Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. hi! everyone!wahh~ speaking plak dah.ini merupakan jurnalku yang ke-empat..wah,x sangka dah masuk yang ke-4.minggu nie agak lambat aku buat jurnal nie sebab minggu nie busy ckit.*tapi kalu x busy,jurnal aku buat lmbat gak.haha

Ok,kuliah 5 hari itu,aku belajar tentang banyak perkara baru.tapi untuk kali nie,aku nak terang tentang emosi dan kaitannya dengan motivasi.ha~apa kaitan emosi ngan motivasi?ada kaitan ka?hmm,moh kita bincangkan..

Sebelum itu,mari kita berkenalan dahulu dengan motivasi dan emosi.emosi telah didefinasikan sejak jurnal aku yang pertama dulu.jadi tak payahlah aku ulang balik definasi emosi.sila rujuk jurnal yang pertama yer..huhu*sebenarnya dan tak ingat definasi emosi*

Dalam jurnal ini,aku akan membincangkan tentang peranan motivasi sahaja dan akan sedaya upaya mengaitkan motivasi dengan emosi manusia.sebab aku senirik pown xpaham lagi apa peranan emosi sebagai motivasi.jadi,aku akan bincang tentang motivasi dengan lebih mendalam lagi.

Berdasarkan nota adik aku yang amek jurusan akaun dekat matriks,dia telah memberikan aku nota nie,,*sunggoh berguna!.,haha,motivasi didefinasikan sebagai :

“satu proses yang kompleks melibatkan keadaan dalaman (naluri manusia dan ransangan) serta luaran individu (perlakuan dan tindakan).”motivasi juga ditakrifkan sebagai proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secra berterusan untuk mencapai matlamat.motivasi ini melibatkan keperluan yang dirasai dalam kehidupan seseorang pada sesuatu ketika yang mewujudkan ransangan ataupun naluri dalam diri yang menyebabkan.seperti yang kita ketahui,proses psikolagi yang diterangkan pada ayat diatas merujuk kepada emosi kita sendiri,jadi berdasarkan definasi motivasi ini kita dah dapat kaitkan hubungan diantara emosi dan juga motivasi.

Di dalam buku “Ferrell,Business:A Changing World,5th edition),ia ada menerangkan tentang definasi emosi iaitu:

“merujuk kepada ransangan dalaman (proses psikologi=emosi) yang mengarahkan kelakuan manusia untuk mencapai matlamat.”

Dari kaca mata pengurusan,motivasi ialah:

“satu dorongan dalaman yang wujud dalam diri seseorang usahawan/pekerja untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat organisasi tersebut”

Sebagai contoh prose motivasi adalah seperti berikut:

· KEPERLUAN (MAKAN NASI)

· RANSANGAN (LAPAR)

· TINDAKAN (CARI MAKANAN-NASI)

· MATLAMAT-KEPUASAN (MAKAN/KENYANG)

· Keperluan ini mewujudkan ransangan atau desakan naluri dalam diri manusia.

· Ini menyebabkan manusia bertindak kearah matlamat atau kehendak tersebut.

Motivasi mempunyai pelbagai jenis teori.antara teori-teori motivasi adalah :

· Teori hirarki keperluan Maslow

· Teori dua faktor Herzberg

· Teori x dan y

· Teori z

Dalam kuliah,dr.zamri ada huraikan tentang teori maslow sahaja,jadi aku akan bincangkan tentang teori nie sajalah,teori yang lain tu silalah ‘google’ kalu nak tawu..haha

Teori hirarki keperluan Maslow nie menghuraikan bahawa manusia mempunyai beberapa tingkat keperluan yang perlu dipenuhi secara teratur.Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat yang setiap manusia ingin kecapi iaitu :

1. KEPERLUAN AKTUALISASI DIRI

2.KEPERLUAN ESTEEM

3.KEPERLUAN SOSIAL

4.KEPERLUAN KESELAMATAN

5.KEPERLUAN FISIOLOGI

Keperluan aktualisasi diri : keinginan untuk memenuhi kehidupan dan mencapai potensi.

· Keperluan terakhir yang akan dipenuhi.

· Merupakan pencapaian terakhir yang diinginkan oleh seseorang manusia.

· Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat dan potensi yang ada padanya untuk mancapai apa yang dihajatinya.

· Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang mencabar berorientasikan pencapaian,kreativiti dan bercita-cita tinggi.

TEORI MASLOW MENYATAKAN BAHAWA MOTIVASI MANUSIA BERMULA DENGAN KEPERLUAN ASAS DAN KESELAMATAN DALAM KERJAYANYA.

SETELAH SESEORANG MENCAPAI SATU TAHAP, BARULAH IA MENINGKAT DAN BERIKHTIAR UNTUK MENCAPAI TAHAP YANG LEBIH TINGGI.

