A131543 Chuah Jun Sen LJ04

Salam sejahtera dan selamat petang kepada Dr. Zamri. Pada 17 August 2011, saya telah menghadirkan diri pada kuliah ZT Pengurusan Emosi. Dr. Zamri telah memberikan penerangan tentang tugasan 2 kertas kerja ZZZT2253 Pengurusan Emosi. Selain itu, kuliah yang bertajuk “ Emosi dan Motivasi” telah dibentangkan oleh Dr. Zamri kepada kami. Mengapakah seseorang hendak membeli hadiah yang agak mahal kepada orang kesayangannya? Hal ini kerana dia sayang dan cinta pada orang tersebut menjadi sesuatu motivasi kepadanya. Apakah itu emosi dan apakah itu motivasi? Emosi didefinisikan oleh nada yang effektif, nada itu boleh positif atau negatif dan tidak boleh neutral. Manakala, motivasi ialah kajian aspek arah dan tenaga tingkah laku. Pada kuliah yang pertama, kuliah bertajuk “Pengenalan” dan “Struktur dan Ekspresi Emosi” telah membahagikan emosi kepada 4 komponen iaitu: perasaan, proses kognitif, perubahan fisiology (bangkitan) dan tingkah laku berkaitan (tujuan). Perasaan adalah pengalaman subjektif yang mepunyai makna dan kepentingan peribadi, mempunyai dasar dalam proses mental dan kognisi. Perubahan fisiology atau bangkitan termasuklah pengaktifan biological dan fisiologikal, aktiviti sistem hormone, autonomic dalam persediaan individu untuk berhadapan atau berdaya tinkakan semasa beremosi dengan situasi. Komponen tingkah laku berkaitan atau tujuan, komponen ini didefinisikan sebagai memberikan emosi arah pada pencapaian satu matlamat untuk ambil tindakan yang bersesuaian dengan situasi emosi yang dihadapi.Proses kognitif adalah perspektif seseorang terhadap sesuatu. Setiap orang ada berbagai-bagai emosi terhadap perkara yang sama oleh kerana perbezaan dalam perspektif atau kognitif seseorang. Oleh itu, emosi boleh dijadikan sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (menurut Lang et al). Contohnya, saya akan menjaga dan sanggup berkorban demi gadis yang saya cintakan dan saya tidak mahu dia berada dalam keadaan yang sedih atau tidak gembira, walaupun tiada pemulangan yang dijanjikan. Ini adalah cinta (emosi) memotivasikan saya untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu.

Walaubagaimanapun, bukanlah semua keadaan, emosi ialah pendorong sesuatu tingkahlaku. Sebagai contoh, semasa lapar, saya akan keluar membeli makanan untuk mengisi perut saya yang kosong itu (Hunger Motive) dan ini bukanlah disebabkan saya sedih, gembira atau seronok. Teori James-Lange telah diperkenalkan dalam kuliah ini. Menurut Teori James-Lange, emosi yang dirasakan ialah persepsi pada perubahan tubuh yang kita tunjukkan seperti kita gembira kerana kita ketawa, kita sedih kerana kita menangkis, kita menyerang kerana kita marah, kita takut kerana kita gemetar. Teori ini dinyatakan di akhir abad ke-19 oleh James dan Carl Lange yang membelokkan gagasan umum tentang emosi dari dalam ke luar. Menurut teori ini, susunan emosi dihasilkan adalah (1) kita menerima situasi yang akan menghasilkan emosi, (stimuli) (2) kita bereaksi ke situasi tersebut (3) kita memperhatikan reaksi kita. Persepsi kita terhadap reaksi itu adalah dasar untuk emosi yang kita alami. Pengalaman emosi akan dihasilkan hanya selepas perubahan tubuh (perubahan internal dalam sistem syaraf otomatis atau gerakan dari tubuh). Jika menurut teori ini, perlulah ada suatu perbezaan antara perubahan internal dan external tubuh untuk setiap emosi dan individu harus dapat menerima mereka. Namun, terdapat bukti perbezaan pola respond tubuh dalam emosi tertentu (berbagai-bagai respon badan) khususnya dalam emosi yang lebih halus dan kurang intens, persepsi kita terhadap perubahan internal tidak terlalu teliti. Oleh kerana itu, teori ini dipertanyakan.

