Assalamualaikum wbt…. Salam Aidilfitri saya ucapkan buat semua. Maaf zahir dan batin.

Ini adalah jurnal saya yang kelima. Kali ini, jurnal ini agak lewat sedikit. Ini disebabkan saya terlampau beraya la ni. Lagipun ada sedikit masalah teknikal berlaku. Maaf Dr Zamri…. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin Dr. Jurnal kali ini agak berlainan sedikit. Saya pun tak tahu nak tulis macam mana jurnal kali ini. jurnal kali ini, tak macam selalu. Ini kerana, kami perlu membuat tiga tugasan dalam jurnal ini. Cara pengajaran Dr. pada 24 ogos 2011 juga agak berbeza. Banyak video ditayangkan pada hari itu. Antaranya ialah Personality type A and type B, Right Here Waiting dan banyak lagi. Dalam salah satu tugasan, kami perlu mengaitkan video dengan teori yang diajar. Pada minggu itu, kami juga membuat ujian personaliti. Antara ujian personality ialah MBTI dan Big 5 Personality Test.

Baiklah, untuk tugasan pertama saya perlu mengaitkan video yang ditayangkan dengan teori Psycoanalytic. Video ini bertajuk type A and Type B Personality. Video ini menerangkan tentang ciri-ciri orang pesonaliti jenis A dan jenis B. Apa yang saya faham, orang yang berpesonaliti jenis A ni ingin menyiapkan kerja dengan lebih cepat. Kebanyakan mereka tergolong dalam personaliti ini bersikap kurang sabar. Mereka nampak tergesa-gesa melakukan kerja. Contohnya, makan dengan cepat, bangun dengan cepat. Mereka agak kelam kabut dan selalu tengok jam kerana bagi mereka masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa amat berharga. Mereka juga ingin melakukan kerja dengan teratur dan ingin kesempurnan. Mereka bersifat perfectionist. Mereka mempunyai daya saing yang tinggi. Individu yang berpesonaliti jenis A, lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung. Pada pendapat saya personaliti jenis A banyak mempunyai emosi-emosi negatif. Contohnya, bimbang, marah. Ini dapat dikaitkan dengan teori psychoanalytic. Teori ini member penekanan kepada emosi-emosi negative terutamanya bimbang dan marah. Bimbang dan marah disebabkan berlakunya konflik di paras tidak sedar (unconscious) . Contohnya, seseorang mungkin tiba-tiba rasa bimbang dan marah tanpa sebab. Baiklah, kita ke personaliti jenis B. I ndividu yang berpesonaliti ini bersikap tenang. Mereka mudah digauli dan seorang yang penyabar. Mereka lebih gemar bersikap relaks dan tidak tergesa-gesa melakukan kerja. Contohnya, makan secara perlahan dan memandu perlahan. Mereka tidak mudah bimbang. Saya mendapati, personaliti saya lebih dominan dalam personaliti jenis B. saya lebih suka relaks dan bertenang. Tetapi kadang-kadang kerana sikap saya yang terlalu relaks, ia member kesan negatif kepada pembelajaran saya. Ini kerana saya selalu relaks dalam belajar hingga saya belajar di saat akhir. Jadi, bagi saya, personaliti jenis A tidak selalu negatif dan personaliti jenis B tidak selalunya positif. Terpulangla kepada individu itu sendiri dalam menguruskan personalitinya sendiri. Jadi, kita perlulan belajar Pengurusan Emosi untuk membentuk personaliti yang lebih baik.

