Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah saya dapat menyambung jurnal saya buat kali yang keempat.Sedar tidak sedar,ini sudah merupakan jurnal yang keempat bagi pembelajaran pengurusan emosi.Pada minggu lepas.Dr Zamri banyak menyentuh tentang motivasi pula.Pada pertengahan kuliah,dr ada menayangkan sebuah klip video nyanyian Halim Yazid yang bertajuk “Bangkit Asal”.Pada mulanya saya merasa sedikit keliru kerana lagu tersebut dinyanyikan dalam loghat Kelantan kerana selalunya bagi saya,loghat Kelantan memang sukar difahami sedikit berbanding loghat negeri-negeri lain.Namun begitu,setelah meneliti liriknya ketika Dr menayangkan video tersebut,saya mendapati setiap lirik yang dinyanyikan membawa makna yang besar kerana penyanyi tersebut menceritakan tentang kepayahan dan kesulitan yang dilaluinya sebelum dia dapat menempah hidup yang lebih baik seperti sekarang.Saya juga berasa tertarik dengan lagu ini terutamanya apabila penyanyinya menceritakan tentang bagaimana dia menghadapi kritikan orang di sekelilingnya tentang hajat keluarganya untuk menghantarnya ke universiti.Setelah Berjaya,barulah dia dapat membuktikan kepada semua orang yang tidak kira dari mana kita datang,sekiranya ada usaha yang gigih serta ketabahan,dengan izin Allah tidak ada apa yang mampu menghalang kita untuk berjaya di masa hadapan. Sehingga Allah juga ada berfirman yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” Surah Ar-Ra’d (ayat 11).

Pergi kepada topik yang telah kita belajar minggu lepas,iaitu tajuk Emosi dan Motivasi.Memtut apa yang kita telah belajar,motivasi merupakan faktor-faktor luaran dan dalaman yang membuatkan seseorang itu mempunyai tingkahlaku tertentu.Manakala Drive merupakan sesuautu yang berkaitan dengan “desakan dalaman” dan istilah Incentif membawa maksud “faktor luaran yang menolak dan menarik sesorang itu untuk melakukan sesuatu perkara”.Pada minggu lepas juga kita telah dikuliahkan tentang teori motivasi yang mana motivasi sebenarnya datang bersama dua perkara iaitu Instinct,yang motifnya merupakan sesuatu yang semulajadi dan juga Arousal,iaitu status fisiologi serta psikologi yang menjadi aktif akibat stimulasi yang terdapat di sekeliling kita.Melalui pembelajaran minggu lepas juga,kita dapat tahu bahawa, “Emotion emphasizes arousal,while motivation emphasizes action”.

“Motivation emphasizes action”.Melalui quote ini,bagi saya motivasi sangat lah penting dalam kehidupan kita.Tanpa motivasi,kita tidak boleh meneruskan hidup ini sehari-hari dan mudah merasa kecewa apabila musibah menimpa diri kita.Teringat saya akan kata-kata cikgu saya di zaman persekolahan dahulu apabila bercakap mengenai motivasi kerana katanya pada saya, “Jika tiba-tiba kita merasa kecewa,rasa tidak ingin teruskan apa yang sedang kita lakukan kerana sesuatu telah berlaku sama ada kegagalan ataupun apa sahaja,carilah apa sahaja yang ada di sekeliling kita ini yang boleh dijadikan motivasi dan penaik semangat kembali secepat yang mungkin.” Mungkin dahulu saya masih belum memahami sepenuhnya apa yang ingin disampaikan oleh cikgu saya tu tetapi sekarang saya rasa saya faham sepenuhnya betapa pentingnya motivasi dan semangat setelah menjalankan kehidupan sehingga ke hari ini.

Walaupun sekali,mesti setiap orang daripada kita penah menghadiri kem yang berbentuk motivasi dan pemantapan diri sama ada di bangku sekolah dahulu dan sebagainya.Dari situ juga kita boleh lihat betapa pentingnya motivasi sehingga ia perlu diterapkan sejak di zaman persekolahan lagi.MOTIVASI sebenarnya berasal daripada perkataan MOTIF yang juga bermaksud tujuan.Setiap orang daripada kita mesti mempunyai matlamat masing-masing,tidak kiralah matlamat jangka pendek atau panjang,mesti mempunyai matlamat yang tersendiri.Dan motivasi kadangkala hadir tanpa disedari untuk mendorong kita mencapai matlamat tersebut.

