A131880 Mohd Syafiq B. Bakar
LJ03
Bismillahirahmannirrahim,
Assalamualaikum W.B.T.,
Saya Mohd Syafiq B. Bakar pelajar perubatan tahun dua Universiti Kebangsaan Malaysia,akan mengupas mengenai beberapa isu yang pada saya merupakan satu isu yang agak penting,di didalam ‘learning journal 04’ subjek ZT Pengurusan Emosi.Walaupun dlanda badai kerja yang semakin banyak dan jadual harian yang semakin sibuk ditambah pula dengan mood raya membuatkan saya hampir terlupa mengenai tugasan penulisan jurnal keempat ini,tetapi mujurlah ada rakan yang memperingati saya semalam.Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya itu kerana mengambil berat mengenai saya.Jadi,di kesempatan waktu yang ada ini,saya telah berusaha sebaik yang mampu untuk menyiapkan jurnal yang tidak seberapa ini.Sebelum itu,pada kuliah zt 2253 pada hari rabu yang lalu,Encik Azamri Mansor telah member kuliah mengenai Teori FKP.Kuliah pada hari tersebut bermula agak lewat,tetapi kami telah diberi tugasan untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing mengenai tajuk untuk tugasan 2 zt nanti sementara menanti kedatangan pensyarah kami.Pada jurnal kali ini,saya akan cuba membawa satu kelainan daripada jurnal jurnal sebelum ini.Di dalam jurnal keempat ini,saya akan megupas dan mengulas tentang nota kuliah ZT Pengurusan Masa oleh Encik Azamri Mansor yang bertajuk’Teori FKP’.
Seperti yang kita bincangkan pada learning journal yang sebelum ini,kita sedia maklum bahawa terdapat banyak teori yang membahaskan mengenai emosi itu sendiri seperti teori asas,teori Izzard,teori Tomkin dan lain lain teori lagi.Ini adalah kerana emosi itu bukanlah seringkas dan mudah seperti yang kita tahu.Emosi merupakan satu anugerah yang Allah S.W.T kurniakan kepada semua makhluk manusia di dunia ini.Ia merupakan satu proses yang kompleks dan rumit serta terdiri daripada beberapa komponen.Bagi saya sendiri.selepas sedikit sebanyak mengetahui mengenai ilmu emosi ini hasil daripada kuliah ZT Pengurusan Emosi yang dikuliahkan oleh Encik Azamri Mansor,saya mempunyai pemahaman yang lagi mendalam terhadap emosi ini berbanding sebelum ini,jadi ini telah dapat membuatkan saya lebih menghargai emosi yang saya ada dan senantiasa bersyukur terhadap Allah S.W.T. kerana mengurniakan emosi kepada diri saya.
Berdasarkan pembacaan saya,kebanyakan teori teori emosi yang utama telah bersepakat mengatakan persetujuan mereka bahawa emosi terdiri dari beberapa komponen iaitu 1)perasaan subjektif,2)penilaian kognitif,3)ransangan fisiologi,4)ekspresi motor(gerak kerja badan),dan akhir sekali ialah terdiri daripada komponen 5)Kecerunan terhadap motivasi.Walau bagaimanapun,teori teori emosi yang utama ini berbeza dari segi kepentingan relative pelbagai komponen dan juga dari segi susunan di mana komponen ini muncul dalam urutan peristiwa yang termasuk tindak balas emosi.Selain itu,teori teori emosi yang utama ini juga berbeza dari i)Asas fisiologi(Teori fisiologikal),ii)peranan kognisi(iaitu dalam Teori kognitif),dan yang terakhir sekali berbeza dari segi atau dari sudut iii)peranan bawah sedar atau separa sedar(Teori psychoanalytic).
Teori yang pertama dalam teori-teori emosi utama yang menyatakan persetujuan mereka dia tas ialah Teori Fisiologikal.Teori Fisiologikal ini dapat pula kita bahagikan kepada beberapa teori kecik iaitu:1)James Lang Theory@JLT(teori james lang) 2)Cannon Bard Theory@CBT(teori cannon bard) dan 3)Psychobiological Theory(teori psikobiologikal).Didalam teori fisiologikal ini telah menyatakan bahawa emosi ini secara primarinya adalah hasil produk daripada otak dan tindak balas system saraf,yang bertindak balas terhadap sesuatu stimuli atau ransangan.
