MOHD SYAFIQ B. BAKAR A131880
LJ 2

Assalammualaikum w.b.t,
Bertemu lagi kita disini setelah kemunculan julung kalinya saya dalam penulisan ‘Learning Jurnal Satu’,yang lalu.Saya berharap para pembaca coretan saya pada jurnal yang lalu terhibur dan mendapat sesuatu manfaat atau info yang boleh diambil daripada coretan saya yang lalu yang saya beri tajuk “Apa itu emosi”.Dalam coretan yang kedua ini,saya masih akan mengupas mengenai emosi Cuma berlainan isu daripada apa yang saya coretkan pada jurnal pertama saya.Disini saya cuba untuk menambahbaik penulisan coretan saya sebaik yang mungkin.Pada tanggal 3 Ogos,saya telah menghadiri kuliah ZT Pengurusan Emosi yang ketiga.Kami telah disajikan dengan persembahan video klip ‘Not To Cry’ sebelum bermulanya kuliah oleh Encik Azamri Mansor di dalam Dewan Kuliah 1.Bagi saya video klip ini mempunyai mesej tersirat dan makna tersurat dan mampu memberi impak dari segi emosi kepada orang ramai.Kemudian kuliah diteruskan dengan tajuk yang mempunyai kelansungan dari tajuk struktur emosi dari kuliah kedua dulu.Disini saya berminat untuk mengulas mengenai isu ‘Learning Theory’ dan perbezaan teori ini dengan beberapa teori yang telah saya bincangkan dalam coretan jurnal dua saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengulas mengenai teori pembelajaran dan pengalaman.Pembelajaran dan pengalaman memainkan peranan di dalam ekspresi emosi.Disini kita akan lihat kedua-dua perkara ini dari sudut pandangan yang berbeza.Dari sudut pandangan yang pertama iaitu dari sudut pandangan biologi menyatakan bahawa secara relatifnya pembelajaran memainkan peranan yang sedikit dalam pengekspresian emosi.Menurut plutchik,pembelajaran memberi kesan dengan mempengaruhi kepada kekerapan sesuatu emosi yang berbeza itu di ekspresikan.Kesimpulan yang dapat diambil dari sudut pandangan biologi ini ialah,emosi itu bersifat sesuatu yang semulajadi,dimana apabila seseorang itu membesar,pembelajaran akan mempengaruhi ‘bahan pengaktif’ (activators) yang menerbitkan semua emosi ini.Selain itu,saya tertarik untuk mengutarakan peribahasa atau satu kata-kata yang dapat kita sama-sama fikir dan renungkan iaitu ’Setiap orang dilahirkan dengan perasaan marah,tetapi belajar untuk mengekpresikan dengan cara masing-masing’.Seterusnya.kita beralih kepada sudut pandangan teori pembelajaran.Di dalam pandangan ini menegaskan bahawa semua emosi diperoleh hasil daripada pembelajaran ataupun dengan lain erti,emosi ini dipelajari.Pandangan dari sudut ini berbeza dari sudut pandangan biologi kerana ia mengatakan bahawa emosi tidak mempunyai kaitan lansung dengan aspek biologi.Sebagai contoh atau hujah yang diberi ialah perasaan takut tidak mempunyai kaitan dengan aspek biologi tetapi diperolehi hasil daripada pembelajaran.Jadi terpulanglah kepada kalian semua untuk menerima sudut pandangan yang mana pun kerana setiap orang mempunyai cara pemikiran yang tersendiri.
