Alhamdulillah, bersyukur terhadap Allah S.W.T kerana sekali lagi saya, Mohammad Azri Bin Bantalani diberi kesempatan untuk membuat jurnal berkaitan pengurusan emosi. Seperti minggu – minggu sebelumnya, jurnal ini dikarang berkitan input yang diperolehi selepas menghadiri kuliah yang ketiga. Sebelum itu, ingin saya rumuskan kembali tentang tajuk atau pun kuliah yang di bincangkan pada minggu lepas. Pada minggu pertama, kami telah di dedahkan tentang pengenalan terhadap emosi aitu berkenaan dengan definisi emosi. Pada minggu kedua pula iaitu minggu lepas, kami di terangkan tentang ekspresi emosi yang mempunyai beberapa teori seperti teori Darwin dan sebagainya.
Pada minggu ini pula, tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan pengalaman emosi. Dalam tajuk ini, dr Zamri menerangkan bagaimana emosi itu boleh mempengaruhi tindak- tanduk manusia atau pun sifat mereka sendiri. Terdapat beberapa teori utama yang mempersetujui bahawa pengalaman emosi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antara kumpulan- kumpulan pengalaman emosi itu ialah subjective feelings iaitu perasaan subjektif, cognitive appraisal iaitu penilaian tentang kognitif, physiological arousal iaitu keinginan semula jadi oleh fisiologi dalam diri manusia, motor expression ( body movement ) iaitu tindakan tubuh badan atau pun perbuatan yang melibatkan pergerakan tubuh badan, dan akhir sekali Motivational tendencies ( needs to act on basis of emotions ) iaitu pengaruh motivasi atau pun factor yang menyebabkan manusia bertindak berdasarkan emosi / motivasi dalam diri masing – masing. Walau bagaimanapun, kumpulan – kumpulan pengalaman emosi itu berbeza dari segi kepentingannya yang berkaitan dengan pelbagai komponen. Selain itu, kumpulan – kumpulan pengalaman emosi ini juga berbeza dari segi kemunculan atau pun kedatangannya mengikut urutan peristiwa yang berlaku dan bersesuaian dengan pengalaman emosi tertentu yang berkenaan.
Perbezaan – perbezaan pengalaman emosi ini dapt dikelaskan kepada beberapa kelompok. Antara perbezaan – perbezaan yang ditekankan dalam pengalaman emosi ialah Physiological basis (physiological theories) iaitu berpandukan asas kepada fisiologi dalam diri manusia yang dijelaskan dalam teori fisiologi. Selain itu, kelompok kecil yang kedua ialah Role of cognition (cognitive theories) iaitu peranan kognitif yang dijelaskan dalam teori kognitif. Akhi sekali, pengalaman emosi dapat dibezakan melalui kelompok kecil yang ketiga iaitu Role of the unconscious (psychoanalytic theories) yang bermaksud peranan atau pun kesan ketika tidak sedarkan diri, yang di jelasakan dalm teori psikoanalisis.
Sekarang saya akan jelaskan perbezaan pengalaman – pengalaman emosi berdasarkan satu- satu teori. Teori peertama iaitu teori fisiologi. Menurut teori ini, ia amat menekankan pendapat bahawa emosi ini adalah semuanya berpunca daripada otak manusia yang melibatkan system saraf. Emosi dalam teori ini dikaitkan dengan kesan fisiologi melalui rangsangan stimuli neuron. Teori ini dapat dijelaskan dan dipersetujui oleh James-Lang, Cannon-Bard, Psychobiological theories. Menurut James – Lange teori, yang diperkenalkan oleh William James pada tahun 1884, hipotesis yang beliau keluarkan ialah reaksi fisiologi kesan daripada rangsangan boleh mengubah emosi. Sebagai contoh, seseorang yang takut binatang berbisa akan berasa menjerit dan lari apabila melihat binatang tersebut, emosi yang beliau hadapi sekarang kesan tindakan lari tadi ialah takut.

