Assalamualaikum dan salam Aidilfitri saya ucapkan buat semua. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan maaf kepada Dr Zamri kerana tidak dapat hadir kuliah kali ini disebabkan ada urusan lain dan Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan dapat pelepasan daripada Dr dan program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Menurut rakan-rakan yang lain, tajuk kuliah pada kali ini adalah berkaitan dengan teori personality atau lebih tepat lagi kuliah ini bertajuk emosi, personality dan tingkah laku. Sebelum memulakan penulisan jurnal saya kali ini, saya juga telah merujuk kepada nota kuliah yang telah dimuat turun oleh Dr dalam blog Pengurusan Emosi untuk mendapatkan sedikit idea tentang apa yang dipelajari. Seperti yang dinyatakan, objektif utama adalah untuk memahami perhubungan antara emosi, personality dan tingkah laku.

Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan sedikit sebanyak mengenai emosi. Seperti dalam kuliah-kuliah yang lepas, di bawah emosi terdapat beberapa komponen yang perlu kita fahami. Terdapat tiga komponen utama, iaitu berkenaan dengan perasaan atau pun kesan. Ini diiringi dengan perubahan tubuh terutamanya berkaitan dengan system saraf. Ini adalah komponen yang kedua. Seterusnya bagi komponen yang ketiga pula, kecerungan tindakan, atau pun peningkatan kadaran dalam sesetengah tingkah laku. Sememangnya lumrah bagi manusia untuk mempunyai perbezaan dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Perbezaan ini mempunyai kaitan dengan personality individu. Oleh hal yang demikian, emosi dan personality ini amat berguna untuk membezakan antara individu. Selain itu, emosi dan personality juga berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek.

Seterusnya, saya akan menghuraikan sedikit sebanyak mengenai personality. Personality adalah kombinasi ciri-ciri psikologi yang digunakan untuk kelaskan dan menghuraikan seseorang dalam bentuk sifat yang ada pada dirinya, seperti pendiam, seorang yang pasif, berterus terang, agresif dan sebagainya. Antara contoh kaedah yang boleh dilakukan untuk menilai personality seseorang adalah dengan dengan menggunakan kaedah Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Individu telah dikategorikan sebagai ‘extroverted’ ataupun ‘introverted’ (E or I), ‘sensing’ atau intuitive’ (S or N). ‘thinking’ atau ‘feeling’ (T or F) dan juga ‘judging’ atau ‘perceiving’ (J or P). Berikut merupakan ringkasan yang dapat saya buat dalam menghuraikan tentang kesemua kategori dalam kaedah MBTI ini:

Kategori yang pertama:

– ‘Extroverts’ adalah seorang yang bersosial, mudah mesra dan asertif.

– ‘Introverts’ pula seorang yang pendiam dan pemalu.

Kategori yang kedua:

– ‘Sensing’ adalah seorang yang praktikal dan juga seorang yang cukup teliti

– ‘Intuitives’ pula berkenaan dengan proses yang berada di luar sedar dan merupakan seorang yang lihat terus ke skop yang lebih besar.

Kategori yang ketiga:

– ‘Thinking’. Orang yang mempunyai ciri ini adalah seorang yang menggunakan sebab atau alasan dan juga logic dalam menyelesaikan masalah.

– ‘Feeling’. Individu ini lebih cenderung kepada nilai-nilai personal dan emosi berbanding ‘thinking Gwd590gbyh09`]`2228opee7ivdhvgnKategori yang keempat:

– ‘Judging types’. Individu ini mahu menguasai dan memilih dunia mereka sendiri tersusun dan berstruktur.

– ‘Perceiving’. Individu seperti ini seorang yang fleksibel dan lebih spontan.

Daripada kaedah ini, kita dapat menilai personality diri kita. Seperti yang diminta oleh Dr, saya telah melakukan ujian kaji selidik mengenai personality kita. Hasil daripada ujian MBTI ini, saya telah mendapati bahawa personality saya adalah ESTP, iaitu ‘extroversion’, ‘sensing’, ‘thinking’ dan ‘perceiving’. Berdasarkan kaji selidik ini, ESTP merujuk kepada ‘The Doers’. Daripada apa yang dijelaskan, dalam hidup individu ESTP ini, kualiti paling dominan yang dimiliki mereka adalah mempunyai perhatian enthusiastic terhadap dunia luar dan pengalaman kehidupan dunia yang sebenar. Individu ESTP juga sangat teruja dengan penglibatan secara berterusan ke dalam aktiviti-aktiviti yang baru dan sentiasa bersemangat untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Golongan ini juga seorang yang bertenaga dan suka untuk menerima kehidupan atau reality hidup seadanya tanpa menilai atau mengaturnya.

