Nur Hidayah Binti Abu Bakar…emosiku terganggu…aku perlukan motivasi….

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Seperti biasa ,ini merupakan jurnal kali ke-4.Mesti semua dah bosan kan baca jurnal saya.hehe.Dan saya pon yakin yang sahabat-sahabat tak baca pun jurnal ni..hehe…ye la..Nak buat jurnal pun ambil masa berjam-jam.Nak baca jurnal orang lain pulak..memang tak la .huhu.Seperti biasa saya akan ceritakan apakah perasaan saya ketika menghadiri kuliah pada minggu lepas dan suasana ketika itu.Pada mulanya memang agak seronok mendengar Dr. Zamri berceloteh..Ye la…Tajuk kita pun sangat-sangat la menarik iaitu emosi dan motivasi.Saya amatlah memerlukan motivasi agar saya sentiasa bersemangat.Seperti yang kita maklum,kita tidak pernah lari daripada sebarang masalah ,ujian atau kegagalan.Begitu juga dengan diri saya.Saya sering dilanda ujian .Nmaun saya tabahkan hati dan kuatkan semangat.Saya yakin setiap ujian yang diberi menandakan Allah sayang pada kita.Hanya kata-kata itu yang dapat melembutkan dan menenangkan hati ini.Kekadang saya sedih ,kekadang saya marah.Namun demikian,dengan wujudnya motivasi di alam dunia ini,saya tidak mudah berputus asa malah lebih bersemangat untuk menempuh masa yang akan datang.Saya kena kuatkan semangat walaupun hati saya merana ketika itu.Hanya Allah tempat ku memohon dan mengadu.Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mendengar.Setiap janji Allah yang terdapat di dalam Al-Quran amatlah bermotivasi buat diri ini.Oleh itu,setiap kali saya menghadapi kesukaran,saya akan merujuk pada AL-Quran agar hati saya sentiasa tenang dan diri ini sentiasa bermotivasi.Apabila kita kembali bersemangat,InsyaAllah segala-galanya akan menjadi mudah dengan bantuan Allah.Apa pun ingatlah..Allah besama kita!!yakin dengan janjiNya!!.

Eh,saya melalut la pulak kan.ok..kita sambung kembali kepada jurnal saya ni.Mula-mula memang bersemangat mendengar.Namun demikian,tidak sampai satu jam..mata saya dah mula berat dan kuyu.Saya lawan diri ini agar saya tidak tidur di dalam kelas,Malangnya,apakan daya, mataku tetap berat.Tetapi apa yang saya kagumi,Dr Zamri telah berjaya menarik perhatianku.Dr Zamri membuka satu lagu dalam versi Kelantan.Memang menarik.Bahasa Kelantan memang susah nak fahamkan tapi seronok bila didengar.tapi tidak mengapa kerana Dr Zamri dah tolong terjemahkan.Lagu itu megisahkan seorang pemuda yang hidupnya susah,namun berjaya mengharunginya.Akhirnya pemuda itu telah berjaya dalam hidupnya.Tahniah saya ucapkan.Ini kerana disebabkan pemuda tersebut menggunakan kesusahan itu sebagai satu motivasi buat dirinya.Cubalah kita contohi pemuda tersebut.

Baiklah ,sekarang saya ulaskan apa yang telah pelajari pembelajaran pengurusan masa pada minggu lepas iaitu kaitan antara emosi dan motivasi.Saya kira setiap daripada kita mesti dah tahu kan apa itu emosi.Saya yakin semuanya telah arif dalam bab ini.Tapi tahukah anda,apakah itu motivasi?Menurut buku motivasi,teknik belajar dan strategi menghadapi peperiksaan karya tulisan Taidin Suhaimin,menurutnya “Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.

Antara kata-kata motivasio yang dapat membangkitkan semangat kita seperti yang saya petik daripada laman web http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/amp-ertimotivasi.html ialah:

“Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan.Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukan bagaimana baik anda lakukannya.”
– Lou Holtz

Selain itu, Bagi saya motivasi amatlah penting dalam diri seseorang.Tanpa motivasi,hidup kita mudah kecundang dan tidak menentu.Memang benar,bagi seorang islam kita memerlukan bantuan Allah untuk meningkatkan motivasi kita.Namun demikian,emosi juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan diri kita sentisa bermotivasi.Sepeti kata Baron dan Logan ,1993, ‘Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi.Saya amatlah setuju dengan kata-kata tersebut.Contohnya,cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti meng’sms’, menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga.Daripada emosi, kita akan termotivasi untuk melakukan sesuatu perkara agar target kita tercapai. Sebagai seorang pelajar,saya perlulah memastikan emosi saya sentiasa stabil dan sentiasa dalam keadaan ceria agar pembelajaran medik saya juga dapat berjalan seperti kehendaknya.Kesan daripada emosi tersebut, saya sentiasa bersemangat untuk terus belajar dan belajar .

Oleh itu,emosi amatlah penting dalam diri kita.Tanpa emosi,kita tidak mungkin ada perasaan,tanpa emosi kita juga tidak akan menjadi seorang pelajar yang bermotivasi.Jika kita tidak bermotivasi,hidup kita mudah terumbang-ambing.Adakah sahabat-sahabat mahu hidup kita menjadi sebegitu rupa.Pasti tidak kan?Jadi,berusahalah kita untuk mengawal emosi masing-masing.

