Assalamualakaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat saya menyambung penulisan jurnal saya. Dalam penulisan yang lepas, saya dan rakan-rakan telah belajar tentang emosi positif iaitu gembira, bahagia dan kasih. Kami telah berkongsi pendapat dan juga pengalaman masing-measing berkaitan kebahagiaan. Dalam jurnal yang lepas, dapat dilihat blog Pengurusan Emosi penuh dengan kebahagiaan pengalaman para pelajar Perubatan Tahun 2. Dalam kuliah yang terbaru ini, saya telah belajar mengenai emosi-emosi negative pula. Contohnya adalah takut, malu, sedih dan marah.

Emosi pertama yang akan saya bincangkan ialah takut. Semua orang akan pernah merasai perasaan takut. Emosi seperti ini adalah normal. Dari segi pemahaman saya, takut ialah satu perasaan apabila seseorang itu mengalami satu situasi yang mungkin akan mengancamnya dan perubahan fisiologi akan berlaku. Perubahan fisiologi yang berlaku ialah apabila hormone adrenalin meningkat dan menyebabkan degupan jantung juga meningkat. Individu itu akan mengambil tindakan dengan cuba lari untuk menyelamatkan diri. Dalam kuliah yang lepas, takut ini adalah satu respone kita terhadap bahaya dan ia berkaitan dengan perasaan bimbang. Takut merupakan satu mekanisma survival dan selalunya ia adalah respone terhadap sesuatu rangsangan yang negative. Apakah punca-punca kita merasai takut? Terdapat beberapa faktor yang mendorong ke arah perasaan takut ini. Antaranya ialah apabila seseorang itu mengalami trauma. Contohnya, seseorang kanak-kanak yang pernah lemas pada masa lampau, perasaan takut akan air akan wujud di dalam dirinya. Takut kepada air ini juga boleh dikenali sebagai hidrofobia. Perubahan wajah juga akan berlaku jika seseorang itu berasa takut. Terdapat pelbagai ekspresi wajah yang akan ditonjolkan. Antaranya ialah mata akan terbuka luas. Anak mata semakin membesar (untuk mengambil lebih banyak cahaya), bibir atas akan ternaik dan juga kening ke dalam.

Sekarang saya akan menulis berkenaan dengan malu. Apakah itu malu? Malu boleh dikategorikan sebagai emosi positif atau pun emosi negative. Malu yang negative itu berkaitan dengan malu apabila berhadapan dengan orang ramai. Secara sosial dan profesionalnya, perasaan malu tidak sepatutnya wujud kerana ia boleh melambangkan seseorang itu tidak yakin dengannya. Individu seperti ini akan hilang kepercayaan atau pun hilang hormat daripada orang lain dan ia juga bergantung kepada keadaan. Malu ini boleh dibahagikan kepada dua. Yang pertama ialah malu dari segi professional dan yang kedua ialah dari aspek profesional. Seseorang itu akan malu apabila rahsia mengenai dirinya terbongkar atau pun privasinya diketahui orang. Contohnya, tembelang pemipuannya telah terbongkar, membuat kesalahan dan juga kalah teruk menyebabkan individu itu malu untuk bersemuka dengan orang sekelilingnya. Ini adalah malu personal. Kebiasaannya, malu personal ini akan diikuti dengan tersipu-sipu, berasa gelisah, berpeluh dan juga tergagap-gagap. Sesetengah orang akan cuba menutup perasaan malunya dengan ketawa atau pun senyum. Profesional malu pula contohnya apabila kita gagal dalam menjalankan atau menyiapkan tugasan yang diberikan.

