Selamat sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal yang kelima dan juga yang terakhir bagi subjek pengurusan emosi. Seperti biasa, saya telah menghadiri kuliah pada 24hb Ogos 2011 tetapi hari itu agak istimewa kerana Dr.Zamri tidak mengajar tetapi menayangkan video klip, memberi tugasan dan memberi ujian personaliti.

Video klip yang ditayangkan mengenai seorang yang mempercayai bahawa dunia adalah cantik dan sempurna sejak zaman kanak-kanak. Walaubagaimanapiun, apabila dia semakin besar, dia mendapati dunia ini tidak seperti apa yang difikir olehnya. Dia sentiasa mengalami kemurungan dan keperitaan yang akan menyebabkannya sentiasa berfikiran negatif dan juga dalam emosi negatif. Dengan ini, dia tidak akan dapat motivasi dan dorongan untuk mencapai impian dan hasratnya. Orang tersebut juga akan medah berputus asa dan tidak ingin bercuba lagi selepas gagal dalam melakukan sesuatu. Dia akan menganggap kalah dengan lebih cepat. Akhirnya, selepas mengalami semua ini, dia mula mengubah firkirannya dan berfikiran positif. Dia mempercayai bahawa hidupnya dapat diperbaiki dan setiap masalah mesti mempunyai penyelesaiannya. Dengan ini, dia berfikiran optimistic dan meneruskan kehidupannya dengan baik.

Video ini seperti apa yang dinyatakan dalam psychoanalytic theory yang lebih menekankan atas emosi-emosi negatif. Psychoanalytic theory dapat didefinisikan sebagai pembangunan personaliti yang dijadikan asa dan panduan psikoterapi psikoanalitik dan psikodinamik. Selain itu, Sigmund Freud menyatakan bahawa pengalaman emosi adalah sesuatu proses yang tidak dapat disedari. Ia bermaksud emosi, motif dan kenangan masa lalu yang kita mungkin tidak mengetahui juga akan mempengaruhi kelakuan kita seperti watak tersebut.Menurut pakar psikologi Paul Hauck pula, kemurungan disebabkan oleh tiga faktor iaitu menyalahkan diri, mengasihani diri dan mengasihani orang lain. Saya akan membincangkan tentang perbuatan menyalahkan diri sahaja. Penyalahan diri akan berlaku jika seseorang berfikir bahawa sesuatu yang dilakukan adalah begitu salah dan tidak dapat dimaafkan. Orang tersebut akan sentiasa berfikir dirinya tidak berguna dan tidak bernilai. Melalui video ini, saya mendapat aspirasi dan mempercayai bahawa kita pasti boleh menyelesaikan masalah jika kita bercuba dengan sedaya upaya.

personality_quote.jpg

Selepas menayangkan video ini, Dr. Zamri juga menayangkan sebuah video yang berkaitan dengan watak orang berpersonaliti jenis A dan jenis B. Orang yang mempunyai personaliti jenis A akan berwatak dan melakukan sesuatu dengan lebih cepat seperti makan dengan secepat mungkin, bangun degan awal, dan sentiasa tidak sabar kerana orang tersebut ingin menyiapkan setiap aktiviti dengan cepat. Orang yang mempunyai personaliti seperti ini juga merupakan seorang yang boleh dikatakan perfectionist iaitu mereka ingin melakukan semua perkara dengan sempurna. Dengan sifat-sifat ini, orang tersebut akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjangkiti penyakit seperti penyakit jantung. Bagi orang yang berpersonaliti jenis B pula, dia akan sentiasa bertenang dan menyiapkan sesuatu pada saat yang terakhir kerana orang tersebut tidak mudah berasa tertekan seperti orang yang berpersonaliti jenis A. Selepas mendapat tahu kedua-dua personaliti ini, saya berasa saya mempunyai personaliti majoriti daripada jenis A dan sebahagian daripada jenis B.

jungsquare.gifnews_The-Best-Way-To-Raise-Guinea-P.jpg

Selepas video tersebut, kami juga melakukan soal selidik Myers Briggs Personality Test (MBTI). MBTI merupakan sesuatu ujian yang direka untuk mengukur personaliti dominan seseorang. Dalam Myers Briggs Personality Test (MBTI), terdapatnya beberapa jenis iaitu, Extroversion (E) dan Introversion (I), Sensing (S) dan Intuition (N), Thinking (T) dan Feeling (F) serta Judging (J) dan Perceiving (P). Menurut jenis-jenis ini, terdapatnya beberapa criteria yang kami dikehendaki pilih untuk mengetahui personaliti kami. Selepas itu, mengikut criteria yang majoriti, kami akan dapat tahu personaliti kami. Selepas melakukannya, saya mendapati saya merupakan jenis ISTJ, iaitu duty fullfiller dan saya juga bersetuju dengan perkara ini kerana saya memang merupakan orang seperti ini.

