kasih saying antara dua manusia adalah tarikan interpersonal. Tarikan interpersonal adalah seragam dalam setiap budaya dan ini telah dibuktikan oleh Hatfield dan Ratson (1993). Hubungan tidak akan terjalin sekiranya tiada pihak yang ingin memulakan serta kekurangan kemahiran komunikasi dan social yang cukup. Terdapat satu proses yang dikenali sebagai social penetration di mana perasaan suka boleh membawa kepada keakraban. Social penetration ini berkait rapat dengan breadth dan depth. Breath bermaksud pemahaman pelbagai personaliti seseorang melalui hubungan yang rapat. Depth merupakan sejauh manakah seseorang itu akan berkongsi ketakutan, kerisauan ataupun keraguan kepada pasangannya.

Hasil Kajian telah menunjukkan kebahagiaan itu mempunyai dua cara komplimen iaitu anggapan bahawa hidupnya cukup memuaskan hati dan dominen perasaan positif berbanding perasaan negatif. Orang yang kurang bahagia biasanya akan bersikap aggresif, kurang kreatif, selalu sakit dan susah dipercayai. Selain itu, saya juga mendapati kegembiraan tidak bergantung kepada gender, bangsa dan umur. Namum demikian, terdapat faktor lain seperti perkara yang berlaku dalam kehidupan seseorang akan mempengaruhi kegembiraan seseorang. Seterusnya, doktor menganalisasikan sama ada duit akan membawa kebahagian. Dalam realiti, duit tidak semestinya akan membawa kebahagian. Hal ini dapat dibuktikan dalam masyarakat yang berada. Dalam negara yang kaya, peningkatan kualiti kehidupan tidak diiringi dengan kepuasan dalam kehidupan. Dengan erti kata lain, tanpa kesihatan dan kekayaan akan membawa kesusahan dan kesedihan, tetapi dengan mempunyai kedua-dua kekayaan dan kesihatan tidak semestinya membawa kebahagian dalam kehidupan seseorang.

Konklusinya, setelah kuliah pada hari itu, saya telah memahami bahawa emosi adalah bersifat semula jadi walaupun terdapat banyak faktor yang mempengaruhinya. Faktor-faktor tersebut sebenarnya hanya mempegaruhi bagaimana emosi tersebut dialami dan dikawal. Di samping itu, saya turut mempelajari tentang emosi positif iaitu kegembiraan serta kasih sayang. Kegembiraan akan dipengaruhi oleh faktor jangka masa pendek dan panjang. Pada pendapat saya, kegembiraan merupakan sesuatu yang dibeli dengan duit dan ia dapat dialami oleh setiap orang dengan pemikiran yang positif.

Sekian, terima kasih.

Pada hari 27-7-2011( Hari Rabu), saya telah menghadiri Kuliah EMOSI yang mengenai pengenalan, struktur dan ekspresi emosi yang dikendalikan oleh Dr. Zamri. Dengan kuliah tersebut dapatlah saya memahami emosi dengan lebih lanjut. Konsep emosi bukannya semudah saya fikirkan dulu.