Bagi teori yang kedua dalam kelompok teori fisiologi pula, iaitu teori cannon dan Philip bard. Menurut teori cannon dan Philip bard ini, rangsangan daripada luaran atau pun persekitaran menyebabkan penghasilan atau penghantaran impuls ke otak. Penghantaran impuls ke otak seterusnya menyebabkan berlakunya perubahan emosi. Rangsangan yang berterusan daripada luaran menyebabkan penghantaran impouls yang banyak seterusnya mengakibatkan pergerakan tubuh badan atau tindakan dan perubahan emosi berlaku serentak. Menurut teori ini, seseorang akan bertindak berdasarkan pengalaman emosi sebelum ini pada masa yang sama ketika melakukan perbuatan tersebut. Sebagai contoh, orang yang takut akan ketinggian atau pun gayat, mereka akan berasa takut walau pun semasa menaiki tangga bangunan pencakar langit. Kesan daripada perasaan takut tadi, akan mempengaruhi tindakan iaitu takut untuk meneruskan pendakian menaiki tangga tersebut. Seseorang mampu untuk bertindak balas terhadap rangsangan hanya selepas mengalami emosi yang berkaitan.
Teori yang terakhir dalam kelompok pengalaman emosi ialah physicobiological teori. Teori ini diperkenalkan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982, dan 1992. Menurut teori ini, emosi pada asasnya berlaku akibat daripada rangsangan melalui litar neuron tertentu. Dalam teori ini, beliau telah mencadangkan empat emosi asas iaitu fear bermaksud takut, rage bermaksud kemarahan, panic iaitu panik and expectancy bermaksud jangkaan. Ke empat – empat emosi asas ini adalah berdasarkan atau berpandukan arahan daripada otak yang dihantar melalui litar neuron tertentu. Ke empat – empat emosi asas ini juga boleh saling bertindak atau berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan pelbagai emosi yang lain. Teori ini juga menyatakan bahawa terdapat nuerochemical tertentu yang spesifik terhadap sesuatu emosi. Sebagai contoh, dopamine yang spesifik kepada emosi system emosi jangkaan. Contoh yang lain pula ialah seperti acetylcholine yang spesifik kepada emosi marah. Walau bagaimanapun, teori ini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak dan golongan tertentu seperti, magda Arnold pada tahun 1960 yang bertanya tentang lokasi khusus atau spesifik tentang litar neuron yang dinyatakan dalam teori ini. Selain itu, james Averill juga membidas dengan mengeluarkan kenyataan bahawa litar neuron yang berwayar mungkin tidak fleksibel untuk sebagai asa kepas kemunculan emosi dalam diri manusia.
Selesai dengan teori fisiologi, sekarang beralih kepada teori kognitif. Kelompok teori kognitif pula juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Schachter’s Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of excitation, dan akhir sekali ialah Cognitive appraisal theories. Bagi teori yang pertama iaiitu teori Schachter’s Cognitive bersetuju dengan teori James – Lange dalam teori fisiologi tetapi menmbah sedikit dengan mewakilkan tindak balas fisiologi dengan emosi berdasarkan pengalaman yang lalu. Pengalaman yang lalu menyebabkan anda berada pada tahap bersedia untuk menerima perubahan emosi tersebut. Walau bagaimanapun, teori ini juga mendapat krikan kerana pelabelan emosi selalunya berdasarkan pengalaman lalu dan ingatan, bukan sahaja faktor-faktor situasi serta-merta. Selain itu juga, andaian bahawa semua emosi melibatkan neurochemical perantara yang sama proses telah terbukti tidak betul. Teori kedua iaitu misattribution pula secara ringkasnya perubahan emosi bukan kerana faktor stimulus atau rangsangan tetapi faktor – faktor lain seperti mengambil dadah. Teori yang ketiga iaitu transfer of excitation secara umumnya berkenaan kesan daripada rangsangan yang berasal daripada stu sumber yang tertentu yang mengakibatkan atau memberi kesan terhadap kognisi yang tidak berkaitan secara langsung. Teori terakhir dalam kelompok teori kognitif ialah Cognitive apraisal. Dalam teori ini, penekanan lebih kukuh terhadap kognitif dalam diri manusia yang merangkumi pemikiran, pembekajaran , ingatan dan persepsi dalam pengalaman emosi. Teori ini mempunyai 2 tahap iaitu primary dan secondary. Tahap primary berkaitan kepentingan rangsangan terhadap kesejahteraan seseorang. Manakala secondary berkaitan kaedah – kaedah untuk menghadapi tekanan yang dihadapi kesa daripada emosi tertentu.
Sebelum saya mengakhiri jurnal ini, bagi pembaca yang beragama Islam, dalam bulan ramadhan yan mulia ini kita seharusnya lebih bijak mengawal emosi masing – masing. Hadis Nabi S.A.W ada bersabda bahawa sabar itu sebahagian daripada iman. Oleh itu kita seharusnya redha dan tidak mudah kecewa ataupun marah apabila menerima ujian. Sesungguhnyasemua yang berlaku ada hikmahnya. Wallahua’lam. Sekian….