Selain itu juga, saya telah melengkapkan kaji selidik tentang The Big-Five Model. Antara komponen yang dapat dikaji dalam ujian ini ialah ‘extroversion’, agreeableness’, conscientiousness’, ‘emotional stability’ dan ‘openness to experience’. Di sini saya ingin menghuraikan serba sedikit tentang komponen ini satu persatu. Komponen yang pertama ialah ‘extroversion’. Individu seperti ini mempunyai emosi yang positif, suka mendampingi orang ramai dan penuh bersemangat. Mereka juga bersikap enthusiastic, seorang yang aktif dan suka menyebut perkataan yang membawa unsur ‘excited’, seperti ‘Yes!’ atau pun ‘Let’s go!’. Komponen yang kedua ialah ‘agreeableness’. Individu ini seorang yang bekerjasama dan suka menolong orang berbanding daripada menjadi seorang yang bersikap antagonis dan perasaan tidak senang ke atas orang lain. Mereka sangat menghargai masa-masa yang diluangkan bersama rakan-rakan. Apa yang leboh istimewa individu ini ialah, mereka sangat bertimbang rasa, mudah mesra, suka menolong dan sanggup berkongsi apa sahaja dengan orang lain. Mereka juga sangat optimistic terhadap sifat manusia. Individu seperti ini berfikiran bahawa setiap orang adalah jujur, tulus dan boleh dipercayai.

Komponen yang ketiga ialah, ‘conscientiousness’. Golongan inin sangat berdisiplin dan akan cuba mencapai apa yang dikehendaki seperti kejayaan dalam pelajaran bagi memenuhi apa yang diinginkan oleh ibu bapa (outside expectations). Mereka juga lebih suka merancang dahulu sebelum melakukan sesuatu. Komponen yang keempat ialah ‘emotional stability’ atau pun ‘neuroticism’. Golongan ini lebih kea rah emosi negative seperti mudah tertekan, marah dan penat. Mereka juga golongan yang dipanggil ‘emotionally reactive’ dan mudah untuk mengalami stress. Mereka selalunya akan berada dalam keadaan ‘bad mood’ dalam tempoh masa yang agak lama. Ini akan member kesan untuk berfikir secara rasional, membuat keputusan dan susah bagi mereka untuk menghadapi stress ini. Komponen yang keempat ialah ‘openness’. Mereka adalah golongan yang sangat kreatif, dan mencintai kecantikan. Individu seperti ini juga sangat sensitive akan perasaan.

Sebelum saya masuk ke topic yang lain, saya ingin berkongsi apakah hasil ujian yang saya peroleh. Setelah melakukan kaji selidik ini, mendapati bahawa saya seorang yang ‘agreeableness’. Secara personalnya, saya agak bersetuju dengan hasil ujian ini. Hal ini adalah kerana sememangnya saya seorang yang suka bersama-sama rakan, meluangkan masa bersama dan juga saya kira seorang yang mudah berkawan.

Seterusnya, saya akan berkongsi sedikit tentang jenis personality yang saya ada. Orang jenis apakah saya ini? Hehe. Setelah menonton video yang dimuat turun oleh Dr Zamri, seratus peratus (100%) boleh saya katakan saya adalah seorang yang berpersonaliti type B. Saya akan huraikan sedikit apakah cirri-ciri untuk personality type A dan type B. Dan saya juga akan huraikan mengapa saya mengatakan bahawa saya ini seorang yang mempunyai personality type B. Baiklah, bagi personality type A, mereka seorang yang sangat tepati masa, iaitu makan dengan pantas, bangun awal dan sangat tergesa-gesa. Individu type A ini juga seorang yang bercita-cita tinggi, suka mengawal keadaan, tidak sabar dan juga seorang yang kuat bekerja. Mereka sangat benci jika membuat kerja dalam keadaan bertangguh.

Sekian, terima kasih.

Advertisements