Salah satu pengajaran yang telah belajar ialah maksud dan jenis emosi yang sedia ada. Sebagai mana yang saya fahami emosi merupakan perasaan yang sungguh kuat dan terdapat pelbagai jenis, Sebagai contoh, kasih sayang dengan benci, takut dengan marah, gembira dengan sedih, cemburu terkejut dan lain-lain. Tetapi emosi yang asas dikatakan sebagai “primary emotion”. Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari. Dalam pembelajaran ini, saya menyedari bahawa saya selalu dipengaruhi oleh emosi baik mahupun emosi yang negatif. Saya boleh senang gembira senang sedih juga.
Saya pun telah pelajari bahawa emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza, iaitu, bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku, dan bahasa fungsian. Ketiga-tiga bahasa ini berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh,yang saya fahami daripada teori tersebut ialah apabila seorang kawan lelaki saya nampak kawan perempuan yang dia minat, dia rase malu (bahasa subjektif) dan mukanya sudah merak (bahasa tingkahlaku). Hal ini dapat diterangkan dengan sains, iaitu apabila dia bertemu perempuan itu, hatinya mula bertebar lagi cepat dan seterusnya “vosodilate” termasuk darah saluran yang dekat dengan muka. Justeru mukanya pun merah sebab malu (bahasa fungsian).
Malahan, saya juga amat bersetuju satu ayat yang terdapat dalam kuliah tersebut, iaitu “smiling is not necessary the person is really happy”. Saya amat bersetuju dengan pensyarah bahawa kadang-kala kita senyum apabila bertemu denhan orang-orang lain sebagai cara menegur orang. Saya selalu membuat macam itu. Senyum apabila bertemu dengan orang lain, ataupun apabila saya bertutur dengan kawan. Walaupun sebagaimana sedihnya dalam hati saya, saya mencuba sedaya upaya senyum. Hal ini disebabkan saya percaya bahawa senyuman yang saya buatkan dapat menghasilkan ‘endorphin’ dalam badan kita dan seterusnya lama-kelamaanya dapat mengurangkan kesediahan kita. Saya pernah membaca satu article berulas macam itu pada masa dulu. Saya juga dapat memerhatikan bahawa terdapat kawan saya yang selalu muka macam gembira, tetapi sebenarnya dia hanya nak menyembunyikan kesediahannya sebab dia tidak mahu kami gelisah tentangnya.
Dalam kuliah tersebut, adanya salah satu berkaitan dengan Izard’s Innate facial expression. “Facial expression is an important part of communication, has little to do with internal, emotional feelings.” Tetapi saya juga setuju dengan “studying” tersebut. Sebenarnya saya pernah berpengalaman berkaitan dengan perkara tersebut. Dengan air muka, saya dapat berasa apa perasaaan yang kawan saya ada. Sebagai contohnya, apabila kawan A sedih, mukanya tiada senyuman, tidak bermaya, senyap, tidak cakap banyak dan mudah marah. Apabila dia berasa gembira, mukanya dapat saya camkan. Mukanya berpenuh dengan senyuman yang betul-betul manis, bertutur banyak dengan saya dan matanya macam bersinar. Dia besrsenyum sampainya boleh tertawa di depan muka saya.
Dalam kulaih tersebut, terdapat satu penyataaan: “Activators are situations that cause an emotion to be expressed”. Sebagaimana yang saya fahami, fear merupakan “symphathetic stimulation” yang mengyebabkan seseorang itu adanya perlakuan yang menampilkannya dia memang takut. Apabila dia takut dia akan cuba melarikan diri, berpeluh, air liur jidi pekat, otot-otot menegang, pencernaan tergannggu dan sebagainya. Hal ini dapat membuktikan bahawa emosi boleh diterangkan dengan faktor biologi. Kawan B saya amat takut dengan lipas. Apabila dia ternampak adanya lipas, dia beperangai yang berbeza dengan masa biasa. Dia berjerit, cuba keluar daripada bilik hingga tidak sengajanya mengunci saya dalam bilik dan panggil saya membunuh lipas itu dengan cepat. Pada masa itu, saya memang terkejut kenapa dia mengunci saya dalam bilik tetapi dia sudah dari keluar dari bilik. Isu ini membuktikan dia memang phobia dengan apa apa jua lipas. Apabila dia menceritakan pengalamaan lamanya, saya baru faham kenapa dia sangat takut dengan lipas yang sebegini. Pada masa kecil, dia pada masa itu tengah tidur, apabila dia merasa sesuatu yang di atas muka membuatkan dia mersa geli, dia bangun dan nampal rupa rupanya adalah lipas. Selepas isu tersebut, dia bermula rasa takut dengan lipas tersebut. Adanya juga kawan saya yang amat takut apabila kawan kawan lain sedang bercerita dengan kisah kisah hantu. Dia takut sehingga mencuba dapatkan selimutnya dan menutup telinganya dengan seketat yang mungkin. Kesian dengannya, kami pun tidak bercerita lagi apabila dia bersama dengan kita. Dia beritahu kita bahawa dia pernah nampak sesuatu yang macam hantu. Itu yang menggelikan hatinya. Dia dulu suka menonton movie kisah hantu tetapi selepas dia berdepan dengan pengalaman itu, dia tidak menonton video sebegini lagi. Jadi, pada pendapat saya, setiap orang takut dengan “activator” yang berbeza. Takut sebab mengamcam nyawa atau rasa adanya bahaya.
Izard dan Hyson juga menyatakan bahawa perlakuan seorang itu kalau
malu dapat dikesan, iaitu percakapan yang sangat perlahan dan teragak-agak. Bagi kanak kanak yang kecil lazimnya ditunjukkan dengan tanda mengigit jari, menarik diri mereka dan mereka unga cuba mengelak daripada senyum. Adik perempuan saya merupakan seorang kanak yang sering berasa malu sehingga tidak berani menutur dengan orang lain terutamanya orang dewasa. Apabila saya cuba menyeruhnya membeli barang di kedai runcit, dia pun rasa malu tidak mahu pergi. Apabila dia rasa malu, dia selalu mengigit jarinya. Adik saya selalu memalingkan mukanya ketika bercakap Tetapi saya rasa sekarang adik tidak sebegitu malu macam masa dulu.

