Selamat sejahtera kepada Dr. Ahmad Zamri Mansor dan rakan-rakan saya . Kali ini merupakan jurnal yang keempat saya dalam kursus pengurusan emosi.Sebelum saya meneruskan jurnal saya, saya ingin berkongsi sedikit tentang perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas. Dalam jurnal yang kedua, saya telah memberitahu masalah saya dalam projek saya. Atas perubahan sikap saya yang suka berlengah-lengah kerja, projek kumpulan kami telah hampir siap. Teori yang diajar daalm kuliah sebelumnya telah membantu saya menguruskan emosi saya ketika saya sedih dan tidak semangat. Teori yang mengatakan bahawa perasaan kesedihan akan membuat seseorang kurang semangat dan pada masa yang sama akan melambatkan kerja kami. Saya telah menggunakan teori ini dan mengesahkan kebenarannya. Hal ini membuat saya lebih yakin bahawa pengurusan emosi yang yang baik akan mendorong seseorang kearah kejayaan.Selepas ini, saya akan terus jurnal saya dengan apa yang saya pelajari kebelakangan ini. Pada permulaan kelas, beliau telah memainkan sebuah video yang bertajuk “Halim Yazid-Bakit Asal”. Sebenarnya saya kurang memahami isi kandungan lagu dalam video tersebut. Amat bernasib baik bahawa ada orang sudi memberitahu saya tentang makna lagunya. Sebenarny,lagu ini sukar difahami kerana ia merupakan sebuah lagu yang disampaikan dalam loghat Kelantan. Lagu tersebut menceritakan seorang anak berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu agar dapat memasuki menara gading. Dia begitu yakin bahawa ilmu mampu mengubah hidup keluarganya yang miskin. Dalam sepanjang perjalanannya, dia telah menunjukkan semangat ingin belajar yang kuat serta tidak berfikir untuk memutus asa. Dia begitu menyakinkan dirinya. Tambahan pula, dia memahami kepentingan ilmu. Selepas menonton video tersebut, saya berasa lebih bersemangat dalam meneruskan kursus perubatan yang bercabaran ini. Saya akan menjadi lebih tabah dan tidak mudah putus asa seperti dia. Saya ingin ikut jejaknya ke arah kejayaan.

Selain itu,Dr. Zamri telah mendedahkan kami dengan emosi dan motivasi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu positif atau negatif. Manakala,emosi yang jenis “neutral” tidak wujud. Motivasi pula merupakan aspek tingkahlaku yang akan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Dalam aspek emosi, ianya telah dibahagikan kepada 4 komponen. Keempat-empat komponen tersebut ialah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Dari 4 komponen tersebut, saya dapat tahu bahawa definisi untuk emosi adalah lebih luas maknanya dari perasaan. Menurut Baron dan Logan, emosi dan motivasi selalu berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Hal ini bermaksud emosi akan menjadi motivasi seseorang atau motivasi akan mempengaruhi emosi seseorang. Fakta ini telah diperkukuhkan dengan turutan daripada Lang et al yang menekankan sekali bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif bolah menjadi emosi. Sebagai contohnya, seorang remaja telah berjaya memikat perempuan tercintanya. Dia akan berasa gembira dan bahagia. Pada masa yang masa, dia tidak berat hati untuk memisahkan dengannya walaupun satu saat. Dia akan mula menelefon dan sms dengan setiap malam walaupun sebenarnya dia tidak suka berbuat demikian. Namun demi cinta, dia sanggup menghabiskan masanya dengan menelefonya setiap malam tanpa rasa benci. Percintaan tersebut telah menjadi motivasinya. Adakah kamu semua mengalami masalah yang sama sebelum ini? Bagi mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut, mereka akan lebih memahami contoh yang saya bentangkan itu. Bagi sesetengah keadaan, emosi tidak menjadi pendorong. Misalnya seseorang mengalami kelaparan. Dia makan kerana lapar.