Ciri-ciri orang introversion adalah bertentangan dengan extroversion iaitu pemalu, pendiam, suka menyendiri dan mengelak daripada orang ramai. Saya lebih suka memberi peluang kepada orang lain dalam percakapan dan perbahasan. Saya tidak suka memberi idea dalam bentuk lisan tetapi suka dalam bentuk tulisan, Saya juga lebih mementingkan sifat diri seseorang daripada sesuatu yang berlaku di luar. Orang yang sensing pula, lebih menggunakan sesuatu yang praktikal dan sumber maklumat yang kukuh, jelas dan nyata, bukannya sesuatu yang daripada tekaan. Selain itu, mental saya juga lebih memikirkan keadaan semasa berbanding dengan hadapan. Saya juga lebih baik dalam menceritakan pengalaman yang lepas. Seperti orang yang berpersonaliti thinking pula, saya mengutamakan dalam menyiapkan tugas-tugas dan perkara-perkara dengan sempurna. Saya sentiasa mencari fakta yang logik dan menyediakan objektif analisa yang kritikal sebelum membuat keputusan. Saya juga berani untuk megakui kesalahan saya dan menyelesaikan perselisihan faham dengan orang lain. Dari segi judging pula, saya akan merancang dengan lengkap dan sempurna sebelum melakukan sesuatu tindakan. Dalam menjalankan tugas-tugas, saya akan mengelakkan menyiapkan dalam saat yang terakhir supaya tekanan perasaan tidak sampai garisan maksimum. Saya juga sentiasa menetapkan sasaran untuk melakukan sesuatu.

Seterusnya, bagi tugasan yang terakhir, iatu membincangkan personaliti kami mengikut Big Five Theory.Menurut Big Five Theory, terdapatnya lima jenis personaliti yang major iaitu Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Openness dan Neuroticism (Emotional Stability). Kelima-lima perkara ini dapat dikenali dengan sata akronim iaitu OCEAN. Melalui Big Five Theory, extraversion ditunjukkan dalam orang yang sentiasa bertenaga, mempunyai emosi yang positif, dan kecenderungan untuk berasa selesa semasa bergaul dengan orang lain. Agreeableness pula ditunjukkan dengan kecenderungan seseorang untuk berbelas kasihan dan bekerjasama dengan orang lain. Orang seperti ini juga tidak akan mencurigai orang lain. Manakala, conscientiousness dapat dijelaskan dengan kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, kesetiaan dan ketaatan, serta bertujuan untuk mengecapi sesuatu. Orang yang bersifat conscientiousness juga suka merancang sesuatu. Openness dapat dijelaskan dengan penghargaan terhadap seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, perasaan inkuisitif, dan pengalaman yang berbagai-bagai dan berbeza. Akhir sekali, Neuroticism ditunjukkan dengan kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan dan kemurungan. Selepas melakukan soal selidik tersebut, saya mendapati bahawa keputusan saya adalah neuroticism dan agreeableness. Emosi saya mudah berubah dan saya merupakan seorang yang mudah marah dan kecewa. Walaubagaimanapun, saya dapat bekerjasama dengan orang lain dengan baik kerana saya tidak akan menunjukkan kemarahan kepada orang lain.

Kesimpulannya, selepas menhadiri kuliah ini, saya berasa ia banyak mendatangkan manfaat kepada saya kerana saya dapat mengetahui personaliti saya dengan lebih jelas. Saya juga dapat lebih memahami diri sendiri. Saya akan cuba mengubah sikap negatif saya. Saya seharusnya menjadi lebih aktif dan bergaul dengan orang lain. Saya juga perlu belajar untuk menstabilkan dan mengawal emosi saya. Saya berharap saya dapat menjadi seorang yang lebih baik.

Advertisements