Saya juga amat bersetuju dengan kesedihan sering diiringi dengan air mata. Bagi lelaki, air mata merupakan berlian dalam pandangan perempuna sebab mereka jarang menangis. Tatapi dalam pandangan lelaki pula, perempuan yang selalu menangis apabila sedih merupakan air mata yang serupa dengan air paip. Kesedihaan boleh disebabkan oleh sesuatu maklamat tidak dapat dicapai ataupun kemahuaan yang terlampau, apabila tidak dapat rasanya sedih. Stress juga merupa punca kesedihan seseorang. Kesedihan dalam masalah keluarga cinta, pembelajaran, kerja dan sebagainya. Saya pernah membaca sebuah buka tentang hal ini. Menangis merupakan expresi untuk kesedihan yang mendalam. Semua orang mesti pernah menangis dalam kehidupannya, termasuklah juga saya. Saya pernah menangis sebab masalah keluarga mahupun sebab kawan. Apabila kawan D saya dengan kekasihnya berpisah, dia seidh untuk masa yang lama. Dia selalu menangis dalam bilik. Tetapi akhirnya apabila dia melepaskan hubunngan tersebut sepenuhbya barulah dia berasa lega dan tidak sedih lagi. Hal ini membuktikan pada masa itu, dia sedih kerana hatinya tidak mahu berpisah dengan kekasihnya, tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Sebenarnya, saya suka megaji emosi, seperti Cara melihat air muka seseorang untuk mengetahui seseorang tersebut mempunyai apa perasaaan pada masa tersebut. Saya amat meyukai membaca buku falsafah termasuklah cara menguruskan emosi (EQ) dengan baik. Saya juga ada melayari internet untuk maklumat berkaitan dengan emosi juga.

Tisak boloh dinafian bahawa, emosi yang berunsur negatif dapat menpengaruhi kejayaan seseorang. Justeru itu, kepampuaan menguruskan emosi dan perasaan dengan baik adalah amat signifikasi. Sebagai contohnya,teknik menguruskan hubungan sama ada dengan kelurga, kekasih ataupun kawan, merupakan salah satu kemahiran mengurus emosi dengan orang lain.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.saya beasa amat bersyukur mempunyai kesempatan waktu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dengan menyempurnakan tugasan yang diberi.Saya kini lebih menghargai 5 perkara yang sering manusia abaikan dek leka dengan urusan seharian iaitu nikmat masa lapang,nikmat sihat,nikmat muda,kekayaan dan juga nikmat diberikan nafas oleh yang Maha Berkuasa untuk terus hidup di muka bumi ini.Pepatah melayu ada menyebut bahawa ‘masa itu emas’.Namun hakikatnya jika difikirkan secara mendalam,masa itu lebih berharga dari emas yang tinggi nilainya.Masa yang kita perolehi membuatkan kita bebas melakukan aktiviti yang kita sukai dan menikmati kehidupan ini,jika masa kita diambil tuhan dengan datangnya kematian sudah tentu kita tidak dapat melakukan apa-apa lagi.Saya suka untuk mengingatkan semua supaya kita tidak membazirkan masa yang kita ada dengan perkara yang tidak berfaedah.Sebaliknya kita perlu lebih bijak menggunakan masa dan mengelakkan sikap-sikap buruk seperti bertangguh.Dengan mempraktikkan budaya ini,kita akan lebih bersedia dan menjadi lebih proaktif.

