Salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan sekalian. Masa berlalu dengan cepat, dan kita telah sampai ke jurnal yang keempat. Minggu ini, tajuk kuliah kita berkaitan dengan emosi dengan motivasi.

Melalui kuliah-kuliah yang sebelum ini, saya telah banyak memahami tentang definasi, maksud, teori dan prinsip emosi. Dalam kuliah ini pula, pensyarah mengetengahkan aplikasi emosi dalam kehiduapan seharian kita iaitu gabungan emosi dengan motivasi dalam melakukan sesuatu. Barulah saya sedar tentang kaitan antara emosi dengan motivasi. Menurut Baron & Logan 1993, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Dalam kehidupan kita, motivasi kita kadang-kalanya datang daripada emosi kita dan ini secara tidak langsungnya akan menjejaskan tindakan yang kita ambil. Perkara ini berlaku secara semula jadi. Contohnya, kita cinta dan sayang kepada ahli keluarga kita, jadi kita akan sanggup meluangkan masa kita untuk menulis kad mahupun menyediakan hadiah kecil masa hari jadi mereka. Dalam keadaan ini, perasaan cinta itulah yang menjadi motivasi kepada kita untuk melakukan sesuatu. Tanpa perasaan sayang itu, motivasi tidak akan wujud. Satu lagi contoh kaitan antara emosi dengan motivasi ialah, apabila seseorang itu ternampak orang kurang berupaya yang ingin menyeberangi jalan, dia akan menghulurkan tangan untuk membantu orang tersebut. Apakah faktor yang mendorong orang itu untuk membuat tindakan sedemikian? Jawapannya ialah perasaan simpati. Emosi ini telah memberikan inisiatif(motivsi) kepada seseorang untuk mengulurkan bantuan.

Melalui contoh-contoh di atas, memang tidak dapat dinafikan hubungan rapat antara emosi dengan motivasi tetapi kita harus ingat bukan semua motivasi kita datang daripada emosi. Hal ini terutamanya penting apabila kita mengaplikasikannya dalam proses pembelajaran. Pada pendapat saya, Dalam aspek pembelajaran(akademik), matlamat dan kejayaan yang diingini akan menjadi motivasi yang lebih baik berbanding dengan emosi. Hal ini kerana jikalau motivasi seseorang itu datang daripada emosi, maksudnya orang itu hanya akan belajar apabila dia rasa gembira tetapi dalam dunia ini tidak mungkin seseorang itu akan selalu berasa gembira. Emosi seseorang itu akan berubah. Jadi apabila kita mendapat motivasi daripada emosi dalam pembejaran kita, maka proses pembelajaran kita akan berubah mengikut emosi dan ini akan menjejaskan prestasi. Sebaliknya, kalau kita menetapkan satu matlamat, matlamat itu tidak akan berubah dan ia akan menjadi satu motivasi yang lebih baik. Contohnya, saya menetapkan matlamat saya untuk mendapat pencapaian yang cemerlang dalam akademik saya, jadi tidak kira macam mana emosi saya, asalnya saya terfikirkan matlamat saya, saya akan mendapat dorongan dan motivasi untuk terus berjuang sampai ke matlamat saya.

Jadi, selain hubungan antara emosi dengan motivasi, motivasi sebenarnya boleh datang daripada banyak aspek antaranya ialah (1) keperluan asas seperti makanan, minuman, rehat dan keselamatan (2) keperluan psychological seperti hubungan intim, kawan, ahli keluarga, kasih saying dan juga pencapaian (3) penghargaan dan pengakuan daripada orang lain terhadap keupayaan diri sendiri. Semua ini boleh mewujudkan motivasi dalam seseorang.

