Selamat sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal yang ketiga saya untuk khusus Pengurusan emosi ZZZT2253. Pada 10 Ogos 2011, Dr Zambri telah menyampaikan dua topik-topik yang sangat penting kepada kami iaitu dengan tajuk “Emosi Negatif”. Sebelum ini, pada pendapat saya, emosi negatif adalah perasaan yang ditunjukkan oleh setiap individul dalam sesuatu perkara yang tidak disukai berlaku. Saya tidak tahu kenapa kami hendak mempelajari tentang topik-topik ini kerana emosi negative merupakan perkara yang sangat biasa berlaku pada setiap individual ketika perkara yang tidak disukai telah berlaku pada diri sendiri kita.

Kuliah tersebut telah dimulakan dengan satu tayangan lagu yang bertajuk ‘Baby’ yang dinyanyikan oleh Justin Bieber. Lilik lagu ini telah bertukar kepada Bahasa Melayu dan berkaitan dengan jasa seorang ibu terhadap anak-anak. Lagu ini telah memberikan pengajaran kepada saya bahawa kami mestilah menghargai jasa-jasa ibu dan selalu menyayangi mereka kerana ibu telah banyak mengorban untuk kami.

Kuliah pada hari ini adalah tentang beberapa emosi negative iaitu, emosi takut, emosi malu, emosi sedih dan emosi marah. Takut merupakan sesuatu tindakbalas emosi dalam situasi yang bahaya, ia berkaitan dengan emosi bimbang. Emosi ini biasanya wujud ketika rangsangan negative berlaku terhadap mekanisma ‘ survival ‘. Ketakutan boleh disebabkan oleh beberapa sebab antaranya ialah kemalangan yang akan memberikan kecederaan kepada kami sendiri. Sebagai contoh, saya telah digigit oleh anjing pada umur 6 tahun. Saya akan berasa takut setiap kali saya mendekati anjing atau haiwan yang akan menyerang manusia.Tambahan pula, ekspresi dan wajah kita akan berubah ketika menghadapi pekara-pekara yang menakutkan. Ciri-ciri yang akan ditunjukkan oleh seseorang ketika berasa takut ialah matanya akan membeliak (untuk menjangka apa-apa yang akan berlaku kemudian), mata akan membesar (untuk membenarkan lebih cahaya memasuk ke dalam mata), bibir bernaik, kening mata akan bercantum dan bernaik serta bibir akan mendatar. Selepas Dr Zambri menjelaskan tentang emosi takut ini, saya baru sedar bahawa ketika saya takut, saya akan menunjukkan ciri-ciri ketakutan tersebut. Mula daripada hari ini, saya akan mula memerhati ekspresi orang lain ketika mereka dalam keadaan ketakutan.

Emosi negative yang seterusnya ialah emosi malu. Emosi malu merupakan satu keadaan emosi yang tidak menyenangkan selepas seseorang itu telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat atau professional. Emosi malu juga boleh berlaku semasa disaksi oleh orang lain atau didedahkan oleh orang lain. Semasa berlakunya sesuatu perkara yang memalukan, biasanya seseorang individu itu akan rasa kehilangan kehormatan dan maruah dengan mengikut tahap kemaluan seseorang itu terhadap perkara tersebut. Contohnya, saya rasa kemaluan ketika dimarah oleh guru semasa dalam kelas tetapi kawan saya tidak berasa malu tetapi marah terhadap guru tersebut. Oleh itu, malu adalah bergatung pada tahap kemaluan seseorang. Menurut Dr Zambri, malu dapat dibahagikan kepada 2 iaitu malu dari segi peribadi dan professional . Malu dari segi peribadi adalah disebabkan oleh perkara yang sulit diketahui oleh orang lain manakala malu dari segi professional adalah disebabkan oleh seseorang yang berkata sesuatu dengan yakin tanpa bukti yang kukuh dan tidak dapat menjalankan sesuatu kerja dengan baik di depan orang ramai.

Selain itu, emosi sedih juga diajar dalam topik ini. Kesedihan ialah satu perasaan yang selalu kelemahan dan mempamerkan sesuatu yang buruk ataupun kehilangan sesuatu. Selalunya, semasa seorang bersedih, dia akan mendiamkan diri, lemah dan bersendirian. Sedih akan menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan kadang-kadang tak dapat berfikir secara rasional. Ini merupakan kesan-kesan negatif terhadap seseorang yang sedih. Contohnya, Ali tidak dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir semester, dia berasa sangat sedih dan selalu mengurungkan dan mendiamkan diri selama sebulan. Ini akan menyebabkan dia menjadi seorang yang tidak aktif dan memberikan imej yang buruk kepada rakan-rakan dia yang lain. Mengikut Forgas 1992, 1994, orang yang gembira akan memproses maklumat dalam masa yang pendek tetapi orang yang sedih hanya boleh memproses makumat tersebut dalam masa yang lebih panjang dan kurang tepat. Tambahan pula, menurut Isen 1987, kemampuan untuk memproseskan maklumat sangat bergandung pada emosi seseorang. Pada pendapat saya, bagaimanakah seseorang tersebut mengawal rasa sedih sangat penting untuk mempengaruhi fikiran rasionalnya dalam memproseskan maklumat.

Akhirnya, emosi negative yang terakhir dalam kuliah ini ialah emosi marah. Kemarahan merupakan sejenis tindak balas akibat mengalami kesakitan, penderitaan dan kesusahan atas cabaan yang ditemui. Kemarahan seseorang boleh ditunjukkan secara aktif atau pasif. Dalam aspect marah secara aktif, seseorang itu akan menunjukkan kemarahannya secara fizikal contohnya menumbuk orang lain atau secara lisan contohnya ialah memarahi orang lain dengan kata-kata ya ng kasar dan tidak bermoral. Dalam aspect marah secara pasif pula, seseorang itu akan merajuk seseorang diri secara diam-diam ketika marah, musuh terhadap orang lain dan ketegangan hubungan dengan orang lain. Contohnya, Murid A sentiasa meminjam buku Murid B tanpa pulang balik buku tersebut kepada Murid B. Murid B berasa sangat marah terhadap perbuatan Murid A tetapi tidak berani untuk memarahinya . Dia hanya menunjukkan kemarahannya dengan mendiamkan diri. Dia juga enggan bercakap dengan Murid A. Aspect marah secara pasif ini menyebabkan Murid B menyimpan kemarahannya dalam hati dan musuh terhadap Murid A.

Kami jga diajar tentang langkah-langkah untuk mengawal kemarahan. Bila menghadapi situasi yang menyebabkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan:

Langkah 1- Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.

Langkah 2- Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.

Langkah 3- Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.

Langkah 4- Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

Selain itu, menurut Muhammad s.aw., “The strong is not the one who overcomes the people by his strength, But the strong is the one who controls himself while in anger.” Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini.

Pada kesimpulannya, keempat-empat emosi negative ini memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan kita. Selepas kuliah hari tersebut, saya lebih memahami dan lebih mengetahui dengan dalam tentang emosi takut, emosi malu, emosi sedih dan emosi marah. Kami hendaklah mengawal emosi kita dengan baik supaya kami dapat berfikir secara rasional dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Bagaimanakah kami dapat mengawal emosi kita? Iaitu dengan berfikiran positif terhadap apa-apa jua masalah yang berlaku. Apabila kita berfikir positif, semua masalah akan menjadi lebih senang untuk diselesaikan.

Sekain terima kasih.