Saya lebih suka bersikap jujur untuk menulis learning jurnal pada kali ini.Pada mulanya saya merasa sangat tertekan dengan tugasan jurnal yang diberikan oleh Dr Zamri.Saya kerap mengeluh dan marah dengan tugasan yang saya anggap membebankan untuk diri saya.Mana tidaknya,banyak subjek lain yang perlu saya pelajari dan masa yang suntuk menambahkan tekanan sedia ada.Saya juga kerap berasa berat untuk menghadiri kuliah barangkali kerana sya telah mengatur minda saya unruk berfikir bahawa kursus ini adalah membosankan.Namun seteh menghadiri kelas yang kedua ini,saya telah mempelajari banyak perkara yang membuatkan saya lebih positif dengan manfaat saya saya akan perolehi dengan menduduki kursus ini.

Kuliah pada kali ini adalah kesinambungan daripada kuliah sebelum ini iaitu struktur dan ekspresi emosi merangkumi ‘Izard’s Innate Facial Expression’ dan ‘Learning and Experience Theories’.Saya amat menyesal kerana saya tertinggal cermin mata saya dirumah menyebabkan penglihatan saya agak kabur.Namun disebabkan tajuk stuktur emosi pada kali ini bernama lebih kurang sama dengan rakan sekursus saya,saya memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada penerangan oleh Dr. Zamri.Secara kesimpulannya,Izard Innate expression merujuk kepada perkataan ‘innate’ itu sendiri.Ia bermaksud emosi itu dilahirkan secara semulajadi dan pembelajaran adalah bukan factor yang besar dalam membentuk emosi.Pada ketika ini,saya berfikir.adakah teori ini benar?.Ini kerana timbul keraguan dalam diri saya,kerana saya percaya segala yang kita jalani dalam kehidupan merupakan pembelajaran dalam hidup.Bukankah wajar andai dikatakan bahawa emosi yang terbentuk adalah hasil ukiran pembelajaran dalam hidup?.Saya percaya keraguan beginilah yang menyebabkan ada pihak yang mengkritik teori Izard ini.Persoalan yang ditimbulkan adalah,benarkah senyum bayi itu menyatakan kegembiraan atau ia hanya sekadar isyarat komunikasi yang bayi itu sendiri tidak mengerti kerana belum lagi menjalani proses pembelajaran.Izard telah menjalankan pelbagai kajian untuk membuktikan perkara tersebut,dan akhirnya Izard menyimpulkan bahawa emosi yang terbentuk adalah bersifat semulajadi dan ia hamper seragam di seluruh dunia.Sebagai contoh yang nyata,ekpressi muka yang tersenyum dapat dikenalpasti di kebanyakan negara yang dijalankan kajian ini.Secara tidak langsung teori ini tidak dapat ditangkas oleh pihak lain kerna Izard mempunyai bukti yang sangat kukuh untuk mempertahankan teorinya.Saya berasa sangat besetuju dengan teori Izzard ini.

Selain itu saya juga mempelajari teori ‘Learning and experience’.Teori ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ‘The biological view of experienceand The learning theory view of experience’.Saya amat bersetuju dengan dua teori ini kerana amat menekankan konsep pengalaman atau pembelajaran dalam mengekspressikan emosi dan juga perasaan.Pada sesi kuliah kali ini juga,saya dan rakan-rakan lain telah diuji dengan 2 kuiz mengenai pengenalan emosi dan juga mengenai teori Darwin.Saya merasakan kuiz ini sangat mencabar kerana terdapat masa yang telah ditetapkan sebanyak 30 saat bagi setiap soalan.Selain itu,kuiz ini juga menilai sejauh mana pemahaman pelajar tentang kuliah yang telah disampaikan oleh Dr Zamri pada kulaih sebelum ini.Saya bersama 3 orang rakan lain iaitu Salbiah bt Awang,Nuf Fathin Akma dan Yuhana telah berusaha sedaya upaya kami untuk menjawab sebaik mungkin soalan tersebut.Saya mendapati dengan adanya sesi kuiz ini,pelajar lebih aktif dan tidak merasa bosan kerana tempoh kuliah yang agak panjang.Saya mendapati rakan-rakan yang lain juga lebih bersemangat untuk meneruskan sesi kedua kuliah pada kali ini.Secara kesimpulannya,saya berasa idea untuk mengadakan kuiz ini adalah amat bernas sekali dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan interaktif.

