Personaliti & Emosi

Salam sejahtera kepada Dr Zamri dan rakan-rakan sekalian. Kuliah minggu ini merupakan kuliah yang ringkas tetapi amat berbeza berbanding dengan kuliah yang lain. Dulu, Dr akan memberikan kuliah dengan menjelaskan apa yang ada dalam slide show, tetapi kali ini Dr bukan sahaja menunjukkan banyak video malah menyediakan ujian personailiti untuk kami. Saya berasa kuliah kali ini amat selesa dan menarik, dan saya lebih menyukai jikalau kuliah dikendalikan melalui cara ini. Pada akhir kuliah, Dr telah memberikan kami 3 tugasan yang perlu disempurnakan dalam jurnal kali ini.
Tugasan yang pertama ialah untuk mengaitkan video yang ditunjukkan oleh Dr semasa dalam kuliah dengan Psychoanalytic Theory. Dalam teori ini, Sigmund Frued percaya bahawa “ emotional experiences are unconscious processes.” Unconscious merujuk kepada motif, emosi dan ingatan terhadap pengalaman dulu yang menjejaskan emosi serta perlakuan seseorang tanpa kesedaran individu itu. Pada pendapat saya, saya rasa sebenarnya emosi merupakan satu hadiah unik yang diberikan oleh Tuhan kepada kita dan agak susah untuk digambarkan dengan menggunakan satu teori. Psychoanalytic Theory ini berbeza dengan teori kognitif dan fisiologi yang menekankan kepentingan pemikiran dan reaksi fisiologikal dalam melahirkan emosi. Tetapi saya rasa semua teori-teori ini sebenarnya adalah benar, cuma dalam keadaan yang berbeza teori yang tertentu akan menjadi lebih rasional dan lebih tepat untuk diaplikasikan. Contohnya, apabila seseorang berada dalam keadaan yang rasional, boleh berfikir, membuat analisasi malah emosinya akan ditentukan oleh proses kognitif. Tetapi apabila seseorang itu berada dalam keadan yang kurang rasional dan tidak dapat berfikir atau membuat analisasi terhadap sekelilingnya, emosi yang diluahkan adalah secara tidak sedar (unconscious) . Contohnya, semasa peperiksaan akhir semester 2, saya mengalami emosi yang sangat teruk (depression) masa module yang terakhir. Masa itu, saya kehilangan rasional saya dan tidak dapat berfikir. Saya mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji tetapi pada masa itu perasaan yang saya ada hanyalah risau. Saya berasa risau, bimbang, takut dan sedih tanpa sebab sehingga saya tidak dapat mengulangkaji. Emosi ini datang kepada saya kerana pada masa itu saya tidak mempunyai keupayaan untuk menganalisasi keadaan. Apa yang saya buat ialah saya tidur sampai esok pagi dan emosi saya berubah menjadi bertentangan dengan hari yang sebelum itu. Pagi itu, saya berasa lega dan berkeyakinan terhadap peperiksaan walaupun saya tidak membuat ulangkaji. Ini adalah contoh emosi datang secara unconscious sehingga saya tidak tahu sebabnya. Ia mungkin datang disebabkan pengalaman saya yang dulu di mana saya berasa risau dan takut terhadap peperiksaan kerana tidak dapat menghabiskan ulangkaji. Bagi saya, apa jua halangan itu bukan masalah besar kepada saya, tetapi saya amat takut kepada perasaan di mana saya dikawal oleh perasaan saya sendiri atau masa akal dan rasional saya kalah kepada emosi saya.
Pada permulaan kuliah, Dr telah menayangkan satu video yang berkaitan dengan seorang yang patah semangat dan mengalami kemurungan apabila menghadapi halangan dalam kehidupan tetapi akhirnya berdiri semula dan masih berpegang kuat dengan kepercayaan dan juga keinginannya. Jika kita kaitkan video ini dengan Psychoanalytic Theory, apa yang dapat saya lihat ialah halangan-halangan yang dihadapi oleh orang itu sama dengan “pengalaman” yang diterangkan dalam teori. Halangan atau pengalaman ini telah menyebabkan emosi individu ini terjejas dan dia kehilangan kepercayaan terhadap impiannya. Perasaan sedih, kecewa, menyesal dan kehilangan keyakinan diri terhadap apa yang dipercayai ditonjolkan oleh individu itu. Pengalamannya telah mengawal fikiran dan perasaannya. Apa yang dipercayai dia sebelum itu, yang betul-betul ditetapkan mengikut rasional telah dikawal oleh emosi yang lahir secara unconscious ini. Tetapi seperti contoh yang saya berikan, apabila emosi tersebut hilang, rasional kita akan datang balik dan kita akan dapat mengawal emosi kita dengan rasional kita semula.