Dr. Zamri juga mendedahkan kami dengan teori yang berkaitan dengan emosi dan motivasi. Teori-teori tentang emosi ialah James-Lange Theory, Cannon’s Challenge, dan Two-Factor Theory. Dalam ketiga-tiga teori, kami memahami bahawa emosi boleh berfungsi sebagai satu tindaklaku atau respons anggota badan kami yang membolehkan kami melakukan sesuatu tindakan untuk menyelamatkan diri semasa kami menghadapi bahaya. Sebab itu, emosi didefinisi sebagai suatu situasi yang mampu membangkitkan perasaan dan anggota badan, pengaktifan otak dan kecenderungan ke arah sesuatu tindakan. Selepas menerang emosi, saya ingin menerang definisi motivasi dan teori-teori disebaliknya. Motivasi merupakan sesuatu yang akan mendorong kami ke arah yang kami inginkan. Contohnya, kami diri sendiri. Kebanyakan daripada kami mempunyai minat dalam bidang perubatan dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor yang cemerlang. Hal ini telah menjadi sebagai daya tolakan kami untuk belajar dengan berusaha. “Drive” merupakan salah satu teori motivasi yang bermaksud pendorong dalaman yang akan mengurangkan keperluan dan membantu seseorang mendapat keseimbangan. Teori kedua ialah “incentive”. Ia membawa maksud matlamat atau impian yang akan mendorong seseorang. Tetapi pendorong dalam teori ini adalah secara luaran. Untuk lebih memahami motivasi, saya telah membaca beberapa artikel yang ada di internet. Terdapat artikel yang menerangkan bahawa motivasi dapat dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu intrinsic dan extrinsic. Motivasi intrinsic merupakan motivasi yang lahir secara semula jadi. Manakala motivasi secara extrinsic ialah motivasi yang berasal daripada luaran.

Dr. Zamri juga menerangkan teori yang sangat menarik bagi saya. Teori tersebut merupakan teori kemanusiaan yang dikaji oleh Abraham Maslow. Berdasarkan teori ini, motif telah dibahagikan kepada beberapa peringkat mengikuti asas keperluan dan kehendakan dalam hidup. Peringkat tersebut ialah keperluan asas, keperluan psikologikal dan keperluan yang memenuhi kehendak diri. Makanan, air, pakaian untuk memberi kepanasan, tempat untuk berteduh dan rehat serta tempat yang boleh memberi keselamatan merupakan asas keperluan seharian kami. Ini bermaksud tanpa keperluan asas ini, kami sukar untuk hidup. Dalam kategori keperluan psikologikal pula, terdiri daripada 2 iaitu perasaan cinta dan maruah diri. Semua makhluk bumi memerlukan cinta dan kawan dalam kehidupan mereka. Tanpa cinta dan kawan, apa yang akan terjadi? Adakah anda rasa sunyi tanpa kawan sekeliling? Saya pasti bahawa semua orang mempuyai jawapannya. Kesunyian tersebut sukar digambarkan dengan ayat-ayat. Perasaan sunyi kerap kali dirasa oleh saya. Hal ini boleh berlaku pada masa dahulu. Saya akan bercerita sedikit tentang dahulu saya. Semasa saya di tahun 1 dan 2, saya merupakan seorang pemalu.Ini telah menyebabkan mereka tidak suka bergaul dengan saya sehingga saya terpaksa selalu bersendirian semasa di sekolah. Hal ini menjadi parah apabila kebanyakan rakan sekelas saya mengatakan bahawa saya seorang yang sombong. Mereka mengatakan demikian berdasarkan wajah rupa saya. Mula hari tersebut, saya menjadi lebih sunyi. Sebab itu, setiap orang mesti mempunyai kawan dan cinta untuk memastikan kami berasa sunyi. Yang terakhir ialah keperluan yang perlu untuk memenuhi kehendak diri sendiri.

Selepas kuliah ini, saya lebih memahami emosi dan motivasi. Seperti yang kami faham, emosi boleh menjejas perlakuan seseorang. Emosi yang berunsur negatif akan membuat kami bertindak dengan memburu-buru. Hal ini akan mernyebabkan kami terlibat dengan gejala yang akan memudaratkan diri kami sendiri. Oleh sebab ini, kami seharusnya pandai mengawal emosi diri kami dan mewujudkan emosi positif yang akan menjadi pendorong kami untuk terus ke masa depan yang lebih terang.

Sekian, terima kasih.

Advertisements