Setelah sesi kedua kuliah pada kali ini dimulakan,saya berasa amat tertarik kerana topik yang dibincangkan amat menarik.Topik kali ini adalah berkenaan dengan emosi positif merangkumi perasaan suka,bahagia dan kasih.Terdapat banyak definisi yang diberikan tentang makna kebahagiaan.Namun begitu terpulang pada kita untuk member makna kebahagiaan itu pada diri kita.Ini boleh kita sandarkan pada tiga komponen kebahagiaan iaitu ‘commitment’,’intimacy ‘ dan ‘passion’.Tapi saya begitu berminat untuk membicarakan tentang pegangan agama yang membawa kepada kebahagiaan.Saya merasakan kita perlu meletakkan asas dalam kebahagiaan.Adakah banyaknya harta itu adalah kebahagiaan?.Jika benar,mengapa masih ada orang kaya yang hidupnya tidak tenteram dan merasakan ketidaksempuranaan dalam hidup?.Sebaliknya,sekiranya diletakkan agama sebagai asas kebahagiaan,saya khususkan kepada Agama Islam,kita telah dijanjikan kebahagiaan oleh Allah.Ini kerana setiap urusan dunia kita telah diatur bermula dengan panduan sehingga kita kembali tidur pada malamnya.Segala adab,tatacara telah diajarkan dan kesemuanya membantu meningkatka produktiviti individu selain menjamin kehidupan paling ideal di muka bumi ini.Suka saya member satu contoh disini,agama Islam meletakkan kebahagiaan itu andai kita melaksanak perintah Allah dengan sebaiknya,seperti menutup aurat.Kadang-kadang terlintas di minda kita mengapa kita perlu membalut tubuh kita yang menawan?.Mengapa kita perlu menahan kepanasan menutup aurat di tengah teritnya mentari?.Namun kini kita dapatmelihat hikmah suruhan yang Maha Esa,berdasarka kajian kita mendapati pakaian menjolok mata dikalangan wanita adalah menyebabkan berlaku peningkatan kes rogol.Tidakkan kita celik untuk melihat hikmah tersebut?.Bukankan kita dapat mencegah kes rogol jika kita menurut perintah Yang Esa.Inilah yang saya maksudkan agama dapat menjamin kebahagiaan manusia dari segenap sudut kehidupan serta dapat menjamin kesejahteraan ummah sejagat.

Di sini,saya kongsikan bersama semua satu artikal yang saya baca di http://www.one-ummah.net/kuliah/akhlak/180-merindui-kebahagiaan-hakiki.html. Bahagia adalah kejernihan hati, kebersihan amal perbuatan dan keelokan rohani. Hal itu merupakan kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada siapa saja yang melakukan perbuatan terpuji.Bahagia adalah rasa redha yang mendalam dan sikap qana’ah. Ia bukan barang dagangan yang mampu dibeli di pasar walau sekaya mana pun kita, tetapi merupakan kurniaan Allah s.w.t yang dianugerahkan kepada jiwa-jiwa yang terpilih.Kebahagiaan itu adalah kelapangan jiwa; bahagia itu tatkala anda mampu membuat orang lain senang hati, menguntumkan senyum di wajah, dan anda merasa gembira bila dapat berbuat baik kepada sesama manusia dan merasa nikmat ketika anda mampu bersikap baik kepada mereka.Kebahagiaan adalah membuang jauh segala fikiran dan pandangan negatif dan mengisinya dengan fikiran dan pandangan yang positif. Ia merupakan sebuah kekuatan yang mampu menghadapi berbagai tekanan dan mampu memecah kebuntuan tanpa diperkuda emosi.Kebahagian itu ada pada ilmu yang bermanfaat dan amal yang soleh, ada dalam meninggalkan kebencian, kedengkian dan sikap tamak terhadap apa yang dimiliki orang lain.

Bahagia itu terdapat dalam zikir dan ingat kepada Allah s.w.t., syukur kepada-Nya dan memperelokkan ibadah kepada-Nya. Dan kebahagiaan hakiki adalah mendapat syurga dan terselamat dari api neraka.Saya akhiri penulisan saya pada kali ini denagn memberikan tanda-tanda seseorang itu memperoleh kebahagiaan dari IMm ibnu Qayyim Rahimakumullah iaitu jika mendapat nikmat, dia bersyukur,jika mendapat ujian, dia bersabar dan jika berbuat dosa, dia beristighfar. Sekian.

