A130089 Risq Atiqah Munirah LJ04 Emosi itu satu motivasi

Menurut Baron&Logan (1993), emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi, dan penyataan ini dikuatkan lagi dengan penyataan dari Lang et al (1992) yang menyatakan bahawa emosi menjadi satu motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Menurut pengamatan saya, emosi yang stabil yang membahagiakan akan menyebabkan seseorang menjadi lebih bermotivasi manakala emosi yang menyedihkan dan mengecewakan akan membuatkan seseorang menjadi sangat tidak bermotivasi dan akhirnya menyebabkan produktiviti dan proaktiviti menurun.Namun begitu, semua perkara ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri, ini kerana, ada sesetengah individu yang lebih bermotivasi apabila dalam keadaan yang sedih dan kecewa berkemungkinan kerana ingin menggantikan perasaan sedih tersebut agar diri mereka menjadi lebih kuat dan bersemangat.

Sebelum kita mengupas tajuk emosi dan motivasi ini dengan lebih lanjut, mari kita kaji apakah makna disebalik perkataan emosi dan juga motivasi. Menurut seorang pakar kecerdasan emosional, Daniel Goleman (1995), dalam Oxford Dictionary istilah emosi ditakrifkan sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap. Ia dihuraikan dengan lebih lanjut sebagai suatu perkara yang merujuk kepada perasaan dan fikiran-fikiran yang khas, atau suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderunga untuk bertindak. Manakala, menurut Chaplin (1989), dalam Dictionary of psychology, emosi adalah suatu keadaan yang teransang dari organisma mencakupi perubahan-perubahan yang disedari, yang mendalam sifatnya dari perubahan perilaku. Malah, beliau turut membezakan di anatara emosi dan perasaan di mana, perasaan (feelings), adalah pengalaman disedari yang diaktifkan dengan baik oleh rangsangan secara external mahupun oleh berbagai-bagai keadaan jasmaniah. Definisi emosi terakhir yang ingin saya ketengahkan adalah definisi menurut Crow & Crow (1958), di mana beliau mendefinisikan emosi sebagai “an affective experience that accompanies generalized inner adjustment and mental and physiological stirredup states in the individual, and that shows it self in his evert behaviour”. Sebagai konklusi daripada penyataan ini, emosi adalah warna afektif yang kuat dan ditandai oleh perubahan-perubahan secara fizikal.

Istilah motivasi pula sebenarnya berasal daripada perakataan bahasa inggeris iaitu motivation di mana perkataan tersebut berakar umbi daripada perkataan motive yang dipinjam daripada Bahasa Melayu, motif. Motif ini ditakrifkan sebagai sebab atau tujuan sesuatu perkara tersebut dilakukan. Ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi itu berasal daripada perkataan motif yang bermaksud sebab, tujuan ataupun pendorong, maka dapatlah kita definisikan motivasi sebagai, “ sesuatu yang menggerak atau mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif”. Menurut Taidin Suhaimin (2010), motivasi terdiri daripada 5 aspek penting iaitu, motivasi sebagai pengarah tuju dan penggerak tindakan, motivasi sebagai pendorong, motivasi sebagai darjah kesungguhan, motivasi sebagai stimulator dan motivasi sebagai pemangkin keberanian. Berdasarkan aspek dorongan, motivasi ditakrifkan sebagai satu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa jua yang diinginkan. Manakala, dari aspek darjah kesungguhan, motivasi ditakrifkan sebagai darajah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat. Berdasarkan aspek stimulator pula, motivasi dikatakan menjadi stimulasi atau semangat akibat ransangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini, dan akhir sekali melalui aspek pemangkin keberanian, motivasi dilihat sebagai satu pemangkin yang menimbul dan menyemarakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat, mencabar yang bernar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai ataupun diperolehi.

