Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Jadi kita kembali kepada jurnal pengurusan emosi ZZZT2253. Kuliah pada kali ini membincangkan tentang hubungkait antara emosi dan motivasi. Tapi sebelum kuliah, Dr Zambri telah menunjukkan satu video dari Halim Yazid. Sememangnya saya telah mengenali halim yazid melalui salah satu lagu dikir barat nya iaitu tupai. Tapi setakat ini saya masih belum pernah mendengar lagu dendangannya yang bertajuk bangkit asal ini. Lirik lagu ini sememangnya sangat mendalam dan menyentuh hati saya. In kerana saya teringatkan ibu bapa saya mendengar lagu ini. Ibu bapa saya keduanya berasal dari keluarga yang susah. Mereka sering kali menceritakan kepada kami betapa susahnya mereka hidup di zaman mereka muda-muda dahulu. Ayah saya pernah menceritakan bagaimana dia makan nasi campur garam, minyak ikan dan hanya makan ubi rebus pada satu-satu masa ketika keluarga ayah tiada duit untuk membeli ikan. Emak pula yang terpaksa tinggal dengan ibu tiri yang suka memarahinya sehingga dia terpaksa keluar rumah dan tinggal di asrama sekolah. Mereka terpaksa belajar di universiti sambil menanggung kami adik beradik 3 orang makan, minum dan perbelanjaaan sekolah dan walaupun begitu susah, mereka berjaya graduate dengan ijazah perakaunan dan seterusnya berjaya menjadi pensyarah di kolej matrikulasi. Saya masih teringatkan semasa kecil apabila adik saya laparkan susu dan emak tiada duit untuk membeli susu, dia membawa saya dan abang pergi ke kedai pajak gadai dan memajak rantai emas pemberian ibu kandungnya untuk mendapat duit bagi membeli susu adik. Ayah pula bekerja membawa simen ke atas bukit dan bekerja sebagai buruh semasa mereka sedang belajar di universiti utara malaysia. Banyak lagi peristiwa yang memang saya tidak akan dapat lupakan dan tak sanggup saya ingati semasa saya kecil dahulu tapi yang pasti, ibu dan ayah saya telah bertungkus lumus belajar di universiti sambil membela kami. Sebab itulah apabila mendengar lirik lagu asal bangkit itu, saya terbayangkan betapa susahnya ibubapa saya ketika mereka kecik dlu dan ini membuatkan saya sangat sedih dan homesick. tapi tak pe la coz nak balik dah minggu depan.. Anyway terima kasih bebanyak kepada mak ayah saya sebab besarkan saya sampai saya masuk universiti. xD
Berbalik kepada kuliah kita, kuliah pada kali ini adalah tentang Emosi Dan Motivasi. Jadi, emosi dan motivasi ini sememangnya tidak dapat dipisahkan seperti lagu Phyne Ballerz-jangan pisahkan. Untuk berjaya kita semua hendaklah meletakkan emosi di dalam diri. Dengan emosi, jika kita mempunyai emosi yang betul, kita akan menjadi sangat bermotivasi dan seterusnya kita dapat melakukan apa pon. Tapi emosi juga boleh memusnahkan kita. Contohnya macam kalau kita break dengan girlfriend kita semasa kita hendak mengambil peperiksaan pada keesokan harinya. Sudah tentu kita masih sedang bersedih dan memikir kan girlfriend kita and at the same time, kita kena jawab exam. Mesti tak leh focus punya. Jadi, kita hendaklah kawal emosi kita dan dengan mengawal emosi kita, kita akan dapat mengawal motivasi kita. Motivasi juga bertujuan untuk melindungi kita sendiri. Macam Dr Zambri cakap, kalau la singa ada depan kita, mesti kita takut dan seterusnya lari menyelamatkan diri. Cuba kalau kita tak takut, mesti kita tak melarikan diri dan singa tu akan membaham kita dan dijadikan lauk berbuka puasa. Jadi, dapat disimpulkan di sini, Emosi sangat memainkan peranan penting dalam memotivasikan diri kita dan juga untuk melindungi diri kita sendiri.
Bickhard mengatakan bahawa motivasi adalah memilih apakah tindakan yang bakal kita lakukan ataupun di dalam english, anticipitation of what’s possible, iaitu satu jangkaan apa yang bakal berlaku ataupun sesuatu yang mendorong kita melakukan sesuatu. Konsep di sebalik motivasi ini ada 3 iaitu motivation,drive and incentive. Saya nak bercerita sedikit tentang incentive. Incentive ni kalau kita faham maksud dia, dia macam lebih kurang satu ganjaran yang kita dapat kalau kita accomplished something. Bagi saya incentive ni sememangnya dapat membantu kita meningkatkan motivasi kita especially masa kita belajar. Bagaimana? Cuba latihkan diri anda untuk mendapat sedikit ganjaran apabila anda accomplished something. Example la, saya buat ni dulu time kat matrikulasi. Kat sini tak sempat praktikkan lagi but i think it really helps. Cara dia kan, Katalah time tengah study satu lecture note, masa study tu, cuba fikir, kalau aku dapat study and faham lecture note ni, aku nak reward. tak semestinya ganjaran yang anda nak tu mesti barang mahal-mahal ke, just benda-benda yang simple mcm saya yang suka makan coklat ni, saya akan cakap, “lepas study lecture note ni aku nak g beli coklat pastu makan laju-laju”. Ianya sememangnya dapat meningkatkan tahap motivasi dan bila habis je lecture note tu, terus pergi beli coklat dan makan. Sememangnya satu kepuasan lepas dapat makan coklat tu. So, sekadar berkongsi tips tentang incentive. Bagi sesiapa yang nak try, anda bolehlah mengubah incentive mengikut cita rasa sendiri. Bagi yang dah ada girlfriend or boyfriend, maybe call pasangan anda lepas habis, lagi bagus, call mak ayah ke.. haa.. ok?
Ada satu lagi teori iaitu teori huministik. Dalam teori ni, Abraham Maslow cadangkan bahawa motivasi dibahagikan kepada beberapa tahap daripada keperluan asas kepada self-fullfilment. Contohnya, seperti keperluan asas, kita memerlukan makanan, pakaian, tempat tinggal, dan air. Selepas basic need, mesti kita memerlukan keselamatan kan? Jadi, setiap motif kita tu ada tahap-tahap dia. Selepas kita dapat semua dalam satu tahap, kita akan pergi ke tahap seterusnya hinggalah ke tahap terakhir iaitu self-actualization. Jadi, hubungkait antara emosi dan motivasi. Emotion emphasizes arousal, while motivation emphasize action. Apa yang saya faham ialah, dengan emosi kita memikirkan tindakan tetapi dengan motivasi, kita melakukan tindakan.
Jadi setakat itu sahajalah jurnal saya pada kali ini. sekian terima kasih.

Advertisements