Yang penting kita perlu faham laluan kedua,ketiga dan seterusnya yang sentiasa menanti orang yang tidak ingin gagal selama-lamaya.”Begitulah kata-kata Dr Hm Tuah Iskandar dalam bukunya yang bertajuk Laluan Kedua.Mungkin bukan semua yang dapat memahami apa yang cuba dikatakan dengan sepenuhnya kerana hanya orang pernah gagal memahami apa yang dirasai oleh orang yang mengalami kegagalan sepertinya.Katanya lagi juga di dalam buku yang sama, “Orang yang berhenti setelah gagal buat kali pertama adalah orang yang sebenarnya melepaskan peluang Berjaya yang telah pun berada di sebalik pintu.” “Laluan ini tidak menjanjikan kemudahan,kesenangan dan kelancaran.Ia mungkin beronak,berduri,berlubang,berhalangan dan berbahaya,tetapi langkahmesti diteruskan untuk sampai ke puncak”.Begitulah beberapa petikan kata-kata Dr Hm Tuah Iskandar yang saya dapat petik dari bukunya itu.Memang betul katanya,jalan yang kita pilih untuk menuju ke puncak memang bukanlah mudah ditempuhi.Kadang-kadang ia member kesakitan yang amat sangat apabila kita harus menempuh duri-duri di sepanjang perjalanan.

Pada pendapat saya sendiri pula,mtivasi adalah pendorong untuk seseorang itu mencapai kejayaan dan juga meningkatkan mutu hidup.Definisi motivasi mungkin hampir sama bagi setiap individu,tetapi motivasi yang setiap orang itu pegang mungkin berbeza dari orang lain.Motivasi boleh datang daripada pelbagai bentuk,jika seseorang itu pernah mengalami hidup yang susah pada waktu duhulu,kemahuannya untuk mengubah nasib diri dan juga keluarga yang menjadi motivasi untuknya belajar bersungguh-sungguh sehingga mampu mengubah nasib mereka.Satu lagi contoh yang mudah,mungkin seseorang itu pernah gagal dalam peperiksaan,perasaan tidak mahu gagal lagi yang menjadi pendorong kepadanya untuk berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa yang akan datang.Bagi saya yang juga pernah melalui kegagalan dan kesusahan,kita semua patut merasa bangga kerana semua perkara seperti ini member kita motivasi untuk meneruskan kehidupan.Bukan itu sahaja,motivasi seperti ini juga membolehkan kita terus bertahan dan terus bertahan apabila kesusahan dan kesulitan melanda tiba-tiba dalam hidup kita.Ada juga orang yang tudak mempunyai motivasi dalam kehidupannya,contohnya seperti satu watak yang saya tonton dalam drama yang bertajuk “Beethoven Virus”.Oleh kerana tiada apa yang mendorongnya untuk Berjaya pada mulanya,membuatkan dia hanya berharap dapat memiliki satu rumah yang kecul dan hidup bersama-sama keluarganya.Memang sebuah rumah kecil+keluarga yang bahagia cukup,tetapi dunia sekarang yang sudah semakin maju membuatkan kita memerlukan banayak benda lebih daripada hanya cukup-cukup.

Dengan adanya motivasi juga,kita akan lebih sabar apabila menghadapi semua dugaan yang mendatang,contohnya jika baru-baru ini atapun hari-hari selepas ini kita gagal dalam peperiksaan,kerana adanya motivasi,mesti kita boleh terus melangkah untuk melalui hari yang seterusnya.Saya mengakui walaupun bukan mudah walaupun dengan adanya motivasi,tetapi sekurang-kurangnya tidaklah kita mengambil langkah-langkah yang kurang bijak yang didorobg oleh emosi-emosi negative pula seperti mengambil keputusan untuk bunuh diri dan sebagainya.Bukan saya hendak menokok tambah,tetapi inilah reality yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang.

Bagi saya juga,sama seperti apa yang saya katakana dalam jurnal saya sebelum ini yang bertajuk “Kebahagiaan?Cari,hargai”,motivasi juga perlu dicari.Contohnya,sesorang yang dahulunya hidup susah,tetapi jika dia tidak mempunyai kesedaran dan kemahuan untuk mengubah nasib hidupnya,selagi itu dia tidak akan menjumpai apa yang dimaksudkan dengan motivasi.Tetapi bagi saya,perbezaan motivasi dan kebahagiaan adalah motivasi sukar dikongsi seperti mana kebahagiaan yang boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja.Apa yang mungkin menjadi motivasi bagi sesorang itu mungkin tidak bagi sesorang yang lain bergantunglah apa yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Jadi,akhir kata daripada saya,sama-sama lah kita memotivasikan diri,jika terasa seperti hendak berputus asa dan semangat yang kita ada tiba-tiba jatuh menjunam,naikkanlah ia semula secepat mungkin,carilah apa sahaja yang boleh dijadikan motivasi kepada diri kita.Jangan tunggu sehingga diri kita menjadi tahap ‘severe’.Yang penting,kesabaran itu mesti ada,dengan izin Allah segala apa yang kita lakukan akan berjalan lancer hingga ke akhirnya.Cheerio =)

Advertisements