Tapi macam mana nak wujudkan motivasi yang membina dalam diri kita?Sebenarnya emosi yang positif akan memotivasikan kita tetapi emosi negative akan menghilanngkan motivasi yang terdapat dalam diri ini.Kenapa saya berkata sedemikian?Sebab saya pun mengalami perkara yang sama.Cuba bayangkan ,suatu ketika kita berada dalam keadaan sedih,pasti dan pasti kita akan jadi lemah kan,Jadi macam mana nak hilangkan emosi negative itu?Banyak kaedah dan inisiatif untuk hilangkan emosi negative tersebut.Antaranya ialah bercakap dengan kawan.Kita cuba ceritakan masalah kita.Mesti selepas itu,emosi kita mula stabil dan motivasi diri turut meningkat.Perlu diingatkan orang sekelililng kita amatlah penting.Orang sekeliling dapat mengubah emosi kita seperti emosi positif kepada emosi negatif dan emosi negatif kepada emosi positif.Jadi cubalah kita berkawan dan merapatkan diri kita pada sahabat yang sering memberi semangat dan sentiasa berfikiran positif,Jikalau kita berkawan dengan sahabat yg fikirannya negatif,pasti kita akan terpengaruh.pada masa yang sama,kita akan menjadi ‘demotivate’.

Namun demikian,perlu diingatkan bahawa tidak semua keadaan,emosi menjadi pendorong malah tidak semua pendortang berasaskan emosi.sebagai contoh ialah belajar kuat dan makan.

Kritikan Terhadap Pendapat Tentang Motivasi

Ramai ahli psikologi yang menyatakan bahawa, apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, ianya tidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang mendorong atau memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya.

Saya agak kurang bersetuju dengan pendapat atau konotasi ini. Sesuatu yang dahulunya menjadi pemotivasi – sebelum kita miliki, sebenarnya masih berperanan sebagai pemotivasi. Misalnya, seorang yang sangat kepingin memiliki suatu kereta (mobil) idaman; cita-cita tercapai; walaupun membelinya secara ansuran, apakah apabila dengan sudah memiliki kereta idaman, kereta idaman itu tidak lagi menjadi salah satu pemotivasinya? Pada hemat saya, ia masih tetap sebagai pemotivasi tetapi dalam bentuk lain yakni; misalnya, motivasi untuk memastikan kereta idamannya itu tetap bersamanya atau terus dimilikinya dengan membuat bayaran ansuran bulanannya secara konsisten.

Jadi, pendapat yang mengatakan “a satisfied need doesn’t motivate“, boleh dipertikaikan. A satisfied need, in actuality still has its motivational functions. Themotivational functions shall be: to nurture and sustain what is or are being possessed or hold so long as they are needed.

Contoh di atas adalah ketidakpuasan hati mengenai motivasi diri..Ayat diatas telah ditulis oleh Taidin Suhaimin.

Kemudian, kuliah diteruskan dengan pengenalan beberapa teori lagi. Terdapat empat lagi teori yang diperkenalkan, iaitu Schacter’s Cognitive Labelling theory, Missattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal theory.

Namun demikian saya amatlah tertarik dengan satu teori ini yag mengatakan teori boleh dipindahkan.Mula-mula dengar macam agak kelakar.Tetapi itulah hakikatnya.Memang pun emosi itu boleh dipindahkan..Kalau saya berikan satu contoh pasti sahabat-sahabat akan mengatakan ‘ya!!memang boleh ubah la”..ok..contohnya ialah.dalam persahabat .Saya beri contoh ini agar kita lebih faham dan mudah memahami.Pemuda A baru tiba di bilik kuliah.Sampai ja di DK1,terus dimarahi oleh sahabatnya.Pemuda A berasa amat marah sebab ianya palsu malah pemuda A tidak membuat sebarang kesalahan pun,Tetapi tetap dimarah.Pada masa yang sama,pemuda B telah bertemu denagn pemuda A untuk menanyakan satu soalan.Apabila di ajar, pemuda B tetap tak faham.Jadi disebabkan pemuda A berada dalam mood marah.tidak semena-mena pemuda B pun kena marah.Sedangkan sebelum ini Pemuda B tak dimarah oleh pemuda A even ditanya banyak kali.Ini lah yang dikatakan emosi boleh dipindahkan.Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku.Pasti kasihan pada mangsa yang seterusnya.Sematkan dalam hati kita.jangan disebabkan orag lain kita nak marah orang yg x bersalah pulak.

Manakala bagi Schacter’s Cognitive Labelling theory, teori ini melabelkan emosi kepada nama. Apabila kita dalam keadaan tertentu kita akan labelkannya kepada emosi yang berbeza. Pelabelan emosi selalunya melibatkan pengalaman dan memori terdahulu.

Baiklah..setakat ini sahaja jurnal .Harap semua berpuas hati dengan coretan saya kali ini.InsyaAllah.

Advertisements