Assalamulaikum dan salam Ramadhan saya ucapkan buat Dr Zamri dan rakan-rakan. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dapat saya menyambung penulisan Jurnal saya yang ke-empat. Dalam nukilan yang lepas, saya telah berkongsi mengenai emosi-emosi negative iaitu takut, sedih dan malu. Dalam kuliah yang lepas, saya telah mempelajari mengenai emosi dan motivasi. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, definisi bagi emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981) adalah, emosi ini ialah satu kompleks interaksi antara faktor subjektif dan faktor objektif. Faktor subjektif boleh dipengaruhi oleh kepercayaan peribadi berdasarkan fakta-fakta sebenar manakala faktor objektif adalah fakta atau keadaan yang mempengaruhi hasil sesuatu. System saraf hormone menjadi pengantara kedua-dua faktor ini yang boleh mewujudkan pengalaman efektif, menjana proses kognitif seperti kesan emosi yang berkaitan persepsi, penilaian dan proses perlabelan. Selain itu, ia mengaktifkan proses penyesuaian fisiologi yang meluas dan juga membawa kepada tingkah laku a yang kerap. Contoh situasi mudah yang diberi oleh pensyarah semasa kuliah pertama itu.

Setelah mengupas mengenai emosi-emosi asas, kali ini saya akan mengupas mengenai kaitan antara emosi dengan motivasi. Apakah yang dapat kita kaitkan antara kedua-dua elemen ini? Menurut pemahaman saya sebelum ini, motivasi boleh ditakrifkan sebagai satu unsur yang dapat merangsang semangat seseorang. Jika seseorang itu mempunyai emosi-emosi yang positif dalam dirinya, maka dia dapat memotivasikan dirinya sendiri. Namun sebaliknya jika seseorang itu mempunyai emosi-emosi negative dalam dirinya, seseorang individu perlu mendapatkan semangat daripada orang lain yang dapat merangsang mereka untuk menaikkan semangat dalam diri mereka. Hal ini disebabkan oleh, individu yang dikuasai emosi negative ini tidak dapat berfikir secara rasional serta tidak mampu mengawal emosi dirinya. Hal ini menyebabkan golongan ini tidak dapat meningkatkan motivasi dalam dirinya dan memerlukan rangsangan daripada luar.

Menurut kuliah yang lepas, emosi boleh ditakrifkan sebagai tone efektif sama ada positif atau negative, serta sama sekali tidak ada neutral. Seperti yang disebut pada awal penulisan ini, kita ingin mengupas tentang perhubungan antara emosi dan motivasi. Oleh itu, penting untuk kita tahu akan apakah yang dimaksudkan dengan motivasi ini. Motivasi secara umumnya boleh didefinisikan sebagai kajian aspek arah dan tingkah laku. Seperti yang dinyatakan dalam jurnal-jurnal lepas, emosi mempunyai empat komponen yang utama. Komponen pertama ialah perasaan, diikuti proses kognitif dan perubahan fisiologi serta tngkah laku berkaitan. Daripada ini, kita dapat lihat bahawa emosi itu lebih luas maknanya dari perasaan. Perlu diingatkan juga emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi (Baron & Logan, 1993). Apakah hubungan kait antara kedua-dua elemen ini? Kaitan yang paling utama adalah, jika emosi itu berperanan sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif, ini boleh mengubah kepada emosional (Lang et al, 1992). Antara contoh untuk menjelaskan lagi perhubungan ini adalah pembunuhan. apakah motif seseorang itu melakukan pembunuhan? Kemungkinan besar motif penjenayah itu adalah untuk mendapatkan duit daripada mangsa. Kemungkinan lain pula adalah disebabkan kebencian dan perasaan dendam seseorang kepada mangsanya yang mendorong individu itu melakukan jenayah pembunuhan ini. Contoh lain pula dalam isu cinta. Cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkah laku tertentu. Ini adalah disebabkan dalam diri mereka penuh dengan perasaan cinta yang mendorong mereka dalam tingkah laku seperti ini. Antaranya adalah, menghantar pesanan ringkas, menelefon pasangannya, member hadiah kepada yang teristimewa dan juga jika pasangan ini sudah bersedia, mereka akan memasang niat untuk mendirikan rumah tangga.

Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan dapat membuktikan hubungan kait antara emosi dan motivasi, iaitu tidak dalam semua keadaan emosi menjadi pendorong (motivator). Dan perlu diingatkan juga tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi. Antara contoh yang dapat memberikan penerangan yang jelas lagi ialah dalam pelajaran. Belajar kuat adalah disebabkan lmotif untuk berjaya. Contoh yang lain pula ialah makan disebabkan lapar. Dalam kedua-dua situasi ini dapat dilihat bahawa keadaan seperti ini tidak memerlukan motivator untuk mendorong mereka. Namun begitu, saya juga berpendapat bahawa dalam pelajaran motivasi juga sangat penting. Hal ini demikian kerana motivasi dalam diri setiap pelajar adalah pendorong utama yang membuatkan seseoeang pelajar itu rajin dan kuat belajar untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran mereka. Pendapat saya mungkin bercanggah dengan apa yang telah dipelajari dalam kuliah ini, namun ini sekadar pandangan saya.

Terdapat beberapa konsep dan teori yang perlu kita ketahui tentang emosi dan motivasi ini. Untuk lebih jelas lagi, motivasi ini merupakan faktor dalam atau pun faktor luaran bagi sesuatu organism yang menyebabkan ia untuk bertindak dengan satu tingkah laku yang tertentu pada masa yang tertentu. Konsep pertama yang akan saya terangkan di sini ialah “drive”. Drive adalah satu kedaan dalaman atau gerak hati (impuls) yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Bagaimana pula dengan konsep kedua pula? Konsep seterusnya adalah incentive. Incentive merupakan gol luaran yang ‘menarik’ atau ‘menolak’ sesuatu tingkah laku itu.

Yang di atas adalah konsep utama. Terdapat juga beberapa konsep dan teori lain yang menerangkan mengenai hubungan kait antara emosi dan motivasi ini. Antaranya ialah teori araousal. Araousal adalah keadaan fisiologi dan psikologi dalam keadaan terjaga. Bagi orang yang bermotivasi, mereka akan mengekalkan tahap optimum araousal ini. Ini bermaksud, peringkat araousal atau pun tahap araousal dalam diri mereka tidaklah terlalu tinggi mahu pun tidak terlalu rendah. Inilah yang dimaksudkan dengan optimum. Dalam teori ini juga ada menyebut akan perasaan ingin tahu. Rasa ingin tahu adalah motif yang akan membantu kita memahami persekitaran sekeliling kita. Teori yang lain ialah ‘Humanistic Teory’. Dalam teori ini, Abraham Maslow telah mencadangkan bahawa motif dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu dari asas survival kepada keperluan psikologi dan juga keperluan ‘self-fulfillment’. Dalam kuliah ini juga telah membawa kepada satu konklusi iaitu, emosi menekankan araousal, manakala motivasi menekankan tindakan. Ini adalah satu penyataan yang mengatakan hubungan kait antara emosi dan motivasi.

Di sini, saya juga ingin berkongsi pengalaman saya yang saya kira dapat dikaitkan dengan kuliah tentang perhubungan antara emosi dan motivasi ini. Saya mempunyai seorang rakan yang rajin belajar. Jika musim peperiksaan menjelang, dialah orang yang paling sibuk. Kami semua sebagai rakan faham akan situasi beliau kerana mungkin beliau ingin belajar dan perlu masa untuk dirinya. Namun, hasil yang dicapainya tidak setimpal dengan apa yang diusahanya. Sebagai pelajar yang yang sentiasa dahagakan kejayaan, kita perlulah sentiasa berfikiran optimis. Dan perlu diingatkan bahawa kegagalan itu adalah satu proses pembelajaran juga. Tetapi, tidak bagi beliau. Selepas mendapat keputusan sebegitu, beliau sudah patah semangat untuk belajar. Beliau tidak cuba memotivasikan dirinya untuk berfikir secara rasional. Berfikir apakah yang perlu dilakukan olehnya untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang. Inilah ang dimaksudkan dengan apabila emosi menjadi motivasi, ia akan dinamakan emosional. Motivasi sebagai pendorong utama dalam diri telah dikuasai oleh emosi yang berlebihan.

Sampai di sini sahaja penulisan jurnal saya pada kali ini. Terima kasih.

Advertisements