Selamat sejahtera. Pada 3 Ogos 2011 (Rabu) yang lepas, saya telah menghadiri kuliah ketiga yang bertajuk: “Emosi Positif: Gembira, Bahagia dan Kasih”.

Dalam kuliah ini, Dr Zamri telah memperkenalkan Izard’s Innate facial expression sebagai sambungan dari kuliah pada minggu lepas. Innate ialah satu perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud semulajadi dalam Bahasa Malaysia. Terdapat dua kajian di dalam teori Izard ini. Pertama, kajian yang mengatakan bayi yang baru lahir adalah dilahirkan dengan senyuman atau dalam bahasa lainnya ialah Newborn’s ‘born to smile’ studies. Kedua, kajian silang budaya atau ‘Cross-cultural studies’.

Diterangkan oleh Dr Zamri, kajian pertama iaitu ‘born to smile’ studies mengatakan bahawa emosi seseorang adalah berunsur semulajadi. Dalam kajian ini mengatakan, bayi yang berusia beberapa bulan juga mempunyai pelbagai emosi antaranya marah, terkejut, takut dan sebagainya. Teori ini mengatakan bahawa emosi seseorang adalah berunsur semulajadi. Sebalikynya, pengalaman merupakan proses pembelajaran sahaja. Teori ini boleh diperhatikan dalam golongan bayi. Bayi dilahirkan dengan emosi, sebagai contoh, bayi akan meluahkan perasannya dengan senyuman atau tangisan. Tanpa diajar untuk senyum apabila berasa gembira, bayi telah mampu berbuat demikian. Ini merupakan contoh yang paling baik untuk membuktikan bahawa emosi dilahirkan secara semulajadi.

Manakala, dalam kajian silang budaya atau‘Cross-cultural studies’ pula, ia mengolah tentang ekspresi emosi dalam budaya yang berbeza, sama ada ekspresi emosi itu sama bagi setiap budaya atau berbeza. Emosi sedih, gembira, marah dan lain-lain dapat digambarkan melalui ekspresi muka. Kajian Ekman telah dijalankan di Amerika Syarikat, Jepun, Chile, Argentina dan juga Brazil. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat konsistensi dalam persetujuan jawapan dalam lima budaya ini yang menunjukkan corak yang sama dalam menunjukkan ekspresi emosi. Kajian Ekman juga telah dijalankan di Borneo dan New Guinea dan keputusannya juga disahkan betul. Paul Ekman (1994) juga telah menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi. Ia dipercayai bahawa wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut (54-85%). Manakala Scherer & Wallbott (1994) pula telah meneliti kajian-kajian yang merangkumi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Perbezaannya ialah cara emosi itu dialami dan dikawal, dan bukan berdasarkan bagaimana emosi itu dizahirkan.

Dalam teori pembelajaran dan pengalaman, terdapat dua idea yang berbeza, iaitu yang pertama ialah pengalaman melalui pandangan biologi (biological view of experience), manakala yang kedua ialah pengalaman melalui pandangan pembelajaran (learning theory view of experience). Dalam kaedah pengalaman melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang minor dalam emosi. Menurut Izard, emosi dapat dirasakan bergantung kepada aktivator yang berbeza bagi individu yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah individu takut dengan ketinggian tetapi sesetengahnya yang tidak takut dengan ketinggian. Emosi itu sebenarnya bergantung bagi setiap individu kerana proses kognitif yang berlaku adalah berbeza dalam setiap individu. Sebagai kesimpulan, setiap individu mempunyai tanggapan yang berbeza bagi sesetengah perkara.

Kaedah kedua ialah pengalaman malalui pandangan pembelajaran. Kaedah ini sangat berbeza dengan kaedah yang pertama dari segi kaedahnya yang menbawa emosi tersebut. Melalui kaedah pengalaman melalui pandang pembelajaran, semua emosi didapati melalui kaedah pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak telah dididik untuk berhati-hati terhadap api oleh ibu bapa mereka sejak mereka kecil lagi. Oleh itu, kita akan lebih berwaspada semasa menangani api. Emosi ini wujud disebabkan oleh didikan sejak dari kecil.

