Salam sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal kedua yang saya tulis. Jurnal ini akan mengandungi tentang apa yang saya fahami tentang tajuk kuliah ini sebelum dan selepas saya menghadiri kuliah tersebut. Saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi pada 3hb Ogos. Tajuk kuliah yang diajar oleh Dr. Zamri ialah Struktur dan Ekspresi Emosi (sambungan dari kuliah yang lepas) dan Emosi Positif. Seperti kuliah yang lepas, sebelum memulakan kuliah tersebut, satu video telah ditayangkan. Video ini berkenaan dengan muzik yang bertajuk You Came to Me yang dinyanyikan oleh Sami Yusof. Melalui video tersebut, saya dapat menghayati nila-nilai murni yang ingin disampaikan. Salah satu nilai murni yang saya dapat hayati ialah kami seharusnya mempunyai pegangan agama yang kuat, tidak kira Buddha, Muslim, Hindu atau yang lain. Kita perlulah bergigih untuk merentasi segala masalah dan rintangan yang terdapat dalam kehidupan kita.