Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Doktor Zamri dan rakan-rakan saya yang dikasihi. Jurnal ini merupakan jurnal keempat saya bagi kursus pengurusan emosi yang teah diulaskan oleh Doktor Zamri pada 17 Ogos 2011. Seperti biasa, kelas ini telah diadakan di dewan kuliah 1. Tajuk yang disampaikan oleh Doktor Zamri ialah ‘Emosi dan Motivasi’ dan juga teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Kuliah pada hari tersebut telah dimulakan dengan penerangan tentang tugasan kumpulan seperti topik-topik tugasan, cara menghantar tugasan dan lain-lain lagi. Selepas mendengar penerangan Doktor Zamri, saya telah lebih memahami tentang tugas kumpulan tersebut.

Selepas itu, kuliah telah bermula. Objektif kuliah hari ini adalah untuk memahami apa itu motivasi dan juga perhubungan di antara emosi dan juga motivasi. Emosi boleh diterangkan mengikut nada yang efektif, sama ada positif atau negatif. Manakala, menurut J.P. Chapilin, motivasi merupakan suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu. Emosi telah dibahagikan kepada empat komponen. Antaranya ialah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkahlaku yang berkaitan.

Emosi bukan sekadar perasaan, ia mempunyai makna yang lebih luas berbanding dengan persaan. Menurut Baron dan Logan, 1993, emosi mempunyai hubungan rapat dengan motivasi. Sebagai contohnya, seseorang yang bermotivasi untuk mencapai sesuatu matlamat mempunyai emosi-emosi positif seperti berkeyakinan diri, berasa bangga terhadap diri sendiri. Bagi Lang et al, 1992 pula berpendapat bahawa emosi merupakan motivasi kepada tingkah laku dan motif yang boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, apabila seseorang itu bercinta, dia akan bermotivasi dalam melakukan perkara-perkara yang tertentu. Saya amat menyokong dengan pendapat beliau kerana perkara ini telah ditunjukkan atas kawan-kawan saya yang sedang mengalami perasaan cinta tersebut. Mereka akan bersemangat tingggi apabila melakukan perkara-perkara seperti menelefon, memberi hadiah dan juga waktu-waktu semasa mereka bersama dengan pasangan mereka. Akan tetapi, sesetengah masa, emosi tidak menjadi pendorongnya dan juga tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi tetapi daripada faktor-faktor yang lain. sebagai contoh, biasanya pelajar-pelajar belajar dengan tekun bukan disebabkan oleh emosi mereka tetapi mereka mempunyai motif supaya masa depan mereka cerah jika mereka mempunyai keputusan yang cemerlang. Hal ini turut diterangkan apabila kita makan. Biasanya, kita tidak makan mengikut emosi kerana makan merupakan salah satu aspek yang penting bagi meneruskan kehidupan kita. Seseorang yang tidak makan selama beberapa hari akan mati akibat kelaparan. oleh itu, kita mempunyai motif yang tertentu apabila kita makan sesuatu makanan.

Di samping itu, emosi juga melibatkan ekspresi muka, perubahan badan kita, pengaktifan otak, perasaan yang subjektif dan juga budaya-budaya masing-masing. Emosi berkait rapat dengan reaksi badan kita terhadap situasi-situasi yang berlaku di sekililing kita dan ia membantu kita dalam membuat sesuatu keputusan terhadap perkara yang berlaku. Sebagai contoh, apabila kita berasa takut di sesuatu tempat yang bahaya, kita akan berfikir cara untuk menjauhi situasi tempat tersebut.

Menurut Bickhard, 1997, motivasi merupakan sesuatu aspek dalam proses semasa membuat keputusan. Motivasi boleh menjejaskan fikiran seseorang apabila dia membuta ssesuatu keputusan. Menurut Mook, 1996, motivasi menyebabkan seseorang itu bertindak dengan berbeza pada masa yang tertentu mengikut keadaan-keadaan dan faktor-faktor yang berbeza. Dalam konsep drive pula, ia merupakan situasi dalaman yang merangsangkan sifat seseorang untuk mengurangkan keperluan dan juga memulihkan homeostasis.

Di samping itu, kita juga mempelajari teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikonalitif. James-lang menyatakan bahawa reaksi badan seseorang terhadap sesuatu rangsangan akan mencetuskan emosi seseorang. Bagi Cannon-Bard teori, mereka berpendapat stimuli dalamn dan luaran mempunyai peranna yang penting kerana mereka alan dihawa ke bahagian otak untuk dinilai dan emosi akan dihasilkan. Dalam The Cannon-Bard theory, Walter Cannon pula berpendapat bahawa sistem dan organ menghasilkan emosi sebagai tindak balas tubuh badan kita amat lambat. tindak balas emosi akan ertindak dengan lebih cepat terhadap randangan. Terdapat empat emosi yang merupakan emosi asas. Antaranya ialah ketakutan, keberangan, panik dan kejangkaan. Empat emosi-emosi ini akan bertindak balas untuk menghasilkan emosi-emosi yang berlainan. bahawa organ dan sistem yang mencetuskan tindak balas lambat berbanding dengan emosi. Emosi akan bertindak dengan lebih cepat. Hal ini demikian kerana emosi akan menyebabkan tubuh badan kita memberi tindak balas. Oleh itu, turutannya adalah seperti berikut, pengalaman emosi kepada tindak balas tubuh badan kita. Emosi pula akan menyebabakan kita bernafas dengan cepat berbanding dengan pernafasan yang biasa.

Selain itu, Teori Jack Panksepp berpendapat bahawa emosi akan dihasilkan daripada interaksi antara sistem dalam tubuh badan kita, Namun demikian, Magda Amold dan James Averill telah membangkang teori ini kerana mereka berpendapat bahawa “hard-wired” circuit tidak fleksibel sebagai asa kepada konsep beurologi bagi proses untuk menjanakan emosi-emosi tertentu.

Sebagai kesimpulan, emosi berhubung kait rapat dengan motivasi dan emosi merupakan aspek yang penting untuk memotivasikan diri. Emosi dan motivasi juga berhung rapat dengan alam sekeliling. Akan tetapi, dalam sesetengah masa, emosi dan motivasi tidak datang pada masa yang sama. Sekian, terima kasih.

Advertisements