Tugasan kita yang kedua adalah untuk menjelaskan personaliti sendiri sama ada ialah jenis A ataupun jenis B. Semasa kuliah, Dr telah menyediakan ujian personaliti dan keputusan ujian ialah saya merupakan personaliti jenis A. Menurut teori, individu dengan personality jenis A merupakan orang yang kurang sabar, mempunyai permintaan yang tinggi terhadap perkara-perkara dalam hidup dan juga terhadap diri sendiri, bergegas dan terancang. Antara ciri-ciri dalam jenis A ialah introvert, sensing, thinking, judging. Manakala ciri-ciri bagi jenis B ialah extrovert, intuitive, feeling, perceiving. Sebagai orang dengan personality jenis A, saya lebih kepada introvert, sensing, thinking tetapi kurang menunjukkan ciri judging sebaliknya saya lebih kepada perceiving. Saya percaya bahawa saya merupakan seorang yang sensing kerana apa yang saya utamakan ialah perkara yang reality dan sedang berlaku di sekeliling ataupun kehidupan saya. Selain itu, saya juga mementingkan bukti-bukti yang kukuh dan pemikiran rasional dalam membuat sesuatu ataupun keputusan. Contohnya, saya akan fokus kepada pelajaran saya dan hanya berusaha untuk membuat ala yang sepatutnya pada masa ini. Saya jarang memikir tentang sesuatu yang kurang realistik dan tidak boleh dinampak. Dari segi thinking pula, saya akan membuat keputusan mengikut fakta-fakta dan juga lojik dan bukannya berasaskan perasaan ataupun emosi. Saya juga sedar tentang tanggungjawab sendiri dan akan memastikan saya berusaha sepenuh hati dalam melaksanakannya. Contohnya, semasa memegang jawatan sebagai setiausaha ataupun ketua kelas di sekolah menengah, saya akan memastikan tugas yang diberikan kepada saya disempurnakan dengan baik walaupun kadang kala saya akan menyinggung perasaan orang yang lain. Satu fenomena yang berkecuali ialah saya menunjukkan ciri perceiving yang sepatutnya ditunjukkan oleh personality jenis B. Saya suka melakukan sesuatu secara spontaneous dan tanpa rancangan terperinci. Saya akan memastikan diri sendiri menlaksanakan tugas yang sepatutnya tetapi saya tidak akan rasa saya kesuntukan masa hal ini kerana saya percaya apabila sesuatu itu menjadi semakin terdesak barulah saya akan dapat melakukan sesuatu itu dengan baik. Saya juga tidak suka dikongkong. Contohnya apabila saya menyedari bahawa aktiviti universiti itu akan menyongkong kehidupan saya, malah saya tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti itu. Ini menunjukkan saya merupakan kombinasi jenis A dan B tetapi lebih banyak kepada jenis A.
Tugasan kita yang ketiga ialah membincangkan personality sendiri berasaskan Big Five Theory. Big Five Theory ini membahagikan personality manusia kepada 5 iaitu openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness dan neuroticism. Keputusan ujian menunjukkan saya memiliki sikap conscientiousness—seorang yang mempunyai disiplin yang kuat, mementingkan pencapaian, merancang untuk segala aktiviti dan bertanggungjawab. Saya bersetuju dengan semua sikap itu kecuali yang berkenaan dengan perancangan. Saya memang bukan seorang yang suka merancang, selalunya saya akan membuat sesuatu mengikut suka hati. Contohnya, semasa masa lapang saya tidak akan merancang masa atau membahagikan masa saya. Sebaliknya saya akan buat apa-apa sahaja mengikut suka hati saya. Dalam pembelajaran saya juga tidak suka merancang, apabila saya tidak ada mood untuk belajar, maka saya tidak akan belajar. Saya jarang merancang apa yang saya hendak baca, walaupun saya merancang, saya jarang menyempurnakan apa yang saya rancang. Sebenarnya saya sendiri agak keliru dengan personality sendiri. Saya merupakan orang jenis A tetapi pada masa yang sama saya tidak suka merancang ataupun dikongkong. Penjelasan yang boleh saya buat ialah saya memang seorang yang agak malas bergerak kalau dibandingkan dengan orang lain dan ini tiada kaitan dengan personality seseorang sebaliknya ia lebih kepada sikap. Sikap ini serta pengajaran ibu bapa sejak kecil telah menjadikan personaliti saya yang sebegini.
Katrina Ho Woon Yee
A131530

Advertisements