Assalamualaikum, kepada Dr Ahmad Zamri Mansor. Pada hari Rabu minggu lepas saya telah memperdalamkan ilmu pengetahuan tentang struktur dan ekspressi emosi. Struktur emosi telah diklassifikasikan kepada 2 kategori yang luas iaitu:

· Evolutionary/biological theories

· Learning theories

Evolutionary/biological theories adalah berdasarkan Darwin’s Basic Theory of Emotion yang menegaskan tentang ‘primary’ emotions iaitu emosi berasal dari emosi asas diri yang diterbitkan melalui ekspressi wajah. Dibawah teori ini juga terdapat 3 lagi teori yang menerangkan tentang ‘primary’ emotion iaitu, Plutchik’s Primary Emotion Theory, Tomkin’s Facial Feedback Theory dan Izard’s Innate Facial Expression. Plutchik’s Primary Emotion Theory, mengatakan bahawa terdapat 3 bahasa yang melambangkan emosi iaitu- bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Tomkin’s Facial Feedback Theory pula megatakan bahawa sesuatu perbuatan atau tingkah laku boleh menerbitkan perasaan emosi tersebut. Contohnya apabila kita tersenyum kita akan berasa gembira. Akhir sekali, Izard telah mengatakan bahawa penimbulan emosi muncul daripada suatu mekanisme dalaman daripada system hormonal dan neural badan kita sendiri.

Learning theories pula terbahagi kepada 2 iaitu dari sudut biological atau sudut pengalaman emosi. Dari sudut biological, pembelajaran emosi tidak memainkan peranan yang penting tetapi emosi wujud secara sendirinya namun pengekspresiannya berbeza bagi setiap individu. Teori pengalaman emosi pula menekankan tentang pembelajaran emosi yang bermaksud semua emosi dipelajari daripada sesuatu pengalaman dalam hidup dan tanpa stimulasi yang sesuai kita tidak akan dapat merasai emosi tersebut.

Daripada sini saya telah dapat mempelajari pelbagai teori yang berkaitan dengan emosi. Antaranya adalah emosi adalah memang sesuatu sifat dalaman seseorang dan emosi adalah sesuatu yang dipelajari semasa proses tumbesaran. Kedua- dua teori ini ada betul dan salahnya namun kedua-duanya adalah sangat releven untuk menerangkan tentang struktur emosi. Oleh itu, sekarang saya sedang mengingat kembali cara saya sendiri belajar tentang emosi yang dirasai dan menilainya berdasarkan ekspressi yang diterbitkan.

Semasa kuliah hari itu juga, Dr Ahmad Zamri telah menilai tahap kefahaman kami tentang kuliah pertama melalui suatu kuiz yang sangat interaktif. Kami telah menjawab dua kuiz dan dalam kuiz pertama (kuiz ini berkaitan dengan definisi emosi) saya telah mendapat markah penuh (yeah!) namun kuiz kedua adalah lebih sukar jadi saya hanya mendapat 7/10 markah. Ini telah menunjukkan bahawa saya masih lagi kurang kefahaman tentang teori-teori berkaitan dengan emosi dan perlu membaca dengan lebih mendalam.

Emosi positif dan negatif apa itu sebenarnya? Ini merupakan topik kedua yang dipelajari semasa kuliah tersebut. Emosi positif digambarkan sebagai emosi yang mendorong kita sebagai contoh gembira. Kegembiraan melambangkan seseorang yang mempunyai emosi positif. Beberapa kajian juga telah dijalankan tentang emosi gemira dan hasilnya menunjukkan orang yang beremosi positif seperti gembira adalah lebih cenderung untuk menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi pun dan mereka juga bijak mengambil langkah yang lebih effektid untuk membuat diri mereka lebih bahagi.

Kegembiraan dan kebahagiaan adalah emosi yang ingin saya selalu terapkan dalam kehidupan. Terdapat banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang itu bahagia contohnya jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak. Melalui kajian ini adalah faktor-faktor tertinggi dalam skala kebahagiaan. Kita boleh juga merasai kegembiraan melalui cara keagamaan dan social. Namun ada satu faktor yang saya tidak setuju iaitu concept wang. Wang membuat saya bahagia. Ramai mengatakan bahawa banyak wang tidak boleh menjamin kebahagiaan namun tanpa wang kita akan selalu bersedih. Oleh itu, saya berasa bahawa wang adalah faktor yang cukup penting untuk bahagia.

Antara pengalaman saya yang paling menggembirakan adalah semasa saya melancong. Saya telah berpeluang untuk menjejaki kaki di beberapa buah negara selain Malaysia ini. Namun pengalaman yang paling genbira adalah apabila saya melancong ke Eropah. Saya telah mengikuti sebuah rombongan yang bermula dari Portugal ke Spain kemudian ke London dan akhirnya ke Prague. Disana saya telah melawat pelbagai tempat- tempat yang sangat menarik dan menakjubkan. Dan semasa berada di sana walaupun saya telah menghapadi pelbagai masalah namun semuanya dapat diselesaikan kerana saya sangat gembira dan bersikap positif pada setiap masa.

Semasa kuliah itu juga, saya amat tertarik dan terharu apabila Dr Ahmad Zamri menunjukkan kisah tentang “$50 an hour”. Ia suatu cerita tentang seorang budak lelaki yang sangat menyayangi ayahnya namun ayahnya sentiasa sibuk berkerja lalu pada suatu hari si anak ini meminta wang daripada bapanya itu tetapi dimarahi kerana dia beringat bahawa anak itu ingin membeli alat permainan. Setelah itu, dia cuba memujuk anaknya dan bertanya kepadanya mengapa dia ingin wang itu lalu anak itu menjawab bahawa dia hanya ingin embeli sejam daripada masa bapanya supaya dia mereka boleh bersama. Cerita ini sangat mengharukan. Saya hampir menangis di dalam kuliah kerana sangat terharu. Setelah mendengar cerita ini telah mengalami perubahan firiran dan hati. Kini saya amat mengakui bahwa duit/ wang memang tidak boleh menjamin kebahagiaan yang sebenarnya tetapi ikatan keluarga yang kukuh dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi adalah sesuatu yang tidak ternilai .

Akhir sekali, saya boleh merumuskan bahawa banyak perkara yang telah saya belajari dan alami daripada kuliah kedua modul pengurusan emosi ini. Ianya amat berbeza daripada kuliah modul lain yang berunsur ‘purely’ akademik kerana ianya sesuatu yang kita boleh kaitkan dalam kehidupan seharian. Saya juga percaya suatu hari nanti kesemua ilmu yang telah dipelajari pada hari ini akan dapat saya terapkan dalam hidup untuk menyempurnakan lagi kehidupan seharian. Itu sahaja daripada saya pada kali ini sekian terima kasih!

THE SKY IS THE LIMIT! SO AIM HIGH!!!!