Salam sejahtera. Pada hari 17 Ogos 2011, kuliah yang keempat telah diadakan di dewan kuliah 1 oleh Doktor Ahmad Zamri. Pada pukul 2.35 petang, doctor baru sampai. Sebelum itu, kami diberikan arahan untuk membuat perbincangan yang berkaitan dengan tugasan 2. Dalam perbincangan dengan hali-ahli PBL, kami telah mencadangkan beberapa tajuk sebagai tajuk untuk tugasan 2 yang merupakan tugasan berkumpulan. Pada setakat tersebut, kami telah setuju dengan tajuk iaitu, pengurusan emosi di kalangan olahragawan yang masih belajar kerana tajuk ini agak menarikkan dan terdapatlah beberapa pelajar perubatan tahun dua yang merupakan olahragawan yang menyertai pertandingan Negara dan internasional.

Apabila doctor sampai, doctor telah memberikan taklimat dan informasi yang berkenaan dengan tugasan dua dan juga boring-borang dan pendaftaran yang perlu diisikan untuk tugasan dua. Kami juga perlu menyiapkan sinopsis dan hantar melalui blog. Selain itu, kami juga ditunjukkan beberapa contoh cadangan untuk tajuk tugasan ini.

Dalam tajuk emosi dan motivasi, emosi merupakan pendorong untuk motivasi dalam tingkah laku dalam kehidupan. Oleh itu, emosi memang tidak dapat dipisahkan dengan motivasi walau bagaimanapun, bukan segala emosi yang menjadi pendorong motivasi. Emosi digambarkan sebagai satu status selepas rangsangan yang melibatkan perubahan yang terdapat di wajah dan badan, pengaktifan otak, pemikiran, perasaan subjektif dan kecenderungan kepada sesuatu reaksi sebagai kesan rangsangan. Hal ini juga dapat dibentukkan dengan peraturan buday dan kaum sejak kami dilahirkan.

Dalam konteks ini juga, motivasi merupakan satu factor dalaman atau luaran yang mendorong seseorang untuk melakuan sesuatu berbanding dengan perkara yang lain. Pendorong, naluri dan insentif juga diterangkan dalam kuliah. Contoh yang diberikan untuk pendorong merupakan proses badan kita, iaitu homeostasis. Pendorong cuba megekalkan kestabilan situasi dalaman badan. Dalam Arousal Theory pula, manusia selalu berada dalam rangsangan yang bertahap optimum. Hal ini dapat mencepatkan dan menyenangkan kita dalam pemahaman terhadap apa-apa yang sedang berlaku di kawasan sekitar kita.

Dalam Humanistic Theories, Abraham Maslow bercadang bahawa motivasi dapat dibahagi kepada beberapa tahap yang berbeza, iaitu keperluan asas, keperluan psikologikal dan keperluan memenuhi kepuasan diri.

Dalam kuliah, kami didedahkan bahawa kebanyakan teori setuju kepada isu bahawa emosi mempunyai beberapa komponen seperti perasaan persendirian, fisiologikal aktiviti yang akan dibangkitkan, pergerakan dan kecenderungan berasaskan motivasi dan lain- lain. Akan tetapi, teori-teori tersebut mempunyai dua perbezaan iaitu, tahap kepentingan komponen yang tersebut dan urutan komponen yang timbul semasa suatu kejadian berlaku. Selain itu, teori-teori tersebut juga mempunyai penekanan yang berbeza iaitu dalam fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik.

Dalam teori fisiologikal, terdapat beberapa teori yang berkaitan, iaitu James-Lange Theory, Cannon-Bard Theory dan Psychobiological approaches. Kofnitif teori pula mengandungi Schachter’s Cognitive Labelling, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive appraisal.

Ahli-ahli falsafah menekankan bahawa emosi merupakan satu produk otak dan system saraf dan seluruh reaksi asal daripada rangsangan. James-Lange Theory bertanggapan bahawa emosi adalah dirangsangkan oleh reaksi fisiologika. Cannon-Bard Theory pula menerangkan bahawa sekiranya rangsangan menerusi laluan system organ seperti system saraf, respons emosi manusia adalah perlahan. Beberapa contoh telah diberikan seperti pesakit-pesakit yang telah membuat pembedahan untuk system saraf juga mempunyai emosi. Dalam perspektif ini, saya tidak setuju sangat dengan idea Cannon. Saya tidak dapat menafikan bahawa respons manusia kepada sesuatu kejadian adalah sangat cepat. Sebagai contoh, sekiranya seseorang tersentuh benda yang amat hangat, orang tersebut akan segera menjauhkan tangannya daripada benda tersebut dan pada masa yang sama meluahkan perasaan yang takut atau menyampah. Akan tetapi, saya setuju dengan teori yang dijanakan oleh James kerana saya bertanggapan bahawa seluruh rangsangan akan dihantar ke system saraf tanpa mengira pada tahap otak atau pada saraf tunjang, system saraf akan membuat pelarasan yang sepatutnya dengan kelajuan yang amat tinggi. Pada masa yang sama, perubahan isiologikal dalam badan diri kita mula ditunjukkan dengan tahap yang berbeza.