Selain daripada emosi dengan motivasi, kuliah minggu ini juga mengetengahkan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Teori-teori ini sebenarnya termasuk di bawah satu payung yang sama iaitu pengalaman emosi. Kuliah yang sebelum ini pernah menjelaskan tentang Teori Evolusi seperti Teori Darwin, Teori Plutchik dan yang lain-lain lagi. Teori-teori ini memberikan kita konsep tentang apa itu emosi dan macam mana emosi berkait rapat dengan satu sama lain tetapi teori-teori ini tidak menjelaskan pembentukan dan asas emosi serta proses pembentukan emosi dengan baik. Teori yang dijelaskan pada minggu ini telah merangkumi aspek-aspek ini. Pertama sekali, fisiologikal teori memberi penekanan bahawa emosi merupakan hasil daripada aktiviti otak dan system saraf kita apabila terdedah kepada stimulasi-stinulasi. Antara cabang-cabang di bawah teori ini ialah, James Lang, Cannon Bard dan psychobiologikal teori. Teori James Lang mengatakan bahawa reaksi fisiologikal seseorang terhadap stimulasi akan melahirkan emosi. Contohnya, apabila saya berada di tempat yang tinggi, badan saya akan melahirkan reaksi seperti jantung berdebar-debar dan berpeluh seterusnya saya akan berasa takut. Dalam teori Cannon Bard, konsepnya agak berbeza dengan James Lang iaitu stimulasi dalaman dan luaran akan dikesan oleh badan kita, mesej akan dihantarkan ke otak kita dan otak kita akan melahirkan perasaan dengan reaksi pada masa yang sama. Konsep ini berbeza dengan konsep James Lang yang mengatakan reaksi fisiologikal akan melahirkan perasaan. Hal ini kerana menurut Walter Cannon, reaksi fisiologikal badan kita tidak dihasilkan serta merta sebaliknya emosi akan dilahirkan lebih cepat berbanding dengan reaksi fisiologikal apabila terdedah kepada stimulasi. Manakala menurut Psychobiological Theory, ia lebih saintifik. Jack Panksepp menggambarkan 4 emosi(fear, rage, panic dan expectancy ) sebagai 4 litar dalam otak kita. 4 litar ini akan berinteraksi antara mereka untuk menghasilkan emosi yang lain. Selain itu, bagi setiap litar, mereka mempunyai neurochemical tertentu yang akan mengaktifkan emosi yang berbeza dalam litar yang berbeza. Melalui 3 teori ini, kita dapat lihat bahawa sebenarnya banyak teori yang wujud tetapi kita tidak dapat membuktikan mana satu yang benar-benar betul. Pada pendapat saya, saya lebih bersetuju dengan Psychobiological Theory. Saya percaya bahawa stimulasi dalaman atau luaran akan mengaktifkan system-sistem tertentu dalam otak kita, ini akan melahirkan emosi dan emosi akan membawa kepada reksi fisiologi.

Seterusnya dalam teori kognitif pula, mereka percaya bahawa proses kognitif dan pemikiran akan menjejaskan eksperasi emosi seseorang. Antara teori di bawahnya ialah Schachter’s Cognitive Labeling, Misattribution, Transfer of excitation dan Cognitive Appraisal. Antara teori-teori ini, saya lebih tertarik kepada teori Cognitive Appraisal. Dalam teori ini, ia mengatakan bahawa setiap emosi mempunyai 3 komponen iaitu (1) penilaian kognitif (2) reaksi impulse dan (3) reaksi badan. Penilaian kognitif ini terdiri daripada penilaian primary dan penilaian sekunder. Penilaian primary merujuk kepada penilaian kepentingan sesuatu stimulasi itu berasaskan keadaan pada masa tersebut. Manakala penilaian sekunder merujuk kepada penilaian terhadap strategi dan sumber yang boleh digunakan untuk berdepan dengan stimulasi dan emosi yang akan dihasilkan daripada stimulasi. Contohnya, semasa kecil ibu akan memukul saya dengan rotan. Apabila berdepan dengan ibu yang marah dan juga rotannya saya akan berasa takut(penilaian primary), tetapi apabila memikir balik pengalaman sebelum itu di mana ibu tidak akan mencederakan saya, ketakutan akan mengurang. Yang terakhir ialah Psychoanalytic theory yang memberi penekanan terhadap implikasi-implikasi pengalaman dahulu terhadap emosi kita. Teori ini percaya bahawa terdapat satu kawasan dalam otak kita yang menyimpan pengalaman dan ingatan kita yang dulu tanpa kesedaran kita sendiri. Ingatan ini mempunyai impak yang besar terhadap emosi kita. Antara contohnya ialah seorang yang mempunyai pengalaman dikejar oleh anjing akan berasa takut apabila dia berhadapan dengan anjing pada masa depan disebabkan pengalaman dahsyat yang pernah berlaku.

Katrina Ho Woon Yee

A131530