Emosi + Motivasi
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur kapada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi nafas kepada saya untuk menghidu udara di bumi yang indah ini. Pada rabu yang lalu, 17 Ogos 2011, Dr. Zamri telah menyambung kuliah keempat kami dengan tajuk emosi dan motivasi. Pada minggu-minggu yang lal, saya telah mempelajari ap itu emosi, emosi positif(gembira) dan emosi negatif(sedih). Apa yang uniknya pada tajuk kali ini ialah bagaimana emosi dapat dikaitkan dengan motivasi. Pada pendapat saya motivasi merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu wujud dalam diri setiap individu kerana motivasi ini sebenarnya dalam mendorong diri ke arah yang lebih baik.
Tapi itu hanyalah pendapat saya. Menurut rujukan saya dibeberapa laman web seperti http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/amp-ertimotivasi.html. Laman web ini menyatakan “Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.” Maka daripada penyataan di atas, motivasi itu boleh di dorong oleh kedua-dua emosi iaitu emosi positif atau emosi negatif. Sebagai contah, jika seseorang itu gagal dapan ujian bulanannya dan itu tidak bermakna ia gagal selama-lamanya. Bagi seseorang yang mempunyai fikiran yang positif, ia akan menjadikan kegagalan itu sebagai satu motivasi yang boleh memberikannya satu semangat untuk terus berusaha dan tidak putus harapan dengan belajar secara bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan akhir bagi subjek tersebut. Dia tidak perlu risau kerana dia sudah menjawab peperiksaan tersebut dengan baik dan hanya berserah kepada Allah untuk tentukan keputusannya. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia tidak akan mengecewakan hambanya yang telah berusaha dengan sebaik mungkin.
Hal ini berbeza pula dengan seseorang yang berfikiran negatif. Bagi orang yang sebegini, mereka cepat putus asa dan memikirkan bahawa tiada guna bagi mereka untuk meneruskan usaha kerana tida ada harapan bagi mereka untuk lulus dalam peperiksaan tersebut. Hidup mereka se[erti tida ada hala tujuan dan hanya bergantung pada takdir tanpa
usaha yang sepatutnya turut serta dalam proses berusaha. Terdapat sesetengah
pelajar perubatan bukan sahaja di Universiti Kebangsaan Malaysia bahkan di
universiti lain juga dimana pelajarnya ada yang sanggup meninggalkan bidang
perubatan dengan alas an bahawa bidang ini tidak lagi sesuai dengan jiwa mereka
setelah segala penat lelah mereka curahkan pada menduduki peperiksaan di
tingkatan 5 dan matrikulasi kerana semata-mata mahu melayakkan diri mereka
untuk menjadi pelajar perubatan. Apabila gelaran itu berjaya disandang oleh
mereka, ia dengan mudah dilepaskan apabila mereka merasakan bidang ini
terlampau susah. Mereka ini seperti tidak menilai usaha yang terdahulu dan
hanya membuang masa dengan begitu sahaja tanpa sebarang hasil. Apabila perkara
sebegini terjadi, bukan diri mereka sahaja yang malu tetapi keluarga juga turut
merasa malu. Hal sedemikian adalah kerana pekerjaan doctor merupakan satu
pekerjaan yang mulia dan terkenal antara masyarakat bukan sahaja di Malaysia
bahkan seluruh dunia.