LJ02

ASILAH BINTI SARIMAN @ SARMAN

A132031

KEBAHAGIAAN ADALAH HAK INDIVIDU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca terutama DR Ahmad Zamri Mansor. Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk menulis jurnal ke- dua khusus untuk kursus Pengurusan Emosi. Walaupun saya sangat sibuk dalam bidang perubatan ini, namun saya tetap meluangkan masa untuk membuat refleksi tentang apa yang telah saya dapat semasa kuliah minggu lepas. Kuliah pada minggu lepas bertajuk Emosi Positif dan Negatif. Saya sangat teruja kerana pada saya emosi setiap orang adalah berbeza jadi saya boleh lebih mendalami tentang emosi tersebut.

Kuliah pertama adalah mengenai teori-teori yang pelbagai yang diterjemahkan untuk lebih memahami emosi. Peranan teori pembelajaran dan pengalaman amat berkaitan dengan emosi. Dari sudut pandang biologi, teori pembelajaran sangat memainkan peranan penting . Mengikut Plutchick ,emosi adalah ekspresi secara langsung oleh potensi genetic seseorang, tindakan pembelajaran yang akan mengubah mereka. Dalam Izard pula mengatakan emosi akan wujud beberapa bulan selepas kelahiran untuk mempengaruhi perwatakan bayi tersebut. dan pencetus (activators) adalah merupakan punca emosi diekspresikan. Apa yang saya paham contoh pencetus tersebut adalah hantu ataupun binatang liar. Saya mempunyai pengalaman yang menjadikan ular sebagai pencetus kerana apabila saya terlihat ular saya akan menjerit sekuat hati. Sebagai konklusi,emosi adalah semulajadi, ekspresi dan pengaktifan punca adalah dipengaruhi oleh emosi dan pembelajaran

Seterusnya adalah dalam sudut pandang teori pembelajaran. Dalam aspek ini, semua emosi telah dipelajari dan secara genetiknya manusi lebih bersedia untuk belajar emosi terhadap sesuatu . menurut kajian Alberts menunjukkan manusia boleh mendapat perasaan takut melalui proses pembelajaran. Saya juga dapat tahu bahawa enurut kajian Miler pula, perasaan takut tiada kaitan dengan asas bilogikal. Dalam kajian ini, mereka mengkaji tikus dengan kejutan elektrik dan keputusan akhir menunjukkan tikus tersebut mempelajari emosi tersebut. segala uji kaji dan eksperimen yang dilakukan membuatkan saya semakin tertarik untuk melakukan eksperimen kerana dengan cara tersebut kita dapat mengetahui segala keberangkalian untuk kajian tersebut. tambahan pula, saya tidak menyangka bahawa dalam aspek emosi terdapat juga pelbagai kajia kerana saya hanya selalu mendengar tentang kajian dalam bidang sains. Oleh itu, dengan mempelajari kursus ini telah membawa saya keluar dari bidang perubatan dan mengetahui ilmu lain.

Perkara pertama yang akan saya khususkan di jurnal ini adalah tentang gembira. Gembira merupakan salah satu sifat positif yang wujud dalam manusia secara semula jadi. Karakter untuk mengenalpasti seseorang tersebut gembira adalah seseorang itu berasa puas selepas melakukan sesuatu, keseronokan dan mereka berasa senang. Mengikut pengalaman saya, saya pernah berasa terlalu gembira apabila mendapat berita yang saya dapat melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang perubatan. Saya telah merasai kegembiraaan itu. Mengikut Aristotle kegembiraan adalah mengejar kebahagian yang seronok manakala pada pendapat Plato kegembiraan adalah berpunca daripada kehidupan yang baik. Saya sanagt bersetuju denagn pendapapat Plato kerana bagi saya seseorang yang hidup dalam sempurna dan tidak dalam kesusahan akan membuatkan mereka rasa gembira sentiasa. Jika kita hidup dalam kemiskinan, kita tidak akan berasa gembira. mengikut kajian yang dijalankan membuktikan bahawa rakyat Asia merupakan rakyat yang kurang berasa gembira manakala rakyat Australia dan eropah merupakan rakyat yang gembira. walaubagaimanapun saya masih tidak mengetahui sebab dan keputusan kajian itu.