Berdasarkan kepada istilah emosi dan motivasi yang telah saya kupaskan, dapat saya simpulkan bahawa, motivasi itu didorong oleh emosi tidak kira sama ada ia merupakan emosi positif ataupun negatif. Sekiranya emosi positif, contoh yang dapat saya berikan adalah melalui filem berasaskan kisah benar yang saya tonton iaitu “Homeless to Harvard”, di mana Liz iaitu watak utama di dalam filem tersebut digambarkan sebagai seorang pelajar yang sangat miskin, tinggal di jalanan, dan mempunyai ibu-bapa yang menagih dadah. Keadaan daif pelajar tersebut menyebabkan beliau sukar untuk ke sekolah untuk menuntut ilmu, walau bagaimanapun, beliau merupakan seorang pelajar yang pintar kerana, di dalam flem tersebut, beliau adalah seorang pelajar yang amat rajin membaca encyclopedia, dan mendapat keputusan 100% di dalam peperiksaannya walaupun tidak hadir ke sekolah. Emosi positif yang dapat dilihat di dalam filem ini adalah apabila ibu Liz meninggal dunia akibat ketagihan dadah, beliau mula menyedari bahwa beliau perlu merubah hidup keluarga mereka, dan perlu berusaha untuk memperbaiki kehidupan beliau sendiri. Mulai dari saat kematian ibunya, dapat dilihat Liz mula kembali ke sekolah dengan bersemangat dan keinginan untuk memasuki kolej dan menggengam seguung ijazah nampak jelas di dalam filem tersebut. Di sini dapat kita lihat bahawa terbukti emosi dapat meransang motivasi diri. Di dalam filem tersebut, Liz akhirnya berjaya mendapat biasiswa daripada The New York Times, malah beliau juga berjaya diterima masuk ke universiti yang saya percaya diidam-idamkan oleh setiap pelajar di dunia ini iaitu Harvard University. Justeru itu, saya merasakan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini sekiranya kita semua berusaha untuk mendapat apa yang kita ingini. Sebagaimana situasi saya sebagai seorang pelajar perubatan, ramai orang yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan gred “A” di dalam peperiksaan, namun, saya percaya dengan kegigihan, usaha yang jitu dan didorong oleh emosi yang baik, segalanya tidak mustahil kerana, ada di antara pelajar di UKM ini sendiri yang mendapat CGPA 4.00 yang bermaksud setiap matapelajaran yang diambil mendapat gred A. Jadi memetik ayat daripada lagu “Jika kau fikirkan kau boleh”, yang sering ditayangkan apabila negara kita menyertai kejohanan-kejohanan dunia, “Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu”. Jadi, amat perlu untuk kita yakin dengan diri sendiri agar kita boleh pergi jauh, dan kita akan lebih bersemangat dalam menghadapi sesuatu perkara.

Setrusnya, saya ingin kupaskan mengenai emosi negatif yang mendorong perkara yang negatif. Sebagai contoh, melalui drama bersiri CSI (Crime Scene Investigation) yang ditayangkan di saluran Astro AXN, kebanyakan pembunuhan yang disiasat pastinya berdasarkan motif tertentu. Sebagai contoh, ada di antara siri yang saya tonton di mana, seorang wanita dibunuh dengan kejam, dengan ditembak di bahagian dada sebanyak 5 kali, hanya kerana desakan perasaan dan emosi cemburu. Malah, jika anda menonton siri “Nora Elena” , adaptasi daripada novel “Kasih yang suci” yang ditayangkan di saluran TV3, Eid, watak sampingan di dalam cerita tersebut yang pada asalnya telah bertunang dengan Elena, watak utama cerita tersebut, sanggup memutuskan pertunangan tanpa usul periksa, atas alasan Elena mencurangi beliau. Hakikat sebenarnya adalah, Elena tidak melakukan sepertimana yang Eid menuduhi beliau, namun, oleh kerana perasaan cemburu yang meluap-luap, menyebabkan Eid hilang pertimbangan dan tidak dapat berfikir secara rasional. Namun begitu, di akhir cerita, dapat kita lihat betapa Eid menyesal akibat tindakan beliau, namun segalanya telah terlambat kerana Seth Tan telahpun berkahwin dengan Elena. Justeru itu, dapat kita simpulkan bahawa, emosi yang negatif akan mendorong perbuatan yang negatif yang mana akhirnya akan menyebabkan seseorang hilang pertimbangan dan tidak melakukan sesuatu tindakan dengan rasional. Apa sekalipun, berdasarkan setiap pengalaman yang telah saya lalui, kita perlu merasionalkan diri sebelum melakukan sesuatu perkara. Sama ada, emosi itu merupakan perasan suka yang meluap-luap, atau benci yang meluap-luap, kita perlu rasional, sebelum segala tindakan di ambil. Sebagai penutup kepada jurnal saya pada kali ini, saya ingin berkongsi sebuah pantun yang pastinya popular dalam kalangan masyarakat kita, “ Ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Renung-renungkan dan ambillah iktibar.

Advertisements