“Alangkah sedihnya hatiku, luka meliputi…” (Tak Mengapa, A Rahman Hassan). Apabila kita melihat ungkapan seperti ini, ia jelas menggambarkan kesedihan. Sedih juga merupakan satu emosi negative. Seseorang itu akan berasa sedih jika mengalami kehilangan. Kesedihan yang melampau akan menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan diri dan perlu dirujuk kepada pakar kaunseling. Kesedihan juga akan mengganggu kawalan emosi kita dan kadang-kadang akan menyebabkan seseorang itu mengurungkan diri daripada dunia luar jika tidak dapat menerima sesuatu kenyataan. Seseorang itu juga akan berubah menjadi seorang yang pendiam, tidak bertenaga dan akan menjauhkan diri daripada orang sekelilingnya. Sedih berlawanan dengan gembira. Sinonim bagi sedih ialah muram, murung dan juga sayu. Mengikut kajian, orang yang gembira lebih efektif dalam memahami sesuatu perkara, dan hanya memerlukan masa yang singkat sahaja. Ia berlawanan pula dengan orang yang sedih yang mana mengambil masa yang panjang dalam memahami sesuatu perkara dan pemahamannya kadang-kadang kurang tepat.

Emosi negative yang seterusnya ialah marah. Emosi marah akan ditunjukkan apabila seseorang itu berasa sakit, tertekan, merana atau pun terancam. Marah adalah satu respon kita terhadap persepsi diancam disebabkan konflik, tidak dipeduli, dipergunakan atau pun teraniaya. Marah boleh diekspreskan secara aktif dan juga pasif. Bagi marah secara aktif, seseorang itu akan menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada target secara lisan atau pun secara fizikal. Marah pasif pula apabila seseorang itu tidak meluahkan apa yang dirasainya. Mereka lebih suka memendam dan hanya protes tanpa berdepan dengan target. Golongan ini akan mudah berasa tertekan. Tahap kemarahan setiap orang adalah tidak sama. Terdapat orang yang cepat marah, tetapi mudah dan cepat hilang marah. Kajian mengatakan, perasaan marah ini mengambil masa yang panjang itu reda. Kita hendaklah menenangkan diri dahulu, barulah dapat berfikir secara rasional dan tidak terlalu mengikut kata hati. Dalam Islam juga telah menyatakan bahawa, orang yang paling kuat bukanlah orang yang berjaya mengatasi orang lain dari segi kekuatan, tetapi orang yang kuat adalah orang yang berjaya mengatasi kemarahan dirinya. Maka benarlah, marah itu adalah symbol kelemahan. Untuk mengatasi emosi kemarahan yang melampau, berikut adalah cara-caranya. Pertama, kita hendaklah mengakui hakikat bahawa kita berada dalam keadaan marah. Kedua, kita perlu menilai sama ada situasi ini sesuai atau pun tidak untuk kita meluahkan kemarahan. Yang ketiga, sekiranya kita berasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, cuba nilaikan adakan kita perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Yang keempat. Setelah kita bertindak, perlulah imbas kembali apa yang telah kita alami dan tindakan kita. Ini ada bertujuan untuk kita memperbaiki diri pada masa hadapan. Terdapat beberapa ungkapan yang berkaitan dengan marah dan sedih. Contohnya, “Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah laksana batu cadas; tetap kukuh berdiri meski diterpa butiran-butiran salju yang menderanya setiap saat, dan ia justeru semakin kukuh kerananya”. Dan ingatlah sahabat-sahabatku, kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda. Yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang anda duduki, maka akan semakin pedas pula kritikan itu. Berfikirlah secara positif kerana orang yang berjaya tidak pernah tunduk akan kegagalan. Namun, menggunakan kegagalan dan kritikan itu sebagai semangat untuk menjadi yang lebih baik.

Secara konklusinya, emosi-emosi negative ini ada baik dan buruknya. Ia bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengawal emosi mereka. Kepelbagaian emosi inilah yang menyerlahkan lagi keunikan ciptaan manusia. Hal ini kerana, manusia satu-satunya makhluk ciptaan Tuhan yang mampu menonjolkan emosinya dan mudah difahami oleh orang sekelilingnya. Setiap orang pasti akan merasai kesedihan, marah, malu serta ketakutan. Emosi-emosi inilah yang akan membentuk seseorang itu menjadi yang lebih baik di masa hadapan. InshaAllah.

Sekian, terima kasih. Salam Ramadhan.

1247 hr

14082011,14RMDN1432