Kegembiraan mempunyai dua komponen iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Untuk menjelaskan komponen jangka masa panjang adalah dengan kegembiraan yang bermula dari sejak kanak-kanak dan berterusan sehingga sekarang dan emosi itu mestilah berterusan dan stabil. Sebaliknya untuk jangka masa pendek dalah bergantung pada kehidupan yang sekarang contohnya semalam saya memenangi pertandingan badminton antara pelajar perubatan tahun 2. Saya juga percaya bahawa hubungan antara saya dan ibu bapa juga merupakan pengukur kepada kegembiraan saya. Hal ini kerana saya akan berkongsi kegembiraan saya bersama mereka dan apabila saya melihat mereka gembira saya juga akan turut berasa gembira. Saya juga dapat menambah ilmu tentang faktor lain yang membuat seseorang rasa gembira antaranya ialah kerja, rekreasi,persahabatn dan kesihatan. Penghayatan agama juga merupakan faktor yang penting. Hal ini dapat dibuktikan apabila saya sendiri berasa tenang dan gembira selepas mendengar sesuatu ceramah. Seterusnya akan mengurangkan perasaan tekanan seseorang tersebut dan menghalangnya daripada bunuh diri.

Emosi positif seterusnya yang akan saya kupas adalah mengenai kasih sayang ataupun cinta. Walaupun saya tahu merasai kasih sayang tersebut tetapi saya tidak mengetahu faktor utama emosi tersebut. selepas kuliah minggu lepas saya dapat belajar antara faktor kasih sayang adalah komitmen, keintiman dan keghairahan. Seseorang akan berasa jatuh cinta apabila terdapat interaksi dua pihak. Walaupunbagaimanapun sesebuah hubungan tidak akan dapat wujud jka tidak tedapat seseorang yang memulakannya. Tambahan pula, seseorang perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi untuk memulakan dan mengekalkan hubungan tersebut. oleh itu setiap orang yang mahu berkahwin perlu cukup yakin dengan komunikasi yang dimiliki. Jika tidak mempraktikkan, pasangan akan mengalami kesusahan dan akan menyebabkan emosi lain wujud iaitu sedih, benci marah dan pelbagai emosi yang negative.

Untuk mengukur tahap kebahagiaan dan keseronokan seseorang, laporan persendirian (self- report) dan bukan laporan persendirian( non self-report) perlu dilakukan. Ini dapat dimasukkan dengan skor kebahagiaan dan keinginan sosial. Survey telah dilakukan dan menunjukkan bahawa orang yang bahagia kurang untuk didera, kurang mendapat penyakit, mendapat kepercayaan orang lain. Saya sangat bersetuju tentang aspek ini kerana ia akan member impak kepada orang lain. Sebagai contoh, saya sangat gembira dengan melakukan kerja-kerja organisasi,akhirnya menyebabkan semakin ramai yang menmasukkan saya dalam organisasi mereka keran amereka percaya saya mampu lakukan dan kerja yang dibuat tidak menyebabkan saya berasa tertekan. Dari aspek kewangan pula, saya sangat yakin bahawa pendapatan yang tinggi mampu membuat seseorang bahagia. Hal ini kerana, duit dapat membeli segala-galanya dan seseorang dapat membuat aktiviti yang dapat membahagiakan mereka dengan pendapatan yang mereka ada. Contohnya, ibu bapa saya mempunyai pendapatan yang secukupnya jadi mereka berasa bahagia dan tidak risau untuk membesarkan saya.

Selepas kuliah ini saya telah membaca sebuah buku yang bertajuk “Emosi : Penjelajahan Religio Psikologis” . Mengikut buku tersebut, terdapat enam emosi dasar iaitu bahagia, marah, takut, sedih, takjub dan benci iaitu jijik. Emosi dasar tersebut ketika bercampur akan sangat bervariasi. Buku ini juga mengaitkan tentang emosi dalam Al-Quran yang menytakan bahawa pembahasan tentang emosi manusia tersebar dalam berbagai surah dan ayat beriringan dengan peristiwa yang dihadapi manusia dalam berbagai persoalan kehidupan. Saya juga sangat bersetuju dengan pendapat Edward L. Thorndike (dalam Good & Brophy, 1990:156), setiap ganjaran atau hasil yang diperoleh akan memperkuatkan perlakuan. Seseorang yang mendapat responds memuaskan dari apa yang dia lakukan akan mudah tertarik untuk mengulanginya dan dengan intensiti lebih tinggi.