Psychobiological Theory yang dijanakan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan 1992 pula mencadangkan empat emosi yang asas, iaitu ketakutan, kemarahan, kegelisahan dan pengharapan sebenarnya ditemani dengan satu system arahan yang tersendiri. Kegabungan keempat-empat emosi ini lah yang akan berinteraksi sesame sendiri untuk menghasilkan emosi. Beliau juga mencadangkan bahawa terdapatnya kimia saraf yang tertentu untuk emosi yang berbeza. Sebagai contoh, dopamine untuk rasa pengharapan manakala acetylcholine untuk system kemarahan. Magda Arnold dan James Averill mengkritik teori dengan keraguan lokasi yang tepat untuk litar emosi dan litar tersebut adalah tidak flesibel sebagai asas kesarafan untuk emosi.

Seterusnya, kami didedahkan konsep yang terdapat dalam teori kognitif yang mencadangkan bahawa kognisi atau pemikiran memainkan peranan yang paling penting dalam menjana emosi. Dalam teori kognitif, terdapat beberapa teori seperti Schachter’s Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive appraisal theories.

Dalam Schachter’s Cognitive Labelling Theory, impresi seseorang terhadap sesuatu akan menyebabkan sesuatu emosi walaupun itu merupakan kali pertama mengalami. Hal ini dapat diterangkan dengan menggunakan contoh seseorang yang ternampak ular pada kali pertama. Seseorang yang telah mendapatkan persepsi bahawa ular merupakan satu haiwan yang membahayakan daripada pengalaman orang lain atau daripada ilmu pengetahuan yang terdapat daripada buku, orang tersebut akan melahirkan perasaan takut. Hal ini menggambarkan bahawa persepsi juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal emosi seseorang.

Misattribution merupakan kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain. Dalam Transfer of excitation, dua kajian telah diadakan berdasarkan hipotesis yang dicadangkan oleh Dolf Zillman. Dalam teori ini, terdapatnya pemindahan rasa keterujaan kepada emosi. Dalam salah satu kajian, beberapa orang diminta menunggang basikal sehingga jantung berdebar-debar dan selepas itu dihina dan reaksi yang diberikan adalah lebih agresif. Hal ini menunjukkan bahawa terdapatnya pemindahan sesuatu rasa kepada emosi yang lain.

Berdasarkan pemikiran Lazarus, emosi mempunyai tiga komponen, iaitu “cognitive appraisal”, “action impulses” dan “patterned somatic reaction”. Terdapat penilaian prima dan sekunderyang menilai kepentingan sesuatu rangsangan dan strategi yang dapat menangani masalah tersebut masing-masing. Action impulses pula merupakan perlakuan memikirkan apa-apa reaksi yang sesuai untuk situasi yang dihadapi. Dalam patterned somatic reaction pula, respons fisiologikal merupakan salah satu bahagian pembentukan emosi. Seperti contoh yang diberikan dalam kuliah, sekiranya seseorang berasa takut, dia akan menunjukkan beberapa respons fisiologikal seperti bergigil atau berpeluh. Hal ini telah disetujui oleh ramai ahli falsafah kerana hal ini telah dapat dinampakkan di banyak tempat tanpa mengira latar belakang dan kaum dan budaya mereka.

Dalam psychoanalytic theories, Sigmund Freud berpendapat bahawa emosi merupakan reaksi yang bukan dalam kesedaran seseorang. Akan tetapi, emosi dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang. Hal ini dapat ditunjukkan dengan emosi-emosi negative seperti kebimbangan dan kemarahan. Sebagai contoh, dalam perbincangan berkaitan dengan sesuatu isu dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, secara tidak sedar, saya pernah berasa marah tiba-tiba tanpa alasan.

Advertisements