Seterusnya, Dr Zamri juga membincangkan tentang tajuk emosi positif seperti gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan merupakan satu emosi yang mempunyai cirri-ciri seperti keseronokan, kepuasan dan senang hati. Pada pandangan Plato, beliau berpendapat bahawa punca terjadinya sesuatu kebahagiaan itu adalah berdasarkan kehidupan yang mulia. Contohnya, sekiranya kita mengamalkan konsep saling bekerjasama, mengambil berat dan bertimbang rasa antara satu sama lain, sudah pasti kita akan dikelilingi dengan manusia yang berbaik-baik dengan kita juga. Menurut pandangan falsafahwan seperti Aristotle, kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokan. Apabila kita mendapat sesuatu hasil dalam proses mencari sesuatu keseronokan, maka dengan serta merta kita juga akan merasai kegembiraan.

Seterusnya menurut prinsip dan falsafah Epicurean, beliau berpendapat bahawa kebahagiaan dapat dirasai dengan memaksimakan keseronokan dan meminimumkan kesakitan dan penderitaan. Sebagai contoh yang memang berlaku pada saya, saya akan bersukan dengan sepuas-puasnya apabila saya amat tertekan dengan masalah akademik. Dengan ini, saya berasa lega sedikit dari semua tekanan, berasa bahagia atau gembira dan meninggalkan segala emosi negatif yang amat menderitakan secara sementara.

Selain itu, Mills pula berpendapat bahawa kebahagiaan itu dapat dirasai dengan adanya kesempurnaan dalam tingkah laku. Setiap kelakuan kita lakukan juga sebenarnya menyumbang terhadap kebahagiaan yang kita rasai. Perangai dan tingkah laku yang baik memberi lebih kebahagiaan kepada seseorang individu itu berbanding dengan tingkah laku yang kurang baik. Pada pendapat saya, cara kita bergaul dengan orang lain terutamanya keluarga dan kawan-kawan sebenarnya memberikan kesan yang besar dalam menentukan kebahagiaan. Apabila kita menjaga tingkah laku dan berbaik-baik dengan orang lain, maka lebih disenangi oleh masyarakat sekelilingnya. Kita saling berbaik-berbaik antara satu sama lain, tidaklah wujudnya konflik, jadi lebih bahagia hidup kita.

Terdapat dua komponen dalam mengukur kebahagiaan iaitu emosi jangka masa panjang dan emosi jangka masa pendek. Dalam emosi jangka masa panjang, kebahagiaan itu dapat didefinisikan melalui kestabilan emosi dari bulan ke bulan atau tahun ke tahun. Manakala emosi jangka masa pendek pula melibatkan peristiwa yang baru berlaku, contohnya berasa gembira apabila mendapat keputusan akademik yang cemerlang atau menangis kerana terluka. Menurut Freud, hubungan seseorang dengan ibu bapa sejak kecil memberi kesan yang mendalam dalam menentukan kebahagiaan seseorang individu itu. Tidak dinafikan, seorang anak akan belajar mengenal dunia melalui ibu bapa mereka. Apa sahaja sifat dan kelakuan ibu bapa itu akan dicontohi oleh anak-anak dan kerana itulah, hubungan dalam keluarga itu sangat penting dalam menentukan kebahagiaan.

Pada pandangan saya, kebahagian atau kegembiraan adalah sesuatu emosi yang subjektif. Adakalanya sesuatu peristiwa itu boleh membahagiakan seseorang tetapi tidak semestinya dapat membahagiakan seseorang yang lain. Sebenarnya, kebahagiaan itu boleh didapati di mana-mana sahaja jika kita sentiasa bersyukur terhadap apa yang kita mempunyai dalam hidup kita. Sebagai contoh, sekarang saya berasa amat bahagia apabila dapat bergaul dengan ahli-ahli keluarga dan menikmati masakan ibu saya setiap kali saya balik rumah pada hujung minggu. Dulu, saya tidak pernah betul-betul menghargai masa yang saya menikmati di sisi keluarga. Sehingga saya melanjutkan pelajaran dan berjauhan dengan keluarga, barulah saya bersyukur terhadap segala-galanya.

Kesimpulannya, jika kita ingin mendapat kebahagian, sentiasalah bersyukur. Sekian, terima kasih.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.