Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang membaca jurnal ini. Panjat syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, saya masih berkesempatan untuk menulis jurnal saya yang keempat ini bagi kursus Pengurusan Emosi. Semoga saya dapat menyampaikan perkara yang baik walaupun sepatah perkataan atau ayat. Kuliah lepas Dr. Zamri telah mengupas dua tajuk iaitu Teori FKP dan Emosi dan Motivasi. Walaubagaimanapun, secara jujurnya kuliah kali ini telah mengurangkan minat saya kerana pada awalnya terdapat penerangan tentang pembentangan tugasan 2 yang mengambil masa terlalu lama.

Mengenai tajuk yang pertama iaitu Teori FKP. Apa itu FKP? FKP ini hanyalah cuma singkatan bagi fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Dalam fisiologikal teori, perkara yang ditekankan adalah emosi itu bermula daripada hasil tafsiran otak dan sistem saraf. Dalam erti kata lain, jika terdapat stimuli, otak dan sistem saraf akan menafsir stimuli itu dalam bentuk emosi. Terdapat tiga teori yang menyokong fisiologikal teori ini. Pertama, James-Lange Theory dimana teori ini berpendapat bahawa sesuatu situasi itu akan menyebabkan perubahan fisiologi dan seterusnya menyebabkan emosi berlaku. Kedua, The Cannon-Bard Theory . Bezanya teori ini adalah terdapat dua stimulus yang menyebabkan emosi itu berlaku iaiut internal dan external stimulus. Contohnya, seseorang itu takut untuk melakukan kesalahan (internal stimuli), tetapi apabila sekali dia melakukan kesalahan (external stimuli), dia akan merasa tidak sedap hati dan mula berasa takut (emosi). Ketiga, Psyvhobiological Theory. Teori ini mengatakan bahawa terdapat 4 emosi asas iaitu takut, marah, panik dan expectancy di mana emosi-emosi asas ini akan bergabung dan menyebabkan emosi yang lain berlaku.

Seterusnya adalah teori kognitif. Secara umumnya, kognitif adalah perspektif atau cara seseorang itu melabelkan sesuatu situasi dan menafsirkan ia dalam bentuk emosi. Dalam Schachter’s cognitive labeling, situasi yang menyebabkan seseorang itu beremosi adalah pengalaman lepas atau lebih tepat saya katakana trauma. Misattribution pula, apabila seseorang itu silap menafsirkan sesuatu situasi. Seterusnya, Transfer of Excitation teory. Dalam teori ini, kajian yang saya amat tertarik adalah ‘Crossing the Bridge’ study oleh Dutton and Aron (1947). Dalam kajian ini, seseorang itu boleh jatuh cinta oleh keadaan sekeliling, bukannya disebabkan kecantikan perempuan itu. Apa yang boleh saya kaitkan dengan Islam adalah, Rasulullah itu sendiri mewujudkan suasana yang harmoni dalam Islam agar orang bukan Islam pun akan tertarik dengan ajaran Islam. Oleh itu, dapat kita terapkan disini iaitu orang Islam perlulah menunjukkan sikap yang baik dan harmoni. Tidak perlu terlalu mendesak unutk mengajak orang lain memeluk Islam. Wallahualam.

Kemudian Psychoanalytic Theories, mengatakan bahawa personality yang mengandungi emosi, motif dan memori tentang pengalaman lalu adalah perkara yang selalu kita terlepas pandang tapi boleh memberi kesan kepada perangai.. Ini dinamakan ketidaksedaran di mana biasanya berlaku pada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini dengan memberikan ‘pengalaman’ yang positif agar dapat membina sahsiah anak-anak dengan baik. Perkara paling penting adalah kasih sayang. Dalam Surah Luqman, diceritakan bagaimana Luqman itu mendidik anak-anaknya. Perkara yang paling mudah beliau amalkan tetapi ramai yang masih tidak sedar. Iaitu beliau memanggil anaknya dengan panggilan bunai’ya, terjemahannya adalah ‘wahai anakku yang disayangi. Jika kita melakukan perkara ini, anak-anak kita akan merasakan diri mereka disayangi lebih-lebih lagi daripada ibu bapa mereka sendiri. Ini sangat penting kerana bagi mengelakkan mereka daripada mereka kurang nilai kasih-sayang. Jika tidak, mulalah timbul isu couple yang sudah jelas keburukannya.

Kuliah kedua pula, Emosi dan Motivasi. Apa itu motivasi? Apa kaitannya dengan emosi pula? Hah, di sinilah kita akan ceritakan. Setelah menghadiri kuliah, saya dapat mengetahui motivasi itu apa sebenarnya. Motivasi ini sebenarnya adalah sesuatu tenaga penggerak bagi kita dalam aspek sahsiah kita. Bila cakap pasal sahsiah, sudah semestinya perkara yang baik. Secara logiknya, motivasi boleh memacukan diri kita kearah yang lebih baik. Ia juga boleh memacukan diri kita kearah negative. Bagaiamana itu boleh berlaku?

Menurut Lang et al, 1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi. Di sini kita boleh Nampak apa kaitannya antara emosi dan motivasi. Namun perlu kita, motif juga boleh menyebabkan sesuatu emosi. Jadi, jika motif buruk, output pun buruklah juga. Dalam Islam sering ditekankan mengenai niat. Innamal’amalu binniyat. ‘sesungguhnya sesuatu pekerjaan itu bergantung pada niat’. Niat itu sama lah seperti motif. Dapat kita kihat di sini, niat itu memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan diri kita ini kerah kebaikan.

Menurut Mook, 1996, motivasi adalah sesuatu yang mendorong individu untuk melakukan sesuatu perkara daripada perkara yang lain. Dalam erti kata yang lain, proses dimana pemilihan untuk melakukan perkara yang akan datang atau yang lebih menarik. Di sini, suka saya untuk kaitkan sirah Nabi Muhammad iaitu ketika israk mikraj. Sebelum israk mikraj, baginda mengalami kesedihan dan kesukaran yang dahsyat iaitu pemergian isterinya, Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib yang selalu memelihara baginda dari serangan Quraisy. Sepeninggalan itu, baginda berasa terancam dan Allah memerintah supaya berhijrah ke Taif. Di Taif, baginda memandapat tentangan lebih dahsyat daripada rakyat di sana sendiri. Oleh itu, Allah telah mengangkat baginda dan melalui peristiwa israk Mikraj. Salah satu perkara yang diperlihatkan baginda dalam peristiwa adalah kehidupan orang di syurga dan di neraka. Natijahnya di sini adalah Allah member motivasi atau semangat kepada Baginda dalam mengharungi cabaran. Dengan memperlihatkan ganjaran yang menanti, Baginda tidak gentar untuk menghadapi cabaran. Rasional bagi kita di sini adalah, jika kita hendak memotivasikan diri kita, perlulah kita melihat masa yang akan datang. Bagi umat Islam, perlulah kita yakin dengan ganjaran di syurga dan seksaan di neraka. Contoh lain, jika kita hendak menjadi doctor yang Berjaya, sudah semestinya kita akan bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Secara kesimpulan, niat (motif) sangat penting bagi kita. Jika kita lihat sesuatu perkara dari dimensi yang akan datang dan positif, kita akan menjadi cemerlang. InsyaAllah. Saya harap coretan ini dapat mengingatkan diri saya sendiri dan rasa seronok jika rakan-rakan yang disayangi juga turut mendapat sedikit pengajaran atau iktibar. Semoga kita sama-sama dapat amalkan.