Baik, sekarang ni kita ke tugasan yang kedua iaitu tentang ujian personaliti MBTI Cognitive Style Inventory. Dalam tugasan ni, saya perlu mengulas tentang personaliti yang saya dapat dalam uiian ni. Tapi sebelum tu, saya nak cerita sedikit tentang ujian ni. Dalam ujian ni, kami per lu memilah karakter yang lebih banyak terdapat dalam diri kami. Maksudnya yang lebih dominan la. Contohnya, kami diberi ‘ Extraverted Characteristic’ dan ‘Intraverted Characteristic’. Jadi, kami perlu memilih cirri-ciri yang lebih dominan dalam diri kami. Setelah selesai tentang semua karakteristik tu, kami perlu mengisi empat kotak dengan huruf yang mewakili cirri-ciri kami. Dari setiap gabungan huruf tu, ia mewakili personaliti seseorang. Dalam ujian hari tu, saya telah mendapat gabungan huruf ESFP. Dalam ujian ni, ESFP mewakili personaliti ‘Performer’. Baiklah, sekarang saya perlu mengulas serba sedikit tentang personaliti yang saya dapat. Kualiti yang dominan dalam individu di bawah ESFP ni ialah mereka memberi perhatian kepada dunia luar mereka dan pengalaman sebenar dalam kehidupan ini. Individu di bawah kelompok ini juga gemar dan teruja dengan sesuatu aktiviti yang baru dan juga perhubungan yang baru. Mereka juga seorang yang memberi perhatian yang mendalam kepada orang lai. Mereka juga menunjukkan rasa ambil berat dan mahu membantu orang lain. Individu di bawah ESFP juga seorang yang bertenaga dan dapa menyesuaikan diri dengan sesuatu yang realistic. Mereka juga lebih memilih pengalam dan menerima setiap berlaku dalam kehidupan ini daripada menghakimi atau mengaturnya. Dr. Zamri ada mengatakan yang orang dalam kelompok personaliti ini seorang yang berprestasi tinggi. Tapi, bagi saya sifat tu macam tak berapa ada dalam diri saya la. Baiklah, seperti apa yang Dr. Zamri jelaskan pada hari tu, tak semua dalam ujian personaliti ni, adalah tepat dan sesuai untuk kita. Bagi saya, ciri yang diterangkan di atas tak semua ada dalam diri saya. Tapi, ciri-ciri agak dominan dalam diri saya. Jadi, terpulanglah kita kita sama ada kita nak terima atau tak ujian personaliti ni. Bagi, ujian ini agak menarik. Ini kerana, saya memang minat dengan ujian-ujian personaliti ni. Dalam masa yang sama kita dapat mengenal diri kita dengan lebih mendalam.

Sekarang saya ke tugasan yan ketiga. Kita masih dalam topik ujian personality. Kali ni tentang Big 5 Personality Test. Kali ni, saya perlu mengaitkan video yang bertajuk ‘Right Here Waiting’ dengan ujian personality ni. Tapi sebelum tu, nak ceritakan serba sedikit tentang ujian ni. Dalam ujian ni, kami perlu menjawab soalan sebanyak 5 section. Terdapat 5 karakter dalam ujian ni, iaitu ‘openness’ , ‘conscientiousness’ , ‘extraversion’ , ‘agreeableness’ , ‘neuroticism’ . Saya telah mendapat karakter agreeableness. Dalam karakter ini, individu ini seorang yang cenderung untuk belas kasihan dan kerjasama dan bukannya yang mencurigakan dan bermusuhan terhadap orang lain. Individu ini juga seorang yang mudah mesra, jujur, suka membantu dan sanggup mengenepikan kepentingannya demi orang lain. Dia juga mempunyai pandangan yang optimistik kepada sifat manusia. Dia menganggap yang sebenarnya semua manusia itu bersikap jujur dan boleh dipercayai. Melalui penerangan ini, saya mendapati sikap saya lebih domuinan dalam personaliti ini. Tetapi, tidak semua ada dalam diri saya.

Kesimpulannya, emosi sangat berkait rapat dengan personaliti. Pada pendapat saya, emosilah yang membentuk personality seseorang. Setiap individu mempunyai personaliti masing-masing. Variasi personaliti membuatkan hidup ini lebih menarik. Bayangkan, semua orang mempunyai personaliti yang sama. Tentu dunia ini menjadi bosan. Jadi, variasi inilah yang mewarnai hidup ini. bagi saya, ujian personaliti yang dijalankan tidak semestinya tepat dalam diri seseorang. Tetapi, ujian ini agak menarik, kerana melalui ujian ini, kita dapat mengenali diri kita masing-masing. Sekian. Setakat ini sahaja jurnal saya pada kali ini. Wassalam.

Advertisements