i)Teori James Lang(JLT)
àTeori ini merupakan teori psikologi yang tertua pengalaman emosi.Teori ini telah diasaskan oleh William James pada tahun 1884.Teori ini mempunyai hipotesis yang menyatakan bahawa tindak balas fisiologikal terhadap sesuatu stimuli atau rangsangan akan membawa kepada cetusan sesuatu emosi berdasarkan jenis tindak balas tersebut.Setelah hipotesis ini disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887,teori ini telah secara umumnya menjadi teori James Lange atau lebih dikenali sebagai JLT(James Lange Theory).Sebagai contoh,apabila seseorang berjumpa dengan binatang buas seperti missal kata,harimau,akan berlaku tindak balas fisiologi dalam tubuh badannya iaitu sebagai contoh,kadar denyutan jantungnya akan meningkat dan seterusnya ini akan mencetuskan emosi takut atau gerun.Ini merupakan common sense theory.
ii)Teori Cannon Bard(CBT)
àTeori Cannon Bard ini telah member kritikan serta menolak sama sekali teori James Lang di atas kerana sebab sebab serta factor-faktor tertentu.Antara kritikan Teori Cannon Bard terhadap teori Jammes Lang ialah:Yang pertamanya,system organ yang akan mencetuskan tindak balas emosi bertindak balas terlalu lambat terhadap sebarang rangsangan yang diterima.Seterusnya yang kedua ialah tindak balas emosi ini selalunya dengan segera atau cepat akan mengikut sesuatu rangsangan itu dan kritikan yang ketiga,iaitu kritikan yang terakhir teori cannon bard terhadap Teori James Lang(JLT) ialah tindak balas fisiologikal dating dengan begitu lewat untuk mencetuskan tindak balas emosi.Antara contoh contoh yang diberikan oleh teori CBT ini bagi menguatkan hujah-hujah yang mnyokong penolakkan terhadap teori James Lang(JLT) ialah seperti jantung dan serta perut tidak dapat mencetuskan pelbagai jenis variasi emosi,manusia yang kehilangan system saraf disebabkan pembedahan masih mmpu merasai atau mengalami emosi dan contoh terakhir yang diberikan oleh teori CBT ini ialah kadar denyutan jantung,tekanan darah,dan system penghadaman tidak mempunyai keupayaan untuk menentukan jenis emosi yang manakah yang akan di cetuskan.Teori CBT ini menyatakan bahawa sesuatu rangsangan itu secara serentak akan mmbawa kepada tindak balas badan(fisiologikal)dan tindak balas emosi.Mereka memberikan contoh,jika seseorang itu terjumpa dengan beruang,emosi takut akan tercetus dan seterusnya akan membawa kepada tindak balas badan iaitu orang itu akan lari.
iii)Teori Psikobiologikal(PBT)
àTeori psikobiologikal(PBT) ini telah di perkembangkan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan juga pada tahun 1992.Dalam teori ini menyatakan bahawa emosi asas adalah mempunyai hubung kait atau kaitan dengan litar saraf atau litar neural.Beliau telah menyatakan empat emosi asas tersebut,iaitu emosi takut,keberangan,cemas dan emosi harapan.Ini adalah kerana kesemua emosi ini mempunyai kaitan dengan sistem arahan yang terletak di dalam otak mnusia.Beliau menyatakan bahawa keempat-empat emosi inilah yang akan mencetuskan emosi yang lain apabila emosi emosi asas ini bertindak balas antara satu sama lain.Beliau juga mencadangkan bahawa chemical saraf yang tertentu mungkin juga mempunyai kaitan dengan pelbagai jenis emosi di bawah system arahan seperti contoh,acetilkolin mempunyai kaitan dengan system keberangan dan ini bertepatan dengan fakta sains pada zaman yang moden ini.Terdapat beberapa kritikan terhadap teori psikobiologikal(PBT) ini iaitu kritikan yang pertama ialah daripada Magda Arnold pada tahun 1960 yang menyoalkan asas dimana letaknya kedudukan spesifik litar emosi tersebut.Seterusnya,kritikan kedua di buat oleh James Averill pada tahun 1982 menyatakan bahawa litar mungkin tidak fleksibel untuk bertindak atau berkhidmat sebagai asas neurologi bagi emosi itu sendiri.
Disebabkan oleh kekangan masa yang sentiasa mencemburui kita,saya rasa cukuplah kita sekadar membincangkan mengenai teori fisiologikal dahulu.Jika mempunyai kesempatan,saya akan menyambung lagi perbincangan mengenai Teori Kognitif dalam penulisan Learning Journal saya yang kelima pada minggu hadapan.Saya berharap para pembaca sekalian dapat mendapat sesuatu mklumat dan faedah daripada perbincangan kita di atas….sekian……..wassalam….