Keperluan esteem : keinginan untuk status dan kedudukan

· Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah dipenuhi.

· Keperluan ini agak susah dipenuhi.

· Ia berhubung dengan penghargaan diri,penghormatan,status dan sebagainya.

· Dalam organisasi keperluan ini boleh dicapai sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi yang baik dan diberi kenaikkan pangkat,gaji yang tinggi,penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang melibatkan kenaikan status pekerja tersebut.

Keperluan social : keinginan untuk perhubungan dan penerimaan

· Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap individu.

· Ia tercetus apabila keperluan fisiologi dan keselamatan sudah dipenuhi.

· Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri,kita memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk berinteraksi.

Bagi pihak akulah,nie adalah keperluan yang paling penting dalam hidup aku,haha.aku memang x boleh hidup tanpa ada sesiapa yang menyokong aku.tak kiralah family ka, kawan-kawan ka,,yang penting mesti ada someone yang akan support aku.setiap hal aku akan bagitau family dan kwan-kawan aku.tapi ada gak benda-benda yang aku simpan x boleh bagi tahu.haha,,benda nie husband-to-be aku ja yang boleh tahu..haha*agak merepek jurnal aku bila wat pukul 12 malam nie..dah ngantok!.dari segi nak kaitkan dengan emosi yang boleh mendorong menjadi motivasi,aku rasa lah kan,,emosi sebagai seorang perempuan untuk berkahwin*kahwin lagi!* ataupun mempunyai seseorang yang dapat menjaganya adalah disebabkan emosi suka atau gembira apabila mereka merasakan bahawasanya mereka itu disukai dan dijaga.jadi,emosi suka dan gembira itu akan mendorong ataupun menjadi motivasi kepada kita untuk mengecapi tingkat keperluan ini.

Keperluan keselamatan : keinginan untuk perlindungan kerja

· Untuk mengelakkan diri manusia yakni diri kita sendiri daripada perkara-perkara yang boleh mencederakan atau menjejaskan masa depanya.

· Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan setelah keperluan fisiologi telah dipenuhi.

· Pekerja akan merasa selamat untuk berkerja sekiranya mereka tahu bahawa mereka tidak akan kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja.

· Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih dan kondusif , skim pencen , insurans dan sebagainya bagi menjamin masa depan pekerjanya.

Keperluan keselamatan nie pown pentig bagi aku.haha,nasib baik bapak aku kerja polis,selamat la sikit tempat tinggal aku sebab rumah aku dalam kuarters polis.kiri kanan depan belakang atas bawah semuanya polis..haha.ok,sekarang camna nak kaitkan keperluan keselamatan nie dengan emosi.dalam tingkat keperluan ini,kita kenalah bermotivasi untuk memenuhi keperluan ini.emosi yang memainkan peranan dalam hal ini sudah tentulah perasaan takut.betul x?aku rasa cam betul.haha..contohnya la kan,disebabkan perasaan takut kita akan bermotivasi untuk memenuhi keperluan keselamatan diri kita.dalam jurnal 3 aku ada cerita tentang peristiwa yang ular pernah masuk bilik aku kan,jadi dari peristiwa nie,aku leyh simpulkan bahawasanya perasaan takut ini akan memotivasikan aku untuk memenuhi keperluan keselamatn aku.kalaulah aku tak takot dengan ulaq tu,mungkin aku akan ajak ulaq 2 tidoq sebantal dengan aku,dan maybe dia akan membelit leher aku time tidoq dan kemudiannya aku akan arwah pagi esok.jadi keperluan keselamatan aku x dipenuhi.jadi,disebabkan takot,aku terus ja telefon kawan aku dan bertungkus-lumus buang ulaq tu dari bilik aku takut aku akan arwah esok pagi.

Keperluan fisiologi : keinginan untuk makanan,tempat tinggal dan pakaian.

· Berhubung dengan keperluan asas manusia untuk meneruskan kehidupan.

· Merupakan keperluan terbawah sekali yang harus dipenuhi oleh semua manusia.

· Bagi memenuhi keperluan ini,kita sebagai manusia harus berusaha atau berkerja untuk

mendapat keuntungan , upah dan gaji.

Aku rasa setakat nie ajalah jurnal aku kali nie,kali nie xbanyak sangat input yang aku dpat,bukan slah dr.zamri,tapi salah aku sendiri lah sebab p tidoq plak dah time kuliah.nie suma gara-gara taklimat tugasan 2 yang panjang sangat tuh,haha*salahkan taklimat plak dah..*aku baru bajet nak tidoq time taklimat ja,tengok2 terlajak sampai time kuliah subjek.bangun dah sekerat.haha,oklah,aku akan berusaha agar x tidoq time kuliah nanti.hopefully lah..haha..baiklah,assalamualaikum!

Advertisements