Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan jurnal terakhir saya dan setelah bertungkus lumus menyiapkan 5 junral sebelum ini. inilah yang terakhir sekali. Saya berasa sangat-sangat gembira sebab ini jurnal yang terakhir.. haha.. Tetapi saya ingin menyatakan bahawa jurnal ini sedikit sebanyak dapat membantu kami lebih memahami isi kuliah yang disampaikan. Saya cuma gembira kerana berjaya menyiapkan kesemua jurnal ini.
Ok.. Berbalik kepada tajuk kuliah. Terus terang saya katakan, saya tidak pergi ke kuliah ini. Tetapi bukan kerana ponteng sesuka hati, tetapi disebabkan program ihya’ ramadahan. Tapi nasib kami baik kerana dr Zambri telah memberi pelepasan dan pada masa sama juga, tidak menjalankan kuliah seperti biasa tetapi membuat personaliti test yang saya rasakan menarik sekali topiknya. Ok. Setelah menjalankan kesemua ujian personaliti ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang ujian-ujian ini.
Ujian pertama yang saya buat ialah ujian Cognitive Style Inventory. Ujian ini mengisahkan tentang bagaimana manusia dibahagikan kepada dua jenis bagi setiap kategori. 1st sekali adalah Extravesated characteristic ataupun Introverted characteristic. Extravesated characteristic adalah orang yang suka buat dulu, fikir kemudian manakala introverted adalah berlawanan dengannya. Di sini, Saya memlilih sebagai Introverted kerana pada dasarnya saya memang suka memikirkan kesudahan dan kesan sesuatu result sebelum saya membuat keputusan. Bagi kategori kedua iaitu di antara Sensing iaitu orang yang suka menggunakan common sense yang berlawanan dengan intuative characteristic iaitu orang yang suka menghafal saya memilih sensing characteristic kerana memang saya suka common sense. Dari kecil lagi saya suka memikirkan logik dan fakta dan suka mencari maklumat sebelum membuat keputusan. Bagi kategori seterusnya iaitu judging dan perceiving. Untuk kategori ketiga iaitu thiking dan feeling, saya memilih thiking kerana saya tidak suka membuat keputusan berdasarkan emosi dan perasaan. Untuk terakhir sekali, Judging adalah orang yang suka membuat banyak plan yang detail sebelum membuat tindakan, manakala perceiving characteristic adalah orang yang suka membuat tindakan yang on-the-go.orang yang perceiving selalunya suka membuat kerja sebelum deadline manakala perceving suka membuat kerja last minute. Di sini, memang saya dengan jelasnya adalah perceiving characteristic kerana saya memang optimum membuat kerja pada masa last minute. Jadi, keputusan saya adalah ISTP, iaitu mechanics. Saya copy jap apa yang lecture note cakap
ISTPs are logical and
realistic people, and they are natural
troubleshooters. When not actively solving a
problem, ISTPs are quiet and analytical observers
of their environment, and they naturally look for the
underlying sense to any facts they have gathered.
ISTPs do often pursue variety and even
excitement in their hands-on experiences.
Saya pon tak tau nak cakap saya setuju ke tak dengan personaliti test ni. Zzz.. Tapi apa-apa pon, it was worth to try it. Ok, jom gerak ke personaliti test no 2. Test kedua merupakan test big five personality. Ada 5jenis personaliti yang dibahagikan mengikut soalan-soalan yang dikemukakan. Personaliti pertama ialah Openness. Orang yang openness ni selalunya yang mempunyai minat terhadap seni. Mereka adalah orang yang creative. Personaliti kedua ialah Conscientiousness. personaliti Conscientiousness ini mereka mempunyai disiplin diri yang tinggi dan suka menyiapkan rancangan awal dan tidak suka melakukan kerja sambil spontan. Personaliti yang ketiga ialah Extraversion. Orang yang mempunyai personaliti extraversion ini adalah orang yang bersemangat terhadap apa juga situasi yang diberikan. Mereka mempunyai emosi yang positif dan suka berada bersama orang lain. Di dalam kumpulan, mereka suka bercakap dan mendapatkan perhatian daripada ahli kumpulan yang lain. Seterusnya adalah personaliti Agreeable. Personaliti Agreeable ni senang saya katakan seperti orang yang tak suka cari pasal. Mereka suka bekerjasama dengan orang lain daripada membenci orang. mereka sangat bertimbang rasa, dan akan berkorban untuk orang lain. Selalunya mereka jujur, dan boleh dipercayai. Akhir sekali adalah Neuroticsm ataupun emosi tidak stabil. Orang yang mempunyai personaliti ini selalunya mempunyai banyak emosi negetif seperti cepat marah, depress dan resah. Mereka sangat terdedah kepada stress. Jadi, setelah menjalankan ujian ini, saya dapat score yang paling tertinggi di section D dan telah meletakkan saya pada personaliti Agreeableness.
Ah.. Lupa plak. Selain itu, kami juga didedahkan dengan 1 lagi jenis personaliti. iaitu personaliti A dan B. Orang yang mempuiyai Type A personality biasa makan dengan cepat, tidak sabar, suka bertanding, bangun dengan awal, sentiasa tengok jam, pandu dengan cepat, cakap dengan pantas dan sebagainya. Seorang yang mempunyai Type B personality pula terbalik iaitu makan dengan lambat, sabar, pandu dengan perlahan, dan tenang. Senang saya katakan, personaliti B ini orang yang cool. Saya adalah orang yang mempunyai personaliti B kerana memang saya tidak suka kepada perlawanan. saya tidak suka dengan fakta bahawa life’s is a race.
Jadi, setakat itu sahaja jurnal saya pada kali ini. Sekian..

Advertisements