Seterusnya saya ingin membuat perbandingan diantara teori primari,teori Tomkin,dan juga teori Izzard.Disini tidak banyak yang mahu saya bicarakan kerana kita telah sedia maklum mengenai teori-teori ini,cuma saya mahu merumuskan dan membuat perbandingan diantara teori primary,teori Tomkin,dan juga teori Izzard secara umumnya.Didalam teori primary atau telah juga dikenali sebagai teori emosi asas,menyatakan bahawa emosi merupakan satu produk atau hasil yang boleh diperturunkan atau dipindahkan secara genetik.Dengan kata lain teori ini menyatakan bahawa emosi ini adalah produk yang telah diperturunkan atau diwarisi secara genetic daripada manusia yang terdahulu(nenek moyang terdahulu).Ini adalah kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada teori asas emosi(teori primari) ini.Seterusnya kita beralih pula kepada teori kedua yang telah saya sebutkan tadi iaitu teori Tomkin.Berdasarkan apa yang boleh saya rumuskan dalam teori Tomkon ini adalah teori ini menegaskan bahawa emosi itu merupakan kelakuan wajah(facial behaviour).Contohnya seseorang itu akan menunjukkan ekspresi muka senyum jika dia di dalam emosi yang gembira dan akan menunjukkan riak atau ekspresi muka yang bengis jika dia dalam keaadan emosi yang marah.Terdapat banyak perbalahan yang menyangkal teori ini atas sebab-sebab yang kukuh tetapi ada juga yang masih menyokong teori ini berdasarkan hujah yang mereka berikan,jadi terpulang kepada kalian semua untuk menilai yang mana yang lebih bernas.Akhir sekali,saya ingin kupas dan bandingkan teori-teori tadi iaitu teori asas emosi(teori primari) dan teori Tomkin dengan teori Izzard berdasarkan apa yang saya faham dalam kuliah pengurusan emosi yang ketiga pada hari rabu minggu yang lepas.Di dalam teori Izzard ini secara asasnya menyatakan bahawa segala tindakbalas mekanisma saraf(neural mechanisme) untuk ekspresi muka adalah sesuatu yang bersifat semulajadi(innate).Disini kita dapat menilai atau melihat bahawa Izzard menerangkan bahawa setiap ekspresi muka yang dihasilkan melibatkan satu mekanisma saraf yang bersifat semulajadi iaitu tidak dengan cara menggunakan ubat atau rawatan genetik.Dengan kepesatan teknologi dan juga ketinggian tahap keilmuan manusia pada masa sekarang,para penyelidik telah pun dapat membuktikan bahawa terdapat tindak balas saraf apabila menerima rangsangan daripada otak untuk membentuk ekspresi di muka berdasarkan jenis rangsangan(stimuli),seperti contoh,marah,gembira,sedih dan lain-lain lagi yang dihantar oleh otak manusia melalui saraf-saraf di muka kita tanpa kita semua sedar dan tahu.Secara ringkas dan kasarnya,saya akan membuat kesimpulan menyeluruh daripada apa yang telah saya kupaskan seperti yang tertera di atas iaitu:
#Teori primari(Teori emosi asas)àEmosi merupakan suatu hasil atau produk yang telah diwarisi dan diperturunkan secara genetic daripada manusia yang terdahulu iaitu nenek moyang kita dulu
#Teori TomkinàMenegaskan bahawa emosi merupakan satu tindakbalas atau kelakuan muka kita
#Teori IzzardàMenerangkan bahawa mekanisma saraf(neural mechanisme) untuk ekspresi muka adalah bersifat sesuatu yang bersifat semula jadi.
Saya berharap anda semua dapat menilai dan menerima teori yang anda rasakan bernas mengikut cara pemikiran anda semua sendiri kerana tiada persoalan teori yang manakah betul dan teori yang manakah salah kerana bagi pendapat saya semunya ada benar dan salahnya Cuma dari segi aspek atau sudut manakah yang akan menentukan teori mana yang bernas dan betul.
Sebelum mengakhiri coretan kedua jurnal saya pada kali ini,saya berminat untuk sedikit sebanyak mengupas mengenai isu “Kebahgiaan”.Pertamanya,saya ingin mendefinisikan makna kebahgiaan itu sendiri terlebih dahulu.Bagi memberi definisi ini,saya telah merujuk kepada satu artikel yang telah saya cari di dalam internet.Menurut website Wikipedia Indonesia kebahagian merupakan suatu keaadan perasaan atau fikiran yang dilandai dengan kesenangan,cinta,kepuasan,kenikmatan dan kegembiraan.Selain itu,menurut pesantrenvirtual.com menggambarkan kebahagiaan sebagai satu kondisi hati yang dipenuhi dengan keyakinan(keimanan), dan berperilaku sesuai dengan keyakinannya itu.Sebagai contohnya Bilal Bin Raabah merasa bahagia kerana dapat mempertahankan imannya walaupun telah menerima pelbagai seksaan,para sahabat nabi rela meninggalkan kampong halaman mereka demi mempertahankan iman dan agama mereka,namum mereka tetap bahagia dengan kehidupan itu.Sebagai tambahan,menurut Andrew Matthes didalam bukunya yang berjudul “Being Happy;A Handbook to Greater Confidence and Security,menerangkan bahawa yang menentukan kebahagiaaan kita bukanlah disebabkan apa yang terjadi terhadap kita seperti kahwin,kaya dan sebagainya tetapi disebabkan oleh cara kita bertindakbalas atau member reaksi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada diri sendiri.Sebagai contoh,terdapat golongan orang miskin yang merasa nikmat bahagia tetapi terdapat juga orang kaya yang tidak merasa nikmat bahagia.Renung-renungkan dan selamat beramal………sekian saja coretan saya dalam jurnal kedua ini…….wassalam..