Di samping itu, teori Cannon-Bard juga diajar dalam kuliah. Teori Cannon-Bard menyatakan bahwa emosi yang dirasakan dan reaksi tubuh dalam emosi tidak tergantung satu sarna lain, kedua-duanya dicetuskan secara bergantian. Menurut teori ini, kita pertama kali menerima emosi potensial yang dihasilkan dari dunia

luar; kemudian daerah otak yang lebih rendah, seperti hipothalamus diaktifkan. Otak yang lebih rendah ini kemudian mengirim out put dalam dua arah: (1) ke organ-organ tubuh dalam dan otot-otot eksternal untuk menghasilkan ekspresi emosi tubuh, (2) ke korteks cerebral, dimana pola buangan dari daerah otak lebih rendah diterima sebagai emosi yang dirasakan.

Teori Dua Faktor atau Teori Schachter-Singer (Interpretasi Tentang Pembangkitan Tubuh) telah menyatakan bahawa emosi yang kita rasakan adalah interpretasi kita terhadap sesuatu yang membangkitakan keadaan tubuh (perubahan fisiologi). Rangkaian kejadian dalam menghasilkan perasaan emosi menurut teori ini adalah: (1) persepsi dari situasi potensi yang menghasilkan emosi, (2) keadaan tubuh yang terbangkitkan dengan hasil dari persepsi ini yang ambigius dan (3) interpretasi dan menamai keadaan tubuh sehingga cocok dengan situasi yang diterima. Apabila terjadi perubahan fisiologi dalam tubuh yang membingungkan, teori ini mengatakan bahawa banyak emosi dapat dirasakan dari perubahan dalam tubuh kita. Namun, orang dikatakan memiliki perbezaan subjektif dalam emosi yang dirasakan kerana perbezaan dalam kaedah mengertikan atau interpret keadaan fisiologi tubuh mereka. Sebagai contohnya, waktu malam saya berjalan di tempat yang sunyi , dan saya ternampak 2orang lelaki yang rupa-rupa orang gangster, jantung saya berdebar-debar, dan nafas saya menjadi lebih cepat, interpretasi dan menamai keadaan tubuh saya telah terjalin, saya dalam keadaan bahaya (lelaki mungkin orang jahat) dan saya takut.

Apakah itu emosi? Emosi adalah keadaan arousal termasuklah perubahan dari segi wajah muka dan tubuh, pengaktifan otak-otak, process kognitif dan perlaksaan tindakan. Di samping itu, emosi juga berfungsi sebagai adaptative response terhadap perkara-perkara yang berlaku sekeliling dan emosi membantu kita menyampaikan fikiran kita kepada orang lain. Sebagai contohnya, emosi kemarahan membantu menyampaikan fikiran ketidakpuasan hati saya terhadap sikap ahli yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, apabila ahil saya nampaknya saya marah, mereka akan sedar terhadap sikap mereka dan berusaha membetulkan sikap mereka.

Apakah itu motivasi? Mengikut Bickhard, motivasi ialah process memilih sesuatu (aspect of selection of processes). Beberapa teori motivasi telah diperkenalkan seperti Instinct, arousal, humanistic theory, dan uncounscious motivation. Motivasi berkaitan rapat dengan insensif. Insentif ialah any faktor ( kewangan atau bukan kewangan) membekalkan satu matlamat untuk mendorong seseorang membuat sesuatu. Sebagai contohnya, semasa Tahun 6, ibu bapa berjanji akan membeli PS1 kepada saya jika saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Insentif (PS1) telah mendorong saya berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dan saya agak bermotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh. Teori arousal menyatakan bahawa kita didorong untuk mengekalkan tahap arousal dalam keadaan yang optimum. Abraham Masow telah mencadangkan bahawa motif dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu daripada asas keperluan untk terus hidup dan juga keperluan psikologi dan diri-sendiri. Setiap orang perlualah memenuhi keperluan asas seperti makanan, miniuman, rehat, keselamatan. Sekiranya kita adanya keperluan asas, barulah kita akan mahu keperluan psikologi seperti percintaan, kawan. Selepas kita memenuhi keperluan asas, keperluan psikologi, barulah kita akan mementingkan keperluan diri-sendiri seperti self actualization.

Secara kesimpulannya, walaupun emosi mementingkan arousal, motivasi mementingkan action, manakala emosi dapat mempengaruhi motivasi seseorang pada situasi tertentu. Setiap orang perlulah ada motivasi sendiri demi berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi, dan setiap orang perlulah tahu mengawal emosi diri sendiri dan janganlah membuat sesuatu mengikut emosi tanpa berfikir